Dari Hawa Ke Hawa

Mac 9, 2009

poligami dan isteri kedua

Filed under: Uncategorized — intanrohaida @ 10:18 pm

Sebenarnya , tiada hinanya menjadi isteri kedua. Martabat seorang isteri adalah sangat mulia. Seiring dengan kemuliaan seorang isteri, hadir jugalah amanah dan tanggung jawab. Andai kita memilih untuk menjadi isteri kedua kepada seorang suami yang juga telah punyai seorang isteri , maka tanggung jawab dan amanah itu bertambah.

Amanah dan tanggung jawab; agar dengan kehadiran kita, keluarga sedia ada suami bukannya makin berpecah belah sebaliknya, makin bersatu dan berbahagia. Barulah perkahwinan kita itu membawa barakah dan dipenuhi dengan rahmah Allah. Amanah yang dipegang adalah menjadikan suami kita sedar bahawa membawa kita masuk dalam keluarganya membawa maksud dia perlu lebih prihatin kepada keluarga sedia ada agar hati mereka tidak jauh dari Allah dalam menerima qada dan qadarNya. Tanggung jawab kita pula adalah memastikan bahawa madu kita menerima kehadiran kita sebagai pembantunya dalam menguruskan suami bukannya mengambil alih tugasnya dan membiarkan suami tidak berlaku adil.

Hadirnya kita sebagai orang baru dalam keluarga suami, membawa sinar keinsafan, baik untuk diri kita mahupun untuk suami dan keluarganya. Perasaan insaf yang membawa pengertian bahawa kita hanyalah insan biasa. Seorang hamba. Yang tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Tuhannya. Sekiranya qada dan qadar Allah, dengan keizinanNya, maka poligami itu berlangsung, maka siapalah kita untuk menghalangnya. Maka, laluilah kehidupan berpoligami setaqwa mungkin. seredha dan seikhlas yang mampu. Jika masih kurang ikhlas dan kurang redha maka, dapatkanlah keikhlasan dan keredhaan itu melalui ilmu dan pengamalan.

Kepada suami, dia harus sedar, amanah Allah yang dipikul di bahunya semakin bertambah. lalu, seharusnya hubungan nya dengan Allah semakin erat. dia seharusnya menjadikan solat sebagai sumber mendapatkan kekuatan baru setiap ketika untuk menjalankan amanah Allah sebaik mungkin. selain ibadah sunat. dia seharusnya memimpin keluarganya ke arah jalan yang lurus. keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

Firman Allah swt, mafhumnya;

“peliharalahdirimu dan keluargamu daripada api neraka”.

itulah tanggungjawab suami. sekiranya dulu, hanya satu keluarga yang perlu dipelihra, kini amanah itu semakin besar. kalau dulu mungkin seorang isteri yang boleh menjerumuskan suaminya ks dalam neraka andai si suami gagal mendidiknya,kini bertambah lagi. dan andai dulu hanya beberapa sebab yang tak tertunai boleh menarik suami ke dalam neraka, kini, sebab itu juga bertambah, termasuklah keadilan dalam poligami. lalu, amat besar impak dan akibat andai kita memilih untuk berpoligami.

untuk isteri pertama, suami perlu menyediakan dan mendidik dirinya agar dapat menerima hakikat bahawa si suami akan mempunyai isteri lain yang sama haknya , sama sebagaimana si isteri pertama. hak kasih sayang, layanan baik, nafkah zahir dan batin. isteri pertama perlu dididik untuk redha dan ikhlas, sekiranya gagal, kesannya amat buruk, baik untuk isteri, suami malah yang utama anak-anak. sedang hakikat perkahwinan itu melahirkan insan-insan salafussoleh.

hakikatnya, sekiranya memilih untuk untuk berpoligami dan menambah isteri, maka, sekali-kali si suami mahupun isteri- isteri itu sendiri, bertindak  mementingkan diri dan perasaan sendiri sahaja. ada banyak jiwa lain yang bergantung kepada kita dan tindak tanduk kita. perhatikanlah dan peliharalah hal ini.

buat isteri kedua, jangan sekali-kali memasuki perkahwinan seorang lelaki yang telahpun beristeri dengan niat untuk menguasai lelaki tersebut dan mahu membanggakan diri bahawa lelaki itu tertarik kepada dirinya atas alasan kekurangan siisteri pertama. kita tidak tahu hakikat itu, mungkin dia sangat istimewa di sisi Allah , lalu, bukan hak kita untuk merendahkan dirinya, dan siapa boleh menjamin bahawa kita lagi ‘special’ dari orang lain? selain kesombongan diri kita sendiri.

yakinlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah pura-pura. kesenangan yang hanya sementara. malah bagi para nabi, Junjungan Mulia kita dan  para sahabatnya, dunia ini hanyalah sampah dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

lalu, apa yang mahu dibanggakan tentang diri kita yang belum tentu tempatnya di akhirat nanti. entah-entah, orang yang kita pandang rendah itu memasuki syurgaNya jauh lebih awal dari kita kerana dia lebih redha, lebih ikhlas menerima dan tidak memandang rendah kepada kita kerana berkahwin dengan suaminya.

Isteri pertama, andai kita tidak redha, ketahuilah bukan sesuatu yang asing untuk Allah bertindak atas ketidakredhaan kita itu, rezeki kita semakin sempit dan malang bertimpa berkali-kali. Andai kita tidak ikhlas, ketahuilah , bukan sesuatu yang mustahil untuk Allah membalas ketidakikhlasan kita itu kerana qada dan qadar itu milikNYA. siapa kita untuk mempersoalkan hak ALLAH.

sesungguhnya, redha dan ikhlas itu amat besar kuasanya. menjadikan seseorang itu pemaaf dan tahu bersyukur. mensyukuri semua nikmat kurniaan Allah menjadikan nikmat itu dilipatgandakan Allah . itu janjiNYA.

poligami dan isteri kedua, adalah isu yang tak akan pernah habis andai kita memilih untuk fokus pada manusia. hasilnya, jiwa kita sendiri yang merana dan menderita, memendam rasa, berendam air mata dan penuh dengan penyakit, baik penyakit hati, mental mahupun fizikal, penyudahnya tempat kita dalam neraka.

carilah ketenteraman, kedamaian dan kebahagiaan sejati dengan HANYA menjadikan suami dan anak-anak itu sebagai ALAT untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. mereka bukan matlamat tetapi amanah. memahami hakikat itu, Insyaallah , hati akan beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

hayatilah firman Allah ini,

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

hidup berilmu, ceria selalu, moga tempat kita di sisi suami dan anak-anak di syurgaNYA nanti.

About these ads

111 Komen »

  1. Terima kasih dengan artikel di atas banyak membantu mengingatkan lagi tanggungjawab sebagai isteri dan makhluknya diatas dunia ni.

    Komen oleh Wawa — Mac 12, 2009 @ 7:23 am | Balas

  2. thanx,sy mengalami dugaan yang amat berat dan penghinaan yang sgt hebat kini.Dgn tulisan ini,memberikan sy smgt sikit utk lbh sabar sbg istri ke 2.

    Komen oleh anie — Mei 24, 2009 @ 4:36 pm | Balas

    • Sangatlah amat sulit menjalankan peranan sbgai istri kedua sll d pandang sebelah mata n sll menjadi cibiran d kalangan masyarakat…
      Smga saya bisa menjalankan peran saya sbgai istri yg baik bagi suami saya meski saya hanya istri kedua…

      Komen oleh lify — Februari 3, 2014 @ 3:36 am | Balas

  3. terima kasih…memang dugaan sebagai isteri kedua adalah sangat mencabar keimanan. Hanya mereka yang bergelar isteri kedua saje yang memahami. Saya bersyukur dapat mencium tangan ibu mertua selepas solat setiap hari khamis di masjid tanpa dia mengetahui bahawa saya adalah menantunya dan bergurau dgn anak2 suami saya tanpa mereka ketahui bahawa saya adalah isteri abah mereka. Saya melihat suami & keluarga bergurau & bermesra di hadapan saya namun saya tetap orang asing. Namun saya redha dan pasrah jika itu semua adalah dugaan Allah buat saya. Saya hanya memohon ganjaran pahala di atas setiap keredhaan saya.

    Komen oleh kasehlea — Jun 14, 2010 @ 3:33 pm | Balas

    • Sedih saya baca komen kasehlea..saya pun bakal menjadi isteri ke-2. Harap-harap kita dapat beroleh ganjaran di akhirat kelak di atas setiap zarah pengorbanan. Moga saya sendiri sentiasa ikhlas menyenangi hati suami walaupun ada kali membakar diri sendiri. Sy doakan kehidupan setiap isteri kedua sebagai syahid yang indah untuk ganjaran di akhirat kelak..menangi hati madu dan suami untuk mengindahkan poligami

      Komen oleh Jaja — Ogos 1, 2010 @ 2:18 am | Balas

    • menitis airmate sy dgn kisah kasehlea dan sy amt merasakannye krn sy pun shgga saat ni xpnh dpt bjumpe dn kucup tgn ibu mertua gara2 sy isteri kedua yg x pnh di terima oleh madu dn seluruh keluarge suami.malah sy di fitnah dan di label sbg pmpuan jahat.anak yg sy kandung di tuduh anak haram.suami juge x berlaku adil dlm pembahagian hari,tmpt tggl dn kebajikan sy n anak2.skang sy mengandung ank ke 3.ank pertama sy nerumur 2thn,ank kdua sy berumur 1 tahun.. sy sedih tp sy x merungut.sy menangis hny dgn menyebut name ALLAH dan meminte belas kasihNYA..

      Komen oleh MYRA — Februari 8, 2012 @ 8:25 am | Balas

    • kasehlea…
      jika sudi in touch with me pelase…at email below:

      nur_emma914@hotmail.com

      thanks
      nur

      Komen oleh nur — Mei 20, 2014 @ 12:32 pm | Balas

  4. terima kasih…rase terharu dan sebak selepas membacanya. tulisan ini sgt memberi kesan kpd sya yg bru sje bergelar isteri ke2…

    Komen oleh nur — Julai 28, 2010 @ 2:03 pm | Balas

    • Nur, ada masanya hati kita sebagai isteri kedua akan diduga, dihasut oleh iblis & syaitan n penuh dgn prasangka, pejamkan matamu seketika dan isytifar berulang kali. Banyakkan amalan sunat, mengaji n selawat 100x setiap hari..paling mudah, semasa memandu atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Ajar diri, pujuk hati supaya jadi lebih redha n ikhlas. Fikirkan kebaikan n rahmat yg anda dapat selepas berumahtangga..maruahmu dilindungi & aibmu dilindungi oleh satu hubungan yang dinamakan perkahwinan…insyaallah.

      Komen oleh kasehlea — November 12, 2010 @ 10:13 am | Balas

  5. menjadi isteri kedua, dengan persetujuan dan kerelaan semua pihak isteri dan bakal isteri berlainan dengan ditipu suami yang telah meninggalkan isteri pertama dengan niat menceraikan nya dan berkahwin dengan isteri kedua.tetapi selepas dua tahun berpisah dengan isteri pertama, dia memutuskan tidak menceraikan isteri pertama. permohonan perceraian sudah pun dibuat tetapi apabila isteri pertama tidak mahu hadir ke mahkamah dan merayu tidak diceraikan, si suami mungkir janji pada isteri kedua dan terjadilah poligami yang ‘terpaksa’.

    isteri pertama buta dan tidak punya anak, tetapi isteri kedua sudah pun melahirkan anak untuk nya. suami mula tidak berlaku adil terhadap isteri kedua dengan selalu meninggalkan nya……so apa pendapat semua berkenaan hal ini pula?

    Komen oleh Zarina — Julai 19, 2011 @ 9:48 pm | Balas

  6. saya benci isteri kedua saya, dia 20 tahun lebih muda dari saya, saya benci dia.

    Komen oleh Zurida Hashim — Julai 19, 2011 @ 10:23 pm | Balas

  7. Sedihnya lepas bca ruangn ini..sy da jd isteri ke 2 selama 2 tahun.berkat ksabaran sya selama 2 thun ni..akhrnya mmbuahkn hsl.. Ibu mertua sya sgt sayang dgn sya.sya bsyukur pada Allah..

    Komen oleh Ayu — Julai 20, 2011 @ 11:13 am | Balas

    • ayu, apayg awk lakukn utk dptkn keizinan isteri pertama? dan kalau bleh tau, knp awk sgup jd isteri ke2?

      Komen oleh isme — September 7, 2011 @ 5:00 pm | Balas

  8. sy mnjd isteri kedua utk memberi kesenangan kepada isteri pertama,saya perlu mencari nafkah hinga ke pagi ,saya perlu memberi duit pd suami dan perlu membeli kereta mewah utk isteri pertama kerana suami sy ckp sy teleh mengambil hak orang dan perlu mengantikannya,setiap hari sy susah tak tahu nk megadu dgn siapa,

    Komen oleh insan sedih — September 19, 2011 @ 4:09 pm | Balas

    • awak tak perlu buat semua itu kerana walau berapa orang pun isteri seorang suami itu, semuanya menjadi tanggung jawab nya bukan mana -mana isteripun, itu adalah amanah allah kepada seorang suami dan akan dipersoalkan di akhirat nanti. kerana itu poligami mementingkan kemampuan suami, jika tidak mampu , haram berpoligami. apatah lagi menggunakan kudrat isteri, boleh mengadu kepada pihak yang sepatutnya

      Komen oleh intanrohaida — September 20, 2011 @ 9:31 am | Balas

    • wah , untungnya isteri pertama tu .. tidak sepatutnya kita sebagai isteri kedua nak bagi duit kepada suami dan kereta mewah untuk isteri pertama , sebab kita bukan perampas … dan bukannya mengambil hak orang … kita pun mempunyai hak kita ..kita pun manusia juga , cuma mungkin dah takdir kita tidak sebaik isteri pertamanya yang boleh melalui segalanya dengan sempurna sebelum kehadiran kita .

      Komen oleh Ruby — November 10, 2011 @ 10:19 pm | Balas

      • sebagai isteri ke berapa pun, memberi duit kepada suami atau madu tidak wajib tetapi jika dilakukan dengan ikhlas , adalah sedeqah.. sabda rasul, wahai kaum hawa lindungkanlah dirimu dari api neraka dengan sedeqah. dunia ini hanya tempat mencari perbekalan … alangkah baiknya jika semua kaum hawa mampu melakukan yang terbaik selain dari cuba memikirkan hak sebagai isteri kepada suami yang berpoligami.

        Komen oleh intanrohaida — November 15, 2011 @ 1:33 pm

    • jangan lah berbuat sesuatu yang menzalimi diri sendiri.. tu semua tanggung jawab suami. jaga diri sendiri sebelum jaga orang lain. saya juga isteri kedua dan suami saya bukanlah orang berada, isteri pertama memang benci kat saya tapi suami saya tak pernah pulak suruh saya bayar kat isteri dia.. Income suami dan masa suami memang kebanyakkan untuk isteri pertama dan anak2 mereka tapi saya redha sebab mana mungkin dia boleh bahagi masa yang sama untuk kami sedangkan anak2 dengan isteri pertama lagi banyak daripada anak beliau dengan saya. saya pun hairan dengan sikap saya sendiri yang sangat redha dan rileks dengan aturan kami. mungkin kerana saya dah ‘lower my expectations’. saya harap Puan jagalah diri sendiri dahulu dan tolong jangan menzalimi diri sendiri.

      Komen oleh Daisy — April 14, 2014 @ 9:41 am | Balas

  9. kak intanrohaida…
    sy msh menimbang tara utk mjadi isteri kedua atau tidak…si dia merupakan bekas teman lelaki sy..bkahwin dgn isteri skg atas dasar suka sama suka walaupun bkn sepenuh hati..itu katanya..kata2 seorg insan…persoalannya, apakah lbh baik kami mpercepatkn pkahwinan kami? utk pengetahuan, isteri skg sudah mengizinkn kami utk bkahwin begitu juga bakal ibu mertua..walaubagai manapun, si suami mahu berkahwin pabila ank kecilnya sudah berusia setahun..bmakna sy perlu menunggu lg setahun sblm kami boleh bkahwin…adakah salah bg sy jika mendesak bakal suami utk bkahwin cpt?

    Komen oleh suria — September 20, 2011 @ 10:34 am | Balas

    • jodoh dan pertemuan adalah aturan dan ketentuan Allah kerana itu kita tak boleh ada langsung perasaan memandang rendah pada orang lain terutama jika melibatkan perkahwinan kedua kerana semuanya percaturan serta qada dan qadar Ilahi. hanya doa yang mampu merubah taqdir . memang benar ramai yang berkata kalau kita tak pilih begini tak akan jadi begitu, tapi sebenarnya semuanya dengan izinNya. contohnya , ada lelaki yang menefon saya mohon mengusahakan agar ikhtiarnya mahu berkahwin lagi berjaya, kerana dah pelbagai tindakan diambil tetapi si gadis tetap tak menjadi isteri keduanya dan ada pula yang minta saya mengikhtiarkan agar suami mereka tidak jadi berkahwin lagi, ikhtiar adalah darul asbab kita sebagai hamba Allah tetapi semuanya di tanganNYA.

      usahalah , ikhtiarlah macam cara pun tapi kalau bukan qada dan qadarNYa untuk berpoligami, tetap tak akan berpoligami, halanglah, sekatlah dan buatlah pelbagai ugutan tetapi kalau qada dan qadar Ilahi kita berpoligami, maka akan berlaku jualah qada dan qadar Allah itu. semuanya berlaku kerana Dialah yang maha mengetahui akan nasib semua hambaNya dari mula alam dijadikan hingga ke hari akhirat. cumanya pada saya dianugerahkan setitik ilmu yang boleh mengetahui , dengan izinNYa beberapa perkara. insyaallah. muga dimudahkanNya dan sentiasa berada dalam hidayahNya.

      dalam kes suria, insyaallah kekuatan jodoh tu tinggi. bisikan untuk minta dipercepatkan perkahwinan adalah bisikan baik. persiapkanlah diri untuk melalui hidup berumah tangga yang berkongsi nakhoda. masukkan ilmu dan mohon kekuatan untuk mampu mendorong suami berlaku adil dan mohon juga kekuatan agar diri menjadi bidadari dunia, insyaallah.

      dari segi gangguan,… suria ada gangguan dari segi sakaketurunan. kekuatan saka 60%. duduk di bahagian perut ke kaki. insyaallah boleh dirawat . mudahan lebih mudah menaikkan kekuatan dalaman dengan hancurnya gangguan dalam diri.

      Komen oleh intanrohaida — September 20, 2011 @ 12:13 pm | Balas

  10. kak intanrohaida…
    terima kasih utk komen akak…sesungguhnya mmg bhgia yg semua org inginkn…tp utk mngecapinya, amat pyh dilaksanakan…semoga kita dberkati dan drahmati…semoga doa2 kita d makbulkn allah..semoga sy d beri kekuatan dan ketabahan dlm mjalani ujian dan cabaran ini..

    Komen oleh suria — September 20, 2011 @ 2:25 pm | Balas

  11. assalam…
    saya isteri pertama dan bakal bermadu.memang perit bila suami tempat untuk kita bergantung meminta keizinan untuk berkahwin lagi.pada mulanya saya begitu marah dan sedih dgan tndakan suami..saya rasa tempat untuk saya disisi suami telah dirampas oleh si dia..keadaan saya masa itu mmg tdk terurus.hilang selera makan,tiada semangat utk bekerja dn sy rasa dunia saya gelap..smpai satu tahap saya minta utk dilepaskan krn tdk sanggup utk berkongsi kasih..lama kelamaan saya blh terima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.suami byk membantu saya.setiap hari suami tdk jemu2 untuk menerangkan yang poligami itu tdk salah disisi agama..pd mulanya sya tdk bersedia untuk bjumpa dgn bakal madu saya..lama kelamaan hati sya terbuka untuk berjumpa dgnnya.pertemuan tlh ditetapkan dan kami berkongsi cerita.sehingga sekarang kami masih berhubungan..bakal madu sya byk memberi semangat kpd saya..katanya dia mahu besama saya untuk tempuhi dugaan Allah,susah senang kami sama2 rasai..sebagai isteri pertama mmg saya tidak terlepas dari perasaan cemburu,marah dan sedih thadap bakal madu saya..tp saya byk beristigfar dan berdoa dijauhkan dr berperasaan begitu.alhamdulilah,saya lebih tenang..sya bersyukur krn suami tdk menipu saya dan kehidupan saya lebih bahagia sekarang..
    kpd isteri2 diluar sana yg bakal bermadu dn sudah bermadu banyakkan beristigfar dan berdoa…fikirkan yang indah2 untuk masa depan kita.

    Komen oleh liza — Oktober 13, 2011 @ 6:48 pm | Balas

    • wslm kak liza..
      sy bangga dgn wanita spt kak liza.begitu juga bakal madu sy..sguh tabah hati nya bila mnse m’izinkn suami di kongsi..x ramai wanita yg mampu berbuat sptmana yg kalian lakukn..
      pecayala, bkn niat sy utk bermadu tp apakan daya..spt kata kak intanrohaida, andai itu sudah ketentuan Allah, apa mampu ktia sbg hambanya utk menolak…
      hnya sabar, tabah, redha, yg perlu d tingkatkn dlm mhadapi perkara sebegini…
      tahniah kak liza…krn dikurniakn suami yg jujur…insyaallah, ada keberkatan di kemudian hari…

      Komen oleh suria — Oktober 20, 2011 @ 8:45 am | Balas

    • Salam Liza..
      Nampaknya situasi saya agak sama dengan situasi awak…tapi belum sampai lagi tahap suami saya meminta izin untuk dia berkahwin lagi…cuma suami saya sedang menjalin hubungan dengan seseorg yg saya kenal, seseorang yang pernah saya tolong…
      Saya sendiri telah berterus terang dgn pihak ke 3 untuk tinggalkan suami saya…begitu juga pada suami saya, saya telah memohon untuk dia tinggalkan pihak ke 3 itu…namun, apalah daya saya untuk menghalang hubungan itu….
      Memang betul, masalah sebegini boleh buat kita hilang akal, hilang selera makan, kerja pun tak tentu hala dibuatnya…jiwa terasa sgt pedih dgn kecurangan suami…terasa diri tak dihargai setelah segalanya diberi…
      Terasa amatlah susah untuk memujuk hati yg telah luka ini..berbulan2 lamanya melawan perasaan,untuk pulih sediakala.

      Tapi bila difikir2kan balik, seperti apa yg kak Rohaida katakan..segalanya terletak ditanganNya…kalau Allah kata tidak, maka, tidak berlakulah ia…Jadi, buat masa sekarang, saya serahkan segalanya pada yg Maha Berkuasa…dlam masa yg sama, saya tak henti2 berdoa meminta petunjuk & jalan terbaik…Dengan berserah sahajalah yg saya dapat ketenangan & kekuatan menempuh ujian ini.
      Buat bakal isteri kedua, andalah yg kena kuat dari kami isteri pertama.Sebagaimana kami boleh bekorban, anda juga memerlukan pengorbanan yg sgt besar..alam rumahtangga tak sama degnan alam percintaan…sama sekali jauh berbeza…hari ini mungkin kalian terasa kalian boleh…kerana kalian sedang asyik mencintai…tetapi hakikat sebenar yg bakal anda tempuh tramatlah menguji dkeiklasan & kesucian hati…jadi, bersedialah….

      Buat yg bakal dimadukan, terus terang,kami masih berdoa mengharap agar kami tidak dimadukan….Amin…

      Komen oleh Mia Hana — Oktober 21, 2011 @ 1:01 pm | Balas

    • asw ka liza, saya juga senasib dengan ka liza, besok hari suami saya akan melangsungkan akad nikahnya. sulit sekali sebenernya untuk menerima ini. tapi berkat bimbingan suami moga2 hati ini makin kuat. saya percaya semua atas izin Allah. walaupun sebenarnya terkadang saya tidak kuat menghadapi ini.

      setelah saya baca tulisan ka intan, subhanallah makin dibukakan hati saya. alhamdulillah semua keluarga suami support saya, cuma saya belum berani menjelaskan kepada orang tua & keluarga saya.

      suami saya sudah berkhianat thd saya atas perzinaan yg sudah menghasilkan jabang bayi, tapi saya kembalikan ke Allah, bahwa semua adalah ketentuan Allah sampai semua ini terjadi.

      atas izin Allah pula saya diberi kekuatan. semua ini juga teguran dari Allah terhadap saya sebagai pribadi yang terlalu lalai & sombong thdp kasih sayang Allah.
      perih sekali setelah mendengar pengakuan suami yang berbahagia walaupun sedih dalam menerima berita bahwa dia akan memiliki anak (dimana hal tsb merupakan doa kami ber2 untuk mendapatkan anak perkawinan kami yang baru akan menginjak 5 tahun)

      semua saya pasrahkan ke Allah, saya support suami saya, insya Allah Allah SWT akan memberikan yang terbaik sesuai dengan rencanaNya, walaupun mimpi yang sudah kami rajut lebih indah sebelumnya.

      mohon doanya ya umi sekalian, supaya saya bisa kuat dan sabar dalam menjalani ujian ini.

      Amin
      terima kasih ka intan buat pencerahannya.

      Komen oleh laras — April 15, 2012 @ 1:53 am | Balas

      • segala kekuatan hanya dari NYA, kita makhluk tiada apa.

        Komen oleh intanrohaida — April 16, 2012 @ 8:09 am

    • salam liza.. sy kagum dgn awk. sy ni istri no2. sy brhrp madu sy blh jd spt awk. tp rsnya xmungkin blh jd spt awk sbb madu sy tu seorg yg hati kering. sy pernah jpa seorg ustaz mintak dia bt lembutkan hati madu. ustaz bt melalui sembahyang hajat n tahajud tp ustaz sendiri kt yg madu sy mmg ssh kalau nk lembutkan hati n terima sy sbb orgnya berhati kering, apa dia kt dia akn bt, dia sanggup bt apa sj tuk suami dia.. walau orgnya nmpk baik, cakap pn baik, nmpk lemah lembut. mmg la dl ms mula2 dia tahu sy kawin dgn suami, dia antr msj kt mcm2 maki sy n dia da kt akan bt apa sj smpai sy bercerai dgn suami. slm 4thn sy jd no2 mmg byk dia bt nk bg sy n suami brgaduh, semua hal, semua sudut, termasuk dt ringgit dia nk control. suami plak mmg lbh byk dngr n ikut ckap dia. mmg suami pun dlm byk hal lbhkan dia.macam mn yer nk bt dia sedar spy bersyukur suami skrg dh blh balik kat dia selang 1 mlm x macam dl 3 4 hari br nk balik. spy dia redha n ikhlas terima qada n qadar Allah sbb dia seorg yg sembahyang tak tinggal, rajin bt perkara sunat

      Komen oleh alia — Februari 17, 2013 @ 1:49 pm | Balas

    • Liza..boleh sy hubungi awak?sy bkal bermadu.n msih dlm kejutan.sy perlu nasihatttt…sy sgt down..hasutan demi hasutan dtg bertali arus…
      0134576329

      Komen oleh zairul akmal — September 12, 2013 @ 4:58 am | Balas

    • Bagaimana kehidupan liza sekarang?bolwh kongsi tips utk kami

      Komen oleh mas — April 14, 2014 @ 4:00 pm | Balas

  12. As salam….saya juga merupakan isteri kedua. Pada mulanya saya dan suami bersepakat utk menyembunyikan pernikahan kami,bukan niat utk menipu tapi lebih kpd menjaga hati isteri pertama. Saya bersetuju mendapat giliran 2 kali sebuan tanpa bermlm dan segala nafkah zahir,saya terima setakat mana kemampuan suami kerana saya sendiri sudah berkerjaya. namun takdir Allah selepas 3 bulan berkahwin,rahsia ini terbongkar dan isteri pertama mmg tak dapat terima kehadiran saya. Perkahwinan kami merupakan perkahwinan jarak jauh. Saya di Kota Bharu dan suami di Melaka. Selepas isteri pertama tahu,pada mulanya dia telah lari dr rumah namun dia kembali semula. Saya telah menghubungi isteri pertama dan menjelaskan knp kami berkawin dan memita dia menrima semua ni sbg Qada n Qadar Allah.. Tapi dia tidak dapat menerima tu semua dan memberi pilihan kpd suami..antara saya atau dia. Sehingga kini,kami masih bersama namun suami masih belum yakin utk meminta atau memberitahu pd isteri pertama berkaitan dgn giliran kerana menurut suami..dia terpaksa menjaga hati isterinya dan tidak mahu isteri berkecil hati jika mengetahui suaminya ingin berjumpa saya. Jauh di suduut hati,mmg sy agak kecewa namun saya bersabar kerana saya sedar jika saya yakin dgn janji2 Allah..pasti Allah membantu saya.

    Komen oleh asliza — Disember 17, 2011 @ 1:34 am | Balas

  13. saya isteri kedua sampai sekarang saya masih tercari cari kerdhaan allah…untuk permudahkan segalanya…saya dah x mampu nak tangisi apa yang saya dah mulakan..saya ditipu dan terus tertipu….malah saya dah tak sanggup lagi terus berada dalam keadaan sekarang nie…kenapa mesti saya…

    Komen oleh rose — April 7, 2012 @ 7:22 pm | Balas

    • kerana awak insan terpilih namun perlu masukkan sangkaan baik terhadap ALLAH, insyaallah. ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA, sesuatu itu berlaku kerana kita mampu menghadapinya cuma jika tenggelam perlu ikhtiar untuk kembali menjadi khalifah ALLAH, insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — April 9, 2012 @ 12:04 pm | Balas

    • Tertarik dgn Komen oleh rose — April 7, 2012 ; terbalik pula kepada saya, isteri pertama yang terus ditipu dan tertipu. Sejak hadir orgk2, sikap jujur suami beralih arah. Dulu kami berkongsi segala urusan tapi slps tu, semua access ditukar dan dia share dgn isteri baru. Asyik makan hati berulam jantung jer dulu, badan susut, asyik migrain. La ni mmm cam tambah gram jer.

      Apa pun bole cek dgn perawat Islam dan berdoa. Kes saya ni, end of 2010, baru sedar suami terkena sihir. Macam2 petanda sihir terjadi. 5 tempat dirujuk yg mengesahkan dan saya berusaha berubat hampir setahun, tp dah takdir bercerai. Tuan badan sendiri yg berkeras tak mahu, jadi susah la nak berubat. Sejak tu, selalu amal ayat2 ruqyah. Sabtu lepas, perawat AKRINE cakap dgn izin ALLAH, didapati dah tawar. Patutla, dia merayu pujuk kembali….saya masih tenang berfikir dan bersabar, hati tetap sayu krn ank2 masih tak tahu kami dah berpisah, asyik bertanya jer. itulah dugaan ALLAH- saya pasrah.

      Komen oleh aqila — April 17, 2012 @ 4:24 pm | Balas

    • dik, adat isteri kedua, sepatutnya ada perbincangan dan syarat sblm berkahwin. perlu berfikir panjang sebelum bertindak. allah tempat memohon ampun dan pertolongan. kadang2 ketenangan x dperolehi sbb ada kelopongan dlm hubungan kita dgn allah. wallahu a’alam

      Komen oleh anaz — Januari 9, 2013 @ 12:40 am | Balas

  14. saya bekas isteri pertama beranak 4; ketika perkahwinan senyap2 keluarga mertua sepakat sorok pd apr2010. Maklum pegawai kerajaan, gaji 8K. Saya disisih keluarga mertua, dtg KL tak singgah tapi terus ke rumah yang satu lagi. Bila terbongkar selepas 2bln, saya bersabar dan minta penggiliran yang adil. Hampir setahun saya akur gilir yg dibuat tanpa overnight weekend, susah bercuti bsama2 anak2 bermalam di hotel. Kawan2 kata biasala org dpt kereta baru, mesti selalu guna lebih, yg lama sesekali je servis. Bila minta tukar, round robin, bekas suami ambil masa sebulan utk putuskan, tiba2 propose alternate weekend pula, itukah caranya? Akhirnya 4Nov 2011 jatuh talak. Mereka masih tiada anak.

    Komen oleh aqila — April 16, 2012 @ 4:16 pm | Balas

    • insyallah ALLAH akan memberi ganti yang jauh lebih baik. peliharalah diri demiNYA dan beramal baiklah demiNYA jua,..

      Komen oleh intanrohaida — April 16, 2012 @ 8:38 pm | Balas

    • ADILLL dpt giliran selang sehari on weekdays, ditambah overnight weekend utk yg solo. Dan yg berderet 4 pula, ank2 jer berebut tidur sama bapanya. Asyik putih mata beralah.

      Komen oleh aqila — April 19, 2012 @ 2:43 pm | Balas

  15. Saya bakal menjadi isteri kedua. Hubungan kami dh menjangkau 6 tahun. Kekasih saya telah pun berjumpa dgn keluarga saya dan keluarga saya setuju utk nikahkan kami. Masalahya, dr pihak isteri pertama. isteri pertama mengenali saya tetapi tidak menyokong. Saya telah menetapkan syarat agar bakal suami memberitahu isteri pertama dan juga ibunya. Namum kekasih saya perlukan masa utk memberitahu ibunya dan juga isteri pertama. Di sini saya ingin tekankan, jika bakal suami memberitahu ibunya, mungkin ibunya akan mencari saya dan merayu supaya lupakan anaknya. Ini kerana si ibu penah dimadukan oleh arwah suaminya dan diketahui kemudian. Melalui pengalaman si ibu, mungkin dia tidak membenarkan atau mencuba seribu satu cara utk bertemu saya dan merayu supaya lupakan anaknya.

    Berkaitan isteri pertama, kami pernah bertemu tetapi bukan dalam keadaan yang menggembirakan. Saya juga penah bertemu dgn ibu dan adik beradik bakal suami tetapi juga bukan dlm keadaan yg baik. Sampai skrg, isteri pertama dan keluarga bakal suami tidak tahu sama ada kami masih berhubungan atau tidak. Hakikatnya, kami masih lagi berhubungan dan merancang utk berkahwin.

    Saya cuma ingin minta nasihat dan juga jalan bagaimana utk bakal suami bersemuka dgn ibunya terlebih dahulu dan meyampaikan hajat utk menikahi saya? Jika kami telah menikah, bagaimana jalan utk membuat semua pihak menerima saya seadanya? Apa yang perlu saya lakukan? Jujur saya katakan, saya sgt sayangkan kekasih dan tahu apa yg bakal ditempuh jika bergelar isteri kedua. Saya ikhlas dan tidak mahu bergaduh dgn mana2 pihak. Saya juga tidak mahu digelar ‘betina perampas laki org’. Saya mahu yg elok2 saja. Tlg bantu saya.

    Komen oleh MY — Jun 8, 2012 @ 10:03 pm | Balas

    • jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah swt. namun , jika ada halangan , agak sukar jodoh untuk dipertemukan. semua yang ada dalam alam ini mampu diketahui getarannya. termasuk lah kekuatan kasih dan jodoh pertemuan.

      bagi awak dan kekasih, kekuatan jodoh antara kamu berdua, hanya 10%. nampak macam susah sikit nak berkahwin. halangan pada perkahwinan adalah 90%. kena hancurkan dulu kekuatan halangan baru lah boleh dinaikkan kekuatan jodoh, insyaallah.

      untuk membantu melembutkan hati keluarga kekasih andai kekuatan jodoh telah tinggi juga boleh diikhtiarkan. namun semuanya adalah dari ALLAH swt. boleh hubungi hp saya untuk diagnos tepat atau merawat menghancurkan halangan serta menaikkan kekuatan jodoh, insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 9, 2012 @ 10:25 am | Balas

      • Tla bantu saya… Saya tahu keadaan sgt sukar tapi masih nmpk sinarnya.

        Komen oleh Zulaikha — Jun 9, 2012 @ 10:35 am

  16. Saya bakal menjadi isteri kedua. Hubungan kami sudah pun menjangjau 6 tahun. Bakal suami telah berjumpa dgn keluarga saya dgn niat utk menikahi saya dan keluarga saya telah bersetuju. Masalahnya skrg semestinya dr isteri pertama dan juga ibu bakal suami. Saya meminta agar bakal suami memberitahu ibunya dan isteri pertama terlebih dahulu sebelum hendak menikahi saya. Saya tahu perit dan susah tapi saya mahukan yg terbaik utk saya dan keluarga saya. Bakal suami perlukan masa utk bersemuka dgn ibunya terlebih dahulu. Ingin saya tekankan, ibunya mungkin akan mencari saya dan mengunakan seribu satu cara agar saya tidak berkahwin dgn anaknya. Ini kerana si ibu penah dimadukan oleh arwah suaminya tanpa pengetahuannya. Ini menjadikan si ibu mungkin tidak suka jika bakal suami bakal berkahwin lagi mengikut jejak bapanya.

    Untuk pengetahuan, isteri pertama dan keluarga bakal suami kenal saya. kami penah bertemu dalam keadaan dan suasana yg tidak baik. Saya pernah dipukul oleh adik beradik bakal suami yg kesemuanya perempuan. Bakal suami adalah satu2nya anak lelaki. Ia berlaku sebanyak 2 kali. Sejak kejadian kali kedua, keluarga bakal suami mungkin ingat hubungan kami sudah berakhir tetapi tidak. Kami masih meneruskan hubungan. Berkenaan isteri pertama, saya rasa dia tahu bahawa suaminya masih menjalin hubungan dgn saya tetapi dia cuba utk mempertikaikannya. Saya hanya mahu pernikahan ini dilakukan dgn jln yg betul. Saya mahu isteri pertama dan keluarga bakal suami tahu walaupun saya tahu mereka akn cuba bmacam2 cara utk menghalang pernikahan ini. Pernah terfikir utk berkahwin dahulu, kemudian bgtahu. tapi bila difikirkan balik, sama juga keadaan selepas itu.

    Saya tidak minta perhubungan seperti ini. Saya pernah cuba utk meninggalkan bakal suami tetapi tidak boleh. Berbagai2 cabaran kami alami, tetapi kami masih bersatu. Saya tidak mahu digelar ‘betina perampas laki org’ walaupun saya tahu org akn menggelar saya itu. Disini, saya ingin memohon nasihat dan jln utk bagaimana bakal suami boleh memberitahu ibunya terlebih dahulu. Agar ibunya fhm dan tahu akan kemampuannya. Dan jika selepas pernikahan kami, adakah jln utk saya mengambil hati ibu dan adik beradik bakal suami? Apakah jalannya? Apa yg perlu saya lakukan? Adakah saya patut berkahwin terlebih dahulu dan memberitahu isteri pertama dan ibunya kemudian? Atau, menunggu bakal suami bersemuka dgn isteri pertama, ibu dan adik beradiknya yg lain utk smpaikan hajatnya? Saya minta tlg utk beri saya jalan. Saya hanya mahu semuanya bahagia walaupun saya tahu mengambil masa. Saya tahu saya mampu lakukannya. Saya mahu yg baik2 saja dan yg terbaik utk saya, isteri pertama dan bakal suami……

    Komen oleh Zulaikha — Jun 9, 2012 @ 10:29 am | Balas

    • do col me, insyaallah. muga ALLAH beri kekuatan dan kemudahan untuk saya bantu.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 9, 2012 @ 10:48 am | Balas

      • Bole saya dapatkan no.fon? atau kita bole bhubung melaui email? Terima kasih…

        Komen oleh Zulaikha — Jun 9, 2012 @ 10:53 am

      • do col my hp , no emailing, my number is 013 6215110.

        Komen oleh intanrohaida — Jun 9, 2012 @ 12:00 pm

    • Assalamualaikum Cik Zulaika, senang aje,, suruh bakal Suami buat solat Hajat 40 malam Dan minta petunjuk.. Nak beristeri dua mesti lah hebat dugaannya.. Baru boleh Tabah.. Saya beristeri dua.. Kami boleh tidur sekali bertiga… Bukan bersama, kena berani… Memang lah mula2 perang.. Habis perang merdekalah,,nak tahu Lebih lanjut hubungi saya ( 0125923058.. Shah) kebahgian bermulanya dengan keikhlasan Hati… Keikhlasan Hati sgt lah Halus.. Bersabarlah..

      Komen oleh Shahri — September 22, 2012 @ 11:28 am | Balas

    • Salam..sy nak tny.. mcm mana keluarga Zulaikha boleh stuju? Sy bmasalah nak dpt psetujuan keluarga walaupun mereka tahu lelaki yg sy suka itu baik dan bertanggungjawab. Hanya kerana dia sudah berkahwin..mereka menolak.

      Komen oleh Bella — Januari 16, 2013 @ 1:19 pm | Balas

  17. Saya isteri ke2 berkahwin dgn suami masuk tahun ke8 rmhtangga kami.Alhamdulillah sy bersyukur dgn ketentuan Ilahi yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat saya.Syukur sy dpt suami yg baik sangat! Awal perkahwinan pertemuan dan peminangan di atur oleh isteri pertama.bunyi mcm indah kan? Saya laluinya dgn air mata selama ini difitnah,dicaci dan dinafikan hak oleh isteri pertama.sy pasrah dgn ujian ini.Hanya Allah tempat sy mengadu dan berserah,sebenarnya dgn ujian2 ini lah yg buat kita kuat.tapi kena laluinya dgn ilmu dan iman didada.waallahu alam

    Komen oleh Salina — Jun 9, 2012 @ 4:55 pm | Balas

  18. Buat isteri-isteri kedua. Mohon pandangan anda. Jika sekiranya anda di tempat isteri pertama, apa akan anda buat jika sekiranya suami anda membawa pulang yang kedua? Adakah anda akan menyambut mereka dengan perasaan yang amat gembira atau macam mana. Sometimes we have to put ourself in their shoes to know how it was really like. Menjadi isteri kedua bukan mudah. Begitu juga menjadi isteri pertama. Bila kita decide untuk jadi yang kedua, semua itu sudah masuk dalam perkiraan. Wallahualam…….

    Komen oleh Intan — Julai 18, 2012 @ 7:52 am | Balas

    • betul tu intan, saya bersetuju. saya pun tlh dimadukan dan berdoa agar apa yang ada kini tidak berubah.

      Komen oleh anaz — Januari 9, 2013 @ 12:53 am | Balas

  19. salam.. sedih sangat dengar cerita2 akak semua
    sy bru 20 and alami nasib yang sama ..
    soalan saya
    perlu ke kita tinggalkan suami kita demi kebahgian yang pernah kita rosakkan dulu…?
    perlu ke kita buat pengorbanan ?
    supaya hati is3 first or second wife tak terus terluka…
    agar tak bertambah dosa antara ketiga2 belah>>
    pless help me

    Komen oleh laila nabila — Ogos 10, 2012 @ 10:29 pm | Balas

    • laila nabila awk sama seperti saya…saya umur baru 20 tahun dan isteri kedua….awk kol lah sya dan kite kongsi masaalh mana tahu ada hikmah sebalik yea kan…01115718246

      Komen oleh siti — September 21, 2012 @ 1:44 pm | Balas

  20. sya juga mengalami nasib yang sme, menjadi is3ke dua hampir 3 tahun, madu sya msih belum mengetahui perkahwinan kmi, Da bnyak kli ingatkan suami supaya britahu perkahwinan ini kpd isterinya tp dia enggan, jdi byak hak sya diketepikan, sya da cukup byk besabar dan menangis didlam hati…

    Komen oleh zai — Ogos 23, 2012 @ 4:30 am | Balas

    • boleh dirawat, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — September 2, 2012 @ 6:23 am | Balas

    • sabar lah…saya pun sama cuma beza saya isteri kedua..setiap mlm saya hanya mampu menitis kan airmata….

      Komen oleh siti — September 21, 2012 @ 1:46 pm | Balas

    • Zai boleh sy tau no hp awk?

      Komen oleh emil — Mac 3, 2014 @ 6:50 am | Balas

  21. saya perlu kan kawan untuk berbual dan berkongsi masaalh sudi tak…..

    Komen oleh siti — September 21, 2012 @ 1:42 pm | Balas

  22. I have been browsing on-line more than three hours lately,
    but I by no means discovered any fascinating article like yours.
    It’s beautiful price sufficient for me. Personally, if all site owners and bloggers made just right content as you probably did, the web shall be much more helpful than ever before.

    Komen oleh Nicole — Oktober 3, 2012 @ 6:21 pm | Balas

  23. Saya pon skg jadi isteri kedua untuk suami…untuk 6 bln yg pertama, suami taknak gitau sesiapa tentang kehadiran saya sampai satu tahap saya larikan diri balik kampung.. lepas tu, suami berterus-terang dgn isteri pertama.. isteri pertama mula sms saya. pada mulanya, semua nampak okay sampai satu tahap mungkin saya kira dia dah tak mampu lagi nak menahan rasa, terus dia luahkan rasa sakit kat dalam hati dia. suami tahu dan nasihatkan saya supaya banyak bersabar.

    poligami mengajar saya banyak benda yang suami pun cuma pinjaman Pencipta kepada kita dan sebaik mungkin saya cuba tunaikan tanggungjawab saya terhadapnya. tentang kehidupan dia dan isteri pertama, saya tiada hak untuk mempersoalkan dan bertanya. saya serahkan hati saya kepada Maha Pencipta untuk letakkan di mana sebab semua yang ada pada kita pun hanyalah pinjaman semata-mata. tiada yang jadi milik kita sendiri.

    poligami turut mengajar hati menjadi semakin kuat dan dekat dengan Pencipta sebab kita manusia yang lemah ini mudah hanyut dalam kasih sayang manusia sehingga lupa kasih yang kita sepatutnya berikan kepada Pencipta kita,

    sehingga sekarang, saya redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan sebab hanya Dia yang Maha Mengetahui segala yang terbaik bagi hambaNya.

    Komen oleh iman — Oktober 14, 2012 @ 10:49 am | Balas

  24. sy isteri kedua..selama setahun sy berkhwin,bru la istri pertama tahu yg dia di madukan…dia mgamuk dan call@sms sy dgn pelbagai kata maki dan caci..dia ugut suami spaya mceraikan sy…tp,suami enggan…dia juga ugut utk malukan sy dan cderakan sy…tp,skrg itu smua blum tjadi lg…dia ckp,sy bomohkan suami spya jd bodoh…sumpah,demi Allahsy x lakukan itu semua.sy msih waras…sy nk suami trima sy seadanya,bkn dgn buat bnda syirik mcm tu segala…madu sy crita sgala kburukan yg ntah ape2 pd mertua dan adk bradik suami…

    Komen oleh aku juga perempuan — Oktober 22, 2012 @ 10:45 pm | Balas

  25. Assalammualaikum,
    Saya Sha..Saya adalah istri kedua dan sehingga hari ini tiada siapa pun tahu tentang pernikahan kami trmasuk la fmily suami.. Saya mengaku salah kerna telah menumpang kasih suami.. Alhamdulillah suami tidak lupa tentang tanggungjawap zahir, sprti mkn pakai dan keperluan baby.. Kami brnikah hampir setahun lebih dan telah di kurniakan seorang cahaya mata lelaki yg di tunggu suami selama 8thun brkhwin dgn istri prtama..
    Tapi saya trpaksa menaggung derita atas prnikahan ini..Suami sya balik ke rumah hanya 2jam dalam semiggu..Kesedihan makin terasa apabila saya dh mempunyai ank.. Kesian baby kami kurang kasih syg seorang ayah slama di lahirkan hampir 6blan..
    Kadang2 hati saya ada jgk memberontak, istri prtama dpt brcuti dgn suami, sya brcuti dgn baby tanpa suami..Istri prtama dapat ke klnik @hospital ketika kurang sht di temani suami, tp saya hnya brsendirian ketika mngandungkan baby ,ketika melahirkan, ketika dlm pantang smpai la check up baby sehingga skrg.. Paling sedih ketika mnyambut ramadhan atau raya. Saya hnya sempat beraya pd hari kedua atau ketiga dlm tempoh kurang dri 1 jam.. dan baru2 ni sya mngalami keguguran..Sya hanya brua brsama baby, mnanggung sakit, dan apabila sya maklumkan pd suami, suami hnya belikan ubt takut brlaku pendarahan teruk. Sya tidak ke hospital sbb suami xdpt menjga baby yg msih kcil.. keluarga sya tidak mnyukai suami sbb cra prnikahan kami yg xdi restui. Sya melalui tempoh brpantang di pejabat di sebabkan keadaan di rumah membuatkan sya teringt pada keguguran sya.. Trnyata sya xdpt mngawal emosi ketika berada di rumah.. mcm2 yg saya pikirkan trmasuk nasib saya skrg..
    Adakalanya saya x mnjawap pggilan telefon dri suami kerana marah tentang apa yg dh berlaku. Tp bila hilang marah sya, sya akn mhon maaf pd suami. adakah di sebab kan sya selalu mngalah dan mhon maaf membuatkan suami xmahu berubah ?? Saya serba salah kerna ingin mencari redha suami. HHidup sya rsa trbeban. Blhkah saya brterusan bgini? Sedangkan suami xpernah fikirkan unt brlaku adil trhadap sya. Adakah ini hukuman sya kerna telah mngambil suami org? blhkah saya mndapat redha suami yg dlm masa sama fikiran sya brcelaru dan trsentuh hati dgn tindakan suami pd sya?
    Seperti cerita prtama di atas, sya juga ingin brbaik dgn mertua yg sya sndri tahu mertua dan istri prtama brselisih faham.. Bila di ajukan pada suami, dia cma berkata kalau mertua tahu tntang kami istri prtama juga akan tahu.. Sya xberkesempatan unt brbaik dan mnjga mertua yg skrg sdang sakit.
    saya di sini ingin brkongsi pndapat mngikut hukum Islam.. walaupn marah pada suami tp sya xpernah biadap trhadapnya dan saya juga xpernah trfikir unt merosakkan rmhtgga suami dgn istri prtama. malah saya prnah mnta di lepaskan ketika istri prtama dpt hidu sesuatu tentang kami. tapi suami pndai melindungi prbuatan kami ini. unt pengetahuan smua, sya ingin berbaik dgn istri prtama jika di izinkan. dan jika tidak saya sggup mngalah. asalkan rmhtgga suami dgn istri prtama tidak hancur di sebabkan saya.

    Komen oleh sha — Oktober 23, 2012 @ 1:57 pm | Balas

  26. Poligami bermasalah kerana titik tolaknya salah. Kebanyakan poligami berlaku kerana adanya hubungan sulit sebelum pernikahan. Ini bukan sunah nabi.
    Hubungan cinta sebelum bernikah inilah punca maslaahnya. Pernikahan itu suci, tetapinyanya kotor…. susah nak berkat.

    Komen oleh mala — Disember 13, 2012 @ 12:11 am | Balas

    • Betul, perhubungan yang menganiaya perasaan orang lain memang membawa kesan yang tidak elok. Itu hakikat.Apa yang jadi hari ini adalah kesan dari dosa yang pernah kita lakukan.Dosa dengan Allah memang akan terampun kerana Allah itu Maha Pengampun.Tetapi dosa dengan manusia yang paling susah untuk dilangsaikan….

      Komen oleh Mia Hana — April 6, 2013 @ 9:54 am | Balas

  27. ya roob…beri hamba kekuatan…!

    Komen oleh syurga — Februari 2, 2013 @ 1:31 pm | Balas

  28. Salam sume.. sy ni pn istri ke2 jgk. mmg ianya bkn khndk sy.. mcm intarohaida kt la dh qada qadar Allah sapalah kite tuk menolak. sblum kawin sy dh da kekasih yg jg sy dgn baik tnpa d minta sbln kekasih sy blh bg 4 @ 5ratus pd sy walaupn sy ms tu sy dh brgelar jnda ank 3. tp slps knal suami begitu mudah sy melupakn kekasih sy n skrg dh 3thn lbh sy mnjd istri ke2 n d kurniakn 2org ank lelaki…tp bln 10 thn 2012 br sy dpt tau dr seorg ustz mgatakan sy trkena dgn suami. patut la ms brkawan dgn suami kalu xjpa shari xblh dok.. ati mgelisah tringtkan dia je.. smpai lupa pd ank2 n klrga. bl dh jpa xnk bg dia blik. sdgkan ms brkawan dl bkn baik sgt pn dia lyn sy.. tipu tu xyah ckap la semedang kena tipu. dt rggit abis brg kemas pn abis.. kalu xtrkena xmgkin sy tggal kekasih sy tu dah la hensem, baik n jujur dr suami skrg. mgkin dh jodoh sy dgn suami. klrga sy xterima suami iyelah dh suami org kan. sy d buang klrga. dh la d buang klrga suami plak bt lbh kurang je tggjwb n hak sy. tp bab sex suami byk pd sy kdg2 trs mcm tmpt mlempias nfsu je.. iyelah.. dt rggir n hrta benda byk suami smpan pd yg tua. apa kmahuan khndak yg tua senang je suami blh tunai. sdgkan kprluan sy suami bt lbh kurang je umh sndri pn xda lg msh myewa tp yg tua umh dh ada bt tmbh lg jd bsr.. ati sapa yg x terasa.. mgkin pndpt stgh pmpuan akn kt pd sy ni la habuan amik laki org.. tp bg sy, sy xamik laki org..sy hnya brkongsi suami lgpn suami tu Allah bg pnjam je kat kite.. smpai ms suami kite akn jpa dgn Pcipta dia blik. xda yg kekal jb milik kite.. jd pd istri prtama jgnlah maki hamun madu tduh rampas @ amik suami.. ustaz pn da ckap mmg pyh kalu sy nk brbaik dgn yg tua sbb orgnya jenis ati kering, apa dia kt dia akn bt, nm dia pn dh keras.. mmg la orgnya lemah lembut baik tp ati kering. suami plak xlblh nk brlaku adil mmg dr mula kawin smpai la suami lbh mgutamakn kndak yg tua.. lbh jg ati yg tua.. lbh dngr n turut ckap yg tua. yg tua pn mgaku dia xkan mgaku sy sbgai madu smpai bl2 n akn bt smpai kami brcerai. kdg2 yg tua sj bt hal spy sy n suami brgaduh. bg sy poligami ni nk elok ke nk runtuh ke sume trletak pd kbijaksaan sorg suami yg Allah kurnia akal 9

    Komen oleh alia — Februari 15, 2013 @ 7:51 pm | Balas

  29. Salam. Masuk 30 tahun perkawinan saya dan 3 tahun yang lepas dia mengawini seorang lagi. Saya minta dia pilih. Hingga kini saya masih tergantung. Saya tidak marah jika dia pilih yang muda, cantik dan berpendidikan tingga dan berkejaya pula. Itu pilihan dia. Tetapi mengapa masih mahu gantungkan saya. Umur sebegini melebihi 50 tahun, saya juga tidak berkeinginan dan hanya menunggu kehadiran cucu cucu. Dia masih bergelut kerja dan saya ingin berehat dan menikmati masa tua dengan menumpukan kepada hal akhirat bercuti ke luar negara atau mengerjakan umrah. Biar anak anak jaga anak mereka sendiri. Masa untuk kita menjaga kanak kanak sudah berlalu tetapi dia sedang menunggu kehadiran anak kecil. Yang mana anak dan yang mana cucu. Tetapi yang penting elok saja pergi ke isteri kedua yang sama umur dengan anak sendiri dan dapat menjaganya dengan baik. Alangkah untung isteri pertama jika suami tua di jaga isteri muda yang beranak kecil di keliling pinggang. Bukan kah itu pilihan dia ? Tetapi kenapa masih gantungkan saya? Bukan kah itu berdosa. Pahala di cari, dosa didapati.

    Komen oleh Nuur — Februari 27, 2013 @ 11:51 pm | Balas

    • memang suami2 kini hanya pandang hak yang diberikan Allah kepada lelaki tetapi dalam menjalankan hak dan tanggunjawab suami terhadap isteri yang telah digariskan dalam Islam tidak pula menjadi ikutan, sepanjang perkahwinan nafkah untuk isteri tak pernah bagi, sepanjang 30 tahun berkahwin saya yang turut membantu dalam segi kewangan kerana saya bekerja, kerja rumah,jaga anak,dan segala keperluan suami dalam hidup saya yang uruskan, semua itu kerana perasaan sayang pada manusia bernama suami dan takutkan balasan Allah tapi apa yang dibalasnya kepada saya setelah 30 tahun berkorban untuk dia dia telah berkahwin dengan janda yang umurnya juga diusia emas cuma janda itu mempunyai harta yang banyak. Walaupun isteri barunya pun tua juga tapi baru baginya tanpa ganguan anak-anak diabergembira berdua dan saya sebagai isteri pertama kadang-kadang terasa juga mahukan kegembiraan begitu, kerana selama ini dia sering mendera emosi saya tapi saya tetap sabar atas harapan dan doa suatu hari nanti saya akan bahagia dan dilayan dengan baik tetapi semua itu hanya sebuah mimpi yang tak kesapaian. Dah nasib jadi isteri yang tak dihargai.

      Komen oleh lieyah — Mac 7, 2013 @ 10:04 pm | Balas

      • apa yang suami lakukan akan dipersoal oleh ALLAH nanti, begitu juga dengan penerimaan kita terhadap ujian ALLAH swt,.. walau nampak payah, tetapi pasti ada sebab kenapa ALLAH izinkan berlaku, maka adab terbaik kita sebagai makhluk adalah kena syukur dengan keadaan ini,.. kemudian redho akan hakikat perkara derita ini ,.. nampak ia dari Allah ,..

        Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 10:33 pm

  30. Kepada isteri kedua……jangan lah ingat semua isteri pertama suka mengamuk. Ada juga ramai yang sudah tak larat nak jaga suami cerewet apabila umur meningkat. Zaman sekarang, isteri isteri pun sudah berkejaya dan berpangkat tinggi. Oleh kerana perkataan cerai ada di sebelh lelaki, orang perempuan tidak boleh buat apa apa, hanya menunggu masa dan berdoa moga dia lepaskan dengan baik. Saya bersyukur ada perempuan yang mahu jaga dia dengan segala penyakit yang dihidapinya tetapi dia tamak dan masih mahukan saya bersama. Saya rasa berdosa jika tidak mahu menjaganya lagi. Lafaz talak adalah yang paling mudah. Kenapa berat sangat untuk dia ungkapkan bila kita sudah hilang kasih dan sayang terhadapnya dan tidak mahu bersamanya lagi. Tidak ada ayat dalam quran yang mengatakan ‘goncang arash’ bila sebut cerai sama juga dengan ‘payung emas’. Semua itu adalah hanya rekaan manusia untuk menyenangkan kawalan terhadap wanita.

    Komen oleh Nuur — Februari 28, 2013 @ 12:09 am | Balas

    • memang kalau suami dah kahwin lain kasih sayangnya kepada kita isteri pertama dah kurang atau tiada lagi, yang ada hanya kerana tanggungjawab kerana telah kahwin dengan kita itu saja. walaupun isteri kedua dah tua dah masuk usia emas seperti saya tapi bagi suami baru baginya dan pandangan masyarakat tentu hebat kerana masih kuat lagi dan masih laku ada lagi orang hendak walaupun usia dah menjangkau 56 tahun 2tahun lagi pencen. pada hakikatnya nafkah untuk kita isteri pertama pun tak pernah cukup,kesihatan dia pun sering terganggu tapi kerana semua itu orang tak nampak, yang orang akan pujinya kerana mampu kahwin dua dan orang tak tau isteri keduanya pun tua juga,nak yang muda dah tak larat nak pikul. kita ni sebelah kaki diibaratkan dok dalam kubur dan sebelah lagi atas dunia tapi orang lelaki ni ego terlalu tinggi masih fikirkan keseronokan dunia patutnya diusia ini fikirkan macammana nak mendidik anak-anak supaya mati kita nanti anak-anak dan isteri tidak akan bergantung dikakinya kerana tidak mengajarkan perkara yang baik semasa didunia. Ini tidak tambah lagi satu bini, rumahtanga jadi kucar kacir anak-anak ikut sama marah dan jadilah anak menderhaka kepada bapa kerana melihat ibunya yang sentisa berendam air mata akibat perbuatan ayahnya tambahlagi dengan kata-kata kesat dari isteri kedua yang rasa amat megah kerana suami mengawini dia,rupanya dia juga lupa dia juga tua tak payah nak rasa bangga lainlah kalau isteri kedua itu masih muda 20 tahun 30 th atau 40 tahun. Itupun tak patut nak bangga kerana yang mudapun akan jadi tua juga satu hari nanti, dahlah bina kebahagian atas kemusnahan rumahtangga orang lain, jadi bertimbangrasalah cuba letakan dirinya di tempat kita isteri pertama macamana perasaanya. kini saya sebagai isteri pertama memang rasa kecewa dan kelukaan yang amat sangat minta dilepaskan tapi tak mahu lepas dan kini saya berjuang dengan diri sendiri untuk membuang perasaan kasih sayang yang ujud dalam diri saya terhadapnya selama 30 th,tapi amat payah sekali tidak sebagaimana suami begitu senang dia menduakan saya tanpa memikirkan segala pengorbanan kita ketika hidup susah, kerana perasaan sayanglah saya menderita kini, dan kini terus berusaha menganggap dia telah mati dalam hidup saya supaya ada atau tiada dia disini tidak akan menyebabkan saya menangis lagi walaupun teramat payah sekali melakukan semua itu.

      Komen oleh lieyah — Mac 9, 2013 @ 4:25 pm | Balas

      • kasih suami pada kita ada dua
        1. kasih semasa
        2. kasih sejati

        kasih semasa adalah kasih yang ada dalam hati mengikut keadaan semasa, jika layanan kita baik, maka kasihnya naik jika sebaliknya, ia akan turun, ini adalah fitrah yang ALLAH beri,..

        kasih sejati adalah kasih yang ALLAH masukkan dalam hati setiap orang,.. biasanya ia kekal tetapi jika kekuatan kasih semasa sentiasa turun, maka lama kelamaan kasih sejati juga akan jatuh,..

        untuk puan, kasih semasa suami memang tak tinggi 60%, terhalang kerana dalaman diri puan sendiri tetapi kekuatan kasih sejatinya tinggi 80%,..
        berdoalah dengan ALLAH agar kasih dalam diri puan kepada suami naik , baru kasih suami akan naik juga, insyaallah.

        Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 10:20 pm

      • sedih sy bc kisah lieya.nasib sy belum tahu lagi macam mana. saya pun akan dimadukan tidak lama lagi

        Komen oleh lien — Mac 12, 2014 @ 4:12 pm

  31. Salam.. saya bersetuju dengan komen puan Nuur…saya juga mengalami situasi diatas..digantung tak bertali..sedangkan dia hidup mewah dan bersama isteri muda… Sekarang saya dlm proses memohon perceraian dr pihak mahkamah…dan dlm urusan dengan pejabat agama… Rasanya inilah jalan terbaik dlm rumahtangga saya..Hampir 3 tahun saya bersabar, nampaknya ini jalan dan tindakan yang perlu diambil..

    Komen oleh Nurzarra — Mac 5, 2013 @ 1:45 pm | Balas

  32. Salam..sy membaca artikel ni setelah sy dilamar seorg ustaz untuk menjadi isteri kedua.alasan beliau mudah,kesunyian dan tak sanggup ketandusan kasih sayang isteri apabila berjauhan.isteri pertama beliau bekerja dan mereka hidup bahagia sehinggalah ustaz ini sambung belajar.sepanjang berkawan,ustaz mencurahkan perasaan sunyinya kepada sy,dan sy menasihati supaya berpuasa,mengaji dan solat sunat supaya tidak berasa kesunyian.namun,nasihat sy tak diendahkan kerana beliau rasa beliau ustaz lebih arif dr sy.isteri pertamanya menyarankan beliau mencari seorang lagi peneman beliau bila berjauhan.lalu beliau menyuarakan keinginan beliau terhadap sy memandang sy tiada teman lelaki.sy berfikir panjang,baikkah atau burukkah akibatnya nanti?walaupun sy teringin berkahwin,menyakiti hati wanita lain bukanlah kehendak sy kerana sy faham hati emak sy yang hidup bermadu.syarat sy mudah,kalau benar ingin mengahwini sy,mintalah isteri beliau pinangkan.itu sahaja.selebihnya sy serahkan kepada Allah.permintaan ustaz supaya sy tidak perlu bekerja agar dapat mengikutnya ke mana saja.namun,rasa2nya sy tak bersedia utk itu.patutkah sy terima lamaran beliau?

    Komen oleh Eisya — Mac 24, 2013 @ 10:17 pm | Balas

    • perkahwinan adalah suatu ibadah, indahnya perkahwinan adalah ianya ibadah berpanjangan selagi hayat dikandung badan dan menjadi cita semua orang untuk bahagia dalam perkahwinan … sedang untuk memperolehi kebahagiaan ia berkait rapat dengan hati yang redho, redho kepada Tuhannya dan Tuhannya redho kepada nya.

      untuk mendapat keredhoan Tuhan , maka dua syarat yang saya selalu sebut itu perlu ada iaitu amalan itu mesti ikhlas dan mesti benar.

      untuk mendapat ikhlas, amalan itu mesti hanya kerana Allah semata2

      untuk mendapat benar, ia mesti mengikut sunnah rasulullah.

      begitu juga dengan perkahwinan.

      perkahwinan bahagia yang kita dambakan mestilah mendapat redho Ilahi dan untuk mendapat redho Ilahi perlulah dua syarat tadi dipenuhi.

      berkahwin hanya semata2 kerana Allah dan mengikut sunnah RasulNYA,..

      baik perkahwinan poligami atau monogami, syarat ini tetap sama,…

      maka nilai sendiri hati saudari,..

      pada scan saya kejujuran saudari berkahwin kerana Allah itu belum wujud , maka berdoalah dulu untuk itu, berdoa agar Allah Yang Maha Memiliki Kekuatan , memasukkan kekuatan niat saudari untuk berkahwin ini hanyalah semata2 keranaNYA.

      sunnah RAsul pula, monogami atau poligaminya sesuatu perkahwinan itu kedua2nya sunnah rasul yang tercinta,…

      manakala jika ditanya kekuatan jodoh enti dan ustaz itu , ia hanya 60%. perkahwinan itu boleh berlangsung dengan mudah dan segera jika kekuatan jodoh itu 80-90%. untuk kekuatan jodoh naik , boleh merawat, atau doa sendiri kepada ALLAH yang Maha Pengasih,… begitu juga untuk membaiki dan menyuci hati, boleh merawat atau doa sendiri,…

      sekarang ini isteri masih belum bersedia menerima enti dan perlu dirawat juga hatinya agar mampu redho jika tidak akan bermasalah dalam hubungan tiga segi ini,…

      malah bisikan yang ada dalam diri ustaz itu belum lagi bisikan ilahiah,.. kena rawat atau doa juga agar bisikan untuk poligami ini dari ALLAH , barulah perkahwinan mudah dan dnegan NurNYA, insyaallah dan wallahu alam

      Komen oleh intanrohaida — Mac 25, 2013 @ 4:28 pm | Balas

    • Salam..sy adlh isteri kedua, skarg sudah masuk tahun ke5. Alhamdulillah suami sy seorg ustaz. Insyaallah alim ttg ilmu agama. Kpd eisya…ustaz itu gelaran namun mrk tetap lelaki n manusia biasa. Fikir2kn utk menerima lamarannya. Apatah lg utk tidak bekerja. Ingatlh byk ujian menanti didepan.

      Komen oleh ibuhaziq — Ogos 2, 2013 @ 7:07 pm | Balas

  33. Salam Puan. Teruja saya membaca semua entry di blog ni. Saya juga baru dilamar untuk menjadi isteri ke 2. Saya berkenalan dgn seorg lelaki yg sblm ini sy tidak tahu beliau sudah beristeri. Dan baru-baru ini beliau telah meluahkan perkara sebenar bahawa beliau telah berkahwin. Sepanjang berkwn dgnnya, buat permulaan sy tidak dapat kenalpasti samada beliau dah berkahwin atau belum. Namun akhir2 ini hati sy seakan merasakan beliau sudah berkahwin sehinggalah akhirnya rahsia itu terkeluar dari mulutnya sendiri. Saya sangat kecewa. Beliau berterus terang kesemua keadaannya yg sebelum ini. Buat permulaan, beliau hanya ingin berkwn dgn saya, namun semakin beliau mengenali saya, hatinya sudah terpikat. Beliau juga cuba melarikan diri dgn senyap berminggu2, namun beliau dapati hati beliau sudah terpaut pd saya. Selepas tahu semua tu, saya buntu. Beliau melamar sy dan turut berpesan jika saya berkahwin dgnnya, dia perlukan komitmen yg tinggi dari saya terutama dari segi kewangan memandangkan beliau buat masa ini hanya mampu menyara keluarga yg sedia ada. Permintaan beliau juga inginkan ianya dirahsiakan sampai bila2 dari isteri pertama dan keluarganya. Dari segi giliran, beliau nyatakan bahawa kemungkinan besar saya yg akan lebih kerap ke tempatnya berbanding dia. Beliau juga menasihati saya supaya erfikir sedalam2nya dan akan dtg kerana buat masa ini beliau tidak dapat nak memberi kemewahan dr segi kewangan kpd saya. Kami masih lagi berfikir samada ingin berkahwin atau tidak. Beliau juga ada menasihati sy untuk membuka hati pada org lain memandangkan keadaan diri beliau yg kurang mampu pd masa ini. Saya buntu. Hati saya sudah terpaut padanya. Mohon untuk dpatkan komen dari puan dan pembaca sekalian.

    Komen oleh inas — Mac 28, 2013 @ 11:39 pm | Balas

    • fikirlah baik2, jika dah bersetuju, ada msalah kemudian hari , kena sanagt redho dan terima,.. kekuatan dia untuk adil memang tak ada. bila dah jadi isteri nanti, yang ini lah yang selalu dipertikaikan , keadilan,.. jadi memang kena fikir banyak2.

      Komen oleh intanrohaida — April 3, 2013 @ 10:10 am | Balas

      • terima kasih atas pendapat puan. saya pun memikirkan hal yg sama..keadilan..ya..ianya akan menjadi isu nti..

        Komen oleh inas — April 14, 2013 @ 7:50 pm

      • sebenarnya dalam hukum poligami, jika seorang lelaki dari awalnya telah tahu yang dia tidak mampu memberi keadilan, maka hukumnya haram untuk berpoligami kerana ia dikira berniat untuk menzalimi. banyaklah berserah dgn Allah dalam hal jodoh dan pertemuan, cek jika ada halangan, maka rawatlah halangan dengan menghancurkan puncanya, insyaallah

        Komen oleh intanrohaida — April 15, 2013 @ 9:45 am

  34. salam..saya berkenalan dengan seorg ustaz sebulan yg lalu..entah mengapa hati sy sgt tarpaut pada akhlak dan sifat ustaz tu.padahal sy sudah mempunyai kekasih..dan sekarang ustaz tu hendak jadikan sy isteri.isteri ke dua..dia sudah berkahwin dan memilik 3 org anak..sy keliru.hati sy sgt terpaut pada dirinya..namun sy rasa tidak kuat untuk berhadapan dengan keluarga sy dan juga cabaran yang akan sy hadapi sbg isteri kedua..apa yg sy harapkan supaya Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan semoga dia benar2 seorng lelaki beriman yg baik..bagaimana harus sy membuat keputasn dalam situasi ini?

    Komen oleh bidadari — Mac 30, 2013 @ 4:18 am | Balas

    • banyak berserah dengan Allah swt, buat istikharah,.. sekarang ni, jika tanya saya , kekuatan kasih awak pada dia belum tinggi , dia pada awak pun begitu, tak mengapa sebab tak ada kaitan ,.. kekuatan jodoh dan keikhlasan ada, insyaallah. cuma kekuatan taqwa kedua awak kena naikkan baru rumah tangga , jika Allah izinkan berlaku, tiada msalah, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — April 3, 2013 @ 10:06 am | Balas

  35. As Salam…Puan, sy juga telah dilamar oleh seorang lelaki 7 tahun lebih tua dari sy. Sy tak kisah menjadi istri ke-2 tapi masalahnya lelaki ini tidak mahu beritahu kepada isteri pertama dengan alasan menghormati dan untuk menjaga hati isterinya. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki bujang, meminta izin untuk masuk juga…kami berpegang pada takdir yang akan Allah tentukan pada kami. Saya juga sudah membuat solat sunat yang di tuntut jika kita dalam kebingungan untuk membuat pilihan…tetapi masih tiada jawapan…atau perlukah sy beri peluang kepada lelaki bujang tersebut kerana bagi pendapat saya lelaki yang sudah berkahwin sudah melalui perkahwinan sedangkan yang bujang masih belum melaluinya. Jazakallahu khoir.

    Komen oleh cikmok — Jun 21, 2013 @ 5:04 pm | Balas

    • jodoh dan pertemuan semuanya aturan Allah swt, kita hanya hambaNYA yang hidup dalam taqdir Qada dan Qadar Allah.

      tiada salah dalam poligami, malah ia adalah sunnah rasulullah sebagaimana juga tiada salah tidak mahu poligami, kerana monogami juga mengambil sebahagian besar hidup berumah tangga Junjungan Mulia kita, kedua2 status, rasulullah dan isteri atau para isteri baginda hidup dalam bahagia melayari susah senang bahtera rumah tangga, …

      yang penting bukannya status perkahwinan kita tapi status hati kita, sejauh mana pergantungan hati kita untuk nampak Allah dalam dunia yang fana ini…

      ramai rumah tangga poligami yang bahagia dan hidup tenang meniti masa mencari bekal menuju kehidupan yang abadi ,..

      ramai juga yang penuh derita , hidup berendam air mata mengenang kenapa nasib rumah tangga yang diharapkan solo isteri tetapi rupanya Allah ada taqdir lain,…

      juga tidak asing rumah tangga monogami yang bergelut kepayahan dan kering kasih sayang,…

      namun untuk kita pertikai semua itu, perlu mengkaji banyak perkara..

      apabila seorang gadis diseru dengan jodoh, maka hati berbelah bahagi sama ada mahu menrima atau tidak, bimbang situasi rumah tangga yang akan dilalui nanti, mampu bahagiakah atau karam dalam derita?

      kita tiada pengetahuan tentang itu.. siapa yang mahu rumah tangga yang tidak bahagia,.. semua mengharapkan rumah tangga yang harmoni , penuh mawaddah dan rahmah.. hidup berkasih sayang dan bagai,..

      kita tiada kekuatan untuk tahu, tetapi Allah berikan ilmu dan panduan agar apa yang kita pilih dan lakukan adalah dalam syariat agar pilihan kita itu adalah dengan petunjukNYA.

      untuk berkahwin, baik poligami atau monogami, atau apa jua amalan pastikan ia berlaku untuk mencari redho Allah.
      kena ikhlas niat kerana ALLAH dan mengikut sunnah rasulullah.

      poligami itu sesuatu yang halal, nasihat saya laksanakan dengan cara yang terang dan tidka bersembunyi.

      jika suami tiada kekuatan untuk berterus terang, sebenarnya dia juga tiada kekuatan untuk adil dan kesannya dia akan menzalimi isteri, sama ada yang sedia ada atau yang dia akan bawa masuk…

      walau apa pun alasan, berterus terang dan hidup dengan sebaik mungkin untuk adil , itulah yang terbaik dan mengikut sunnah, tiada perkahwinan rasulullah yang dilakukan secara senyap2 dan secara curi2 juga menggilir kan isteri yang pastinya tidak mampu diberikan giliran yang adil, dan hidup sentiasa kena berbohong,..

      jika begini kehidupan poligami itu, mampukah bahagia dan mencari redho ALLAH?

      begitu juga dengan memilih lelaki bujang,

      Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

      bersihkan hati kita, perbaiki hubungan kita dengan ALLAH , insyaallah.

      namun sebenarnya awak ada halangan dari segi jodoh, yang ini kena col saya, insyaallah . 013 6215110

      Komen oleh intanrohaida — Jun 22, 2013 @ 9:16 am | Balas

  36. As Salam…terima kasih kak intan.

    Komen oleh cikmok — Jun 24, 2013 @ 12:46 pm | Balas

  37. As Salam,,,sebelumnya sy nk mnta maaf pada semua yg brgelar istri/bakal istri,,,,
    Puan izinkan sy untk ikt berkongsi pengalaman , mgkn sedikit sebyk dpt mengurangkan beban dihati,,,,,,,
    Prmpuan jahat utk llki jahat, llaki jhat utk ppuan jahat, begi2 pula sebaliknya,,,,mgkin disbbkn sy ni jahat maka sy jadi 2nd wf?????
    sy perampas laki org, yg cuma nk ‘kemewahan’ demi kepentingan diri dn anak2, sy dh amik segala2nya dr dia, ppuan kotor, bb sdl plcr, pisau ckur ,,,kaki bomoh dn yg lg teruk suami dh di bagi nasi kkg supaya tunduk pd sy,,,,,, i2laa sgala tohmahan yg sy terima dr 1st wf ,, ,
    sy xtau rupa2nya suami ada kekasih lain seblm sy,, bila dpt tau kami dh menikah dia marah bsar nape dia & bkn aku yg dh lama brksh katanya,,,,
    Semenjak drpd i2, kekasih lama selalu call,,, antar mesej kpd 1st yg isinya mnghina, mmburukan1st wf & kelrga,,, dalam msj tu pula ditulis bahawa semua tu atas suruhan sy,,,,, bertambahlah kebencian 1st kpd sy, dia kata smp mati xkan pernah memaafkan sy apatah lg mengakui sy sbg madunya,,,,
    Suami bawa sy ke balai polis utk report semua msj tu, sy sendiri trkejut dgn isi msj tu,,,, beberapa hari kmdian 1st pula yg diajak ke balai polis, tpi dia xmau,katanya buang masa shj,,,,klulah saya yg jadi 1st wf sylah org pertama yg akan ke balai polis utk buat report, spya suami tau siapa sy sebenarnya, sbb isi msj tu memcah belah hubungan kelurga bsr trmsk mertua, sy hairan knp xnk pergi pdhal dialah yg hari2 bising smbil tunjuk msj kat suami smbil memaki hmn sy,,,
    Entah camana awalnya tetiba je suami jatuhkan talak pd 1st, sehrusnya sy happy sbb suami dh jadi milik sy sorang, amiklah kesempatan ni utk gi bercuti/beli barang2 yg sy nak, suami da over tuu,, tapi knpe sy x nak, bodohnya sy waktu i2 kan? ,,,,,tiap2 hari sy pujuk suami spy balik, tp suami ckp biarkn dulu biar rasa,,
    Hati 1st dah hancur krna kehadiran sy, sy x snggup menambah penderitaanya, sy bkn nak meruntuhkan masjid yg dahpn dibina sekian lama. Kmudian sy cuba mesej anak2nya tp bila dpt tau sy yg hntr trus xnak balas,,,,,, lama2 usaha sy membuahkn hasil,,, Malam tu anak beranak brtemu disuatu tmpat, berbincang & x lama suami msj klu nak balik dgn anak2 ke sana,,,Dan……….seblm masa edah hbs merekpn dh rujuk semula, Syukur Alhamdulillah ya Robb…………
    Bila dah rujuk bahang rmhtngga kami mkin brtmbah panas,,,, 1st menuduh sylah yg merancang semua tu, dr hntr msj kat dia, buat dia brcerai,suruh rujuk,,, setiap pergolakan rmhtngga tu sayalah yg aturkn,,,,sy ckp kat suami klu 1st n suami blh buktikn, dgn sendirinya sy akan undur diri,,,,
    Semakin hari hub sya dgn suamipn makin xbaik, bila suami balik sya mula xsuka tgok dia, buat apa balik klu semua jadi salah, hal kecil trus jd besar,, sy jadi istri derhaka sbb xmau melakukn kewjiban sbg sorang istri dgn baik,,,, bila dah brtengkar je sya dah xblh tahan, sy mnta cerai spya suami n 1st hidup bahagia tanpa sy,,,,,,Kwn suami sarankan spya jgn brcerai, senanglh mereka sbb dh hidup selesa,,,
    Utk pengetahuan smua dl mereka cuma ddk umah murah n ada kete 2nd je,,,, bila kami dh menikah alhamdulillah smakin murah rezki kami.
    Setgah lelaki bila dah kawin lbh mngkin nafkah istri 1 akan brkurang/ x dapat nafkah sama skali,,,,disini 1st lah yg dpt lebih,, biarlh lgpn sy mmg dtg kmdian kena sedar diri, klu sy yg dpt lbih ape kate org,,,, 1st yg dpt lebihpn msh xterima,,, sehgga kini dia masih cakap yg sy ni cuma nk tumpang hidup mewah n dah kaut semua hak miliknya,,,,, tu sbbnya umah yg kami ddkpn kate umah dia n anak2,, bila2 dia blh amik .
    Padahal 1st dah ddk umah yg lg besar n ada kete mewah,,,,dah dijadikn modal n senjata utk sentiasa hina sy depan org ramai,,,,
    Skrng ni suami merasa menyesal menikah lbih,,, lgipn dia tgah angau dgn kekasih muda,, dia akn sllu memujinya depan sy,,, tiap hari dr pagi ke mlm kekshnya akn sllu call n msj mnta ini itu, sy malu sndri bila trbca msj dia, apalah kudrat sy nk menghalang suami kn? dari mula2 lg sy dah jadi yg kebrp sebenarnya,,,,sy cuba nasihatkn kekshnya dgn cara baik,, tp dia justru bls dg kasar, bila sy gna bhasa kasar, dia mula ugut sy, “u jgn main2 dgn aku ya, u akan menyesal sbb u xtau siapa aku, ingat kata2 aku” itulah ganjaran yg sy terima,,,,
    …………………Andai ditakdirkn ada 3rd/.. sy redho,, yelaa hukum karma katakn, kita dah amik org pnya satu saat org lainpn akn amik dr kita,,,,
    sy takut 1st wf akn btol2 jumpa pmpuan/madu yg cuma nk harta/kemewahan dia se-mata2, yelaa blm jadi istripn berani sgt, camana agaknya klu dh jadi istri yeeee ,,, tp tkaan sy salah, bila sy yg call dia akn maki hmun sy, bila keksh suami yg call dia jwb,,,
    Ternyata sy nilah satu2nya musuh 1st wf, dia lbih rela suami ada keksh drpd menikah,, sbb dia cuma nak jadi satu2nya istri bagi suaminya (org lain boleh ada bini smp 4 tp tdk bagi aku, tu yg dia katakn pd sy).
    Suatu hari 1st tnya bila nk gi Mekah, suami lum jwb, mgkn msh lum puas lg tukar ganti yg muda,,,,,
    ………………Pembaca yg budiman, bila takutkn ombak jgn dirikn rmh kt tepi pantai, begi2 jg klu nk jadi 2nd/..wf kena bersedia utk sakit/disakiti mdh2an apa yg sy alami, xterjadi pd yg lain, sy ni umpama kambing hitam,tmp org melampiaskn kemarahan utk menutupi yg lain spya xada gangguan dr pihak 1st wf. Kpd sesiapa yg blh hidup rukun ngan madu sy ucapkn tahniah, agknya mmg mustahil bgi sy utk itu,,,,Kami prnah mnta bantuan ustadz spya boleh rukun, tp utadz tu ckp nak lembutkn hati 1st wf umpama nak menawarkan air laut,,,,,wallohualam
    ,,,,,,,,,,,,,,,,Tanpa bermaksud nak mengguris hati sesiapa, sy pohon ampun & maaf sekiranya ada yg xpuas hati dgn tulisan sy, sy hanya insan biasa yg tgah ter-cari ruang utk meluahkn isi hati, & mencari ketenangan jiwa,,,,,,,

    Puan,,,,,,,,adakah sy turut menanggung dosa maksiat suami? sedangkan sy sndiri xmampu nk memikul dosa sendiri,,,,
    Apakah sy jg trmasuk istri dayus & derhaka pd suami,,,,,?
    Atau mngkn sy mmg tamak & xreti nak bertolak angsur,,,,,?
    Sya nak cari redho suami tp nampaknya org cam sy ni mmg xdpt bau syurga, tapi ikut ke neraka,,,,bayangkn kt umah ni skrng nk dekatkn diri pd ILLAHI pn susah dn berat,,
    Suami sibuk mncari harta dunia, mandikn 1st wf dgn wang ringgit/ sibk berksh ,,,
    Yaaa Allah ,,, ampunkanlah hambamu yg hina dan kerdil ni,,, berikan hamba kekuatan yaa Robb ,,,,,,,,,,,,,,
    Syukur alhamdulillah jg kami ucapkan atas segala rahmat dan rezkiMU utk klrga kami ,,,
    Semoga hari esok dan seterusnya kami dpt merasai manisnya rumahtangga yg sakinah,mawadah,warohmah,,,,,
    Begitu jg dgn rmhtnnga pembaca di luar sana ,,,,,,,AMINN ,,, Wsswb.

    Komen oleh rdya11 — Jun 25, 2013 @ 1:33 pm | Balas

  38. Reblogged this on rdyati11.

    Komen oleh rdyati11 — Jun 25, 2013 @ 4:27 pm | Balas

  39. terimakasih

    Komen oleh rdyati11 — Jun 25, 2013 @ 4:32 pm | Balas

  40. salam puan..saya isteri pertama kemudian berpisah dan bertemu jodoh semula. maknanya saya isteri kedua. pelbagai pancaroba dilalui sehinggalah kini saya dan suami berpisah semula. Dulu saya dan madu baik dan agak rapat tapi ntah di mana silapnya masing terobek hati dan menjauh diri.

    Saya melihat diri kurang disayangi apatah lagi saya ada ramai anak dan bekas suami agak kurang suka. saya selalu dibandingkan dengan madu yang lebih muda, diherdik malah diugut cerai dulu. giliran saya agak jarang tapi saya tak berapa kisah cuma nth knapa selepas kawen semula apa je tindakan saya tidak pernah kena. seolah olah bila melihat saya mnjadi satu kebencian pada dia.katanya saya baik sangat, tak sporting konon alim.

    .saya menguruskan hidup sendiri..uruskan anak2 sendiri..bersalin pun pergi sendiri..kini kami sudah berpisah dan tak mungkin bersama kembali kerana talak sudah tiga..saya cuba muhasabah diri malas lagi bertanya mengapa dan kenapa atau salahkan siapa. cuma kadang bila teringat bekas suami saya datang hiba,..sekali sekali sukar saya menahan rasa rindu. dia selalu menghubungi tapi saya jarang jawab takut bila dengar suara tersa sedih malah saya takut kalau berjumpa kan terjadi benda yang tidak diingini.tiap hari saya berdoa hapuskan rasa sayang saya kepadanya…apa lagi ye yang mampu saya lakukan.

    Komen oleh aisya khadijah — Jun 27, 2013 @ 9:33 pm | Balas

  41. Assalamualaikum
    Saya ina & berusia 26 tahun. Alhamdulillah saya telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan tetapi sebagai isterinya yg ke-2. Sehari sebelum puasa, suami telah berterus-terang dengan isterinya tentang pernikahan kami. Segalanya agak kacau-bilau pada waktu tu. Tapi keadaan berubah menjadi tenang sehingga ke hari ini. Cuma, apa yang saya agak terkilan adalah, saya yang perlu menjadi orang yg sentiasa mengalah. Dalam apa jua keadaan, saya yg perlu sabar.

    Kadang2 saya menangis, tapi bila difikirkan ini adalah ujian Allah utk saya, saya redha. Tapi saya cuma manusia biasa yg kadang2 terpaksa menangis utk meluahkan apa yg terpendam dlm hati.

    Semoga suatu hari nanti, kebahagiaan akan menjadi milik kami. Amin.

    Komen oleh Ina — Julai 25, 2013 @ 12:32 pm | Balas

  42. Allah pernah jdkan saya isteri kedua…isteri tunggal…dan hari ini isteri pertama…sy penah merasa mnyesal krn berkahwin dgn suami org. Suami tidak mempunyai apa2 ketika itu.. Sy tdk merasa seronok atau bahagia sy cuma rasakan hidup sy penuh ujian..tp sy sedaya upaya menjd madu terbaik buat isteri pertama…Kami baik tp tdklh akrab..tp jodoh mrk x pnjg. Slps empat tahun saya jd isteri tunggak suami dh punya segala galanya keperluan dan kmahuan suami berkhwin lg..sy tau slps tiga thn mrk berkahwin ketika sy dlm pantang ank ke 3 February 2013 yg lalu…sy juga Allah amnhkan utk jaga 2 ank tiri isteri pertama dulu…sy syg mrk dan jg mcm ank sdri..hari ini sy dpt rasekn betapa sakitnya hati dan terlukanya kakak isteri pertama dulu…sy bnr2 kecewa krn suami menipu sy slama ini dgn mnyatakan dia kluar bekerja sdgkn dia bernikah di Siam dan ke rumah isteri baru…sy sbnrnya dpt rasekn bnyk perubhn pd suami tp krn syg sy percaya dan sabar.. yakin Allah akn tunjukkan…suami sygkn sy wlupun pd sy sikapnya pd saya, ank2…tanggungjwb dia pd Allah x layak mnjdkn dia lelaki yg boleh berpoligami.cuma mungkin Dr segi kewangan dia layak….pd sy yg mmbolehkn dia hidup krn sy sabar dgn sikapnya..layanannya..juga mungkin isteri kedua yg boleh bertahan…sy cuba berbaik dgn is3 ke2..wlupun dia prnh memaki hamun sy dlm fon..sbb sy mrhkn dia knapa sanggup mempermainkn perasaan kaum sejenis…wlupun tau suami dh berkhwin..( sy dulu x tau suami dh kawen)..akhirnya raya yg lalu kmi beraya besama wlupun is3 kedua nk tunggu raya mtk maaf…sdgkan sblm2 tu Kami ade berbuka sama…sy cbe blaja redha..dn suami nmpk lebih sygkan sy dr dulu.. tp semuanya skjp x sampai sbln suami kembali mcm dulu…segala janji dilupakan..dan bnyk cerita penipuan yg sy dgr dr mulut suami bila is2 becerita perihal perkenalan mrk..yg buat sy mula benci pd suami..sy mula jauh dgn is2 kedua sbb bnyk pergaduhan kami sbb dr pernikahan mrk…wlaupun begitu sy tdk menolak jodoh mrk yg tlh Allah takdirkan..tp sy Sgt kecewa dgn sikap mrk yg x tau menghargai segala pengorbanan saya dan menjaga kepercayaan saya…krn terlalu menjaga hati suami..kesian suami…yg saya x tau pulang dr rumah is3 ke 2 bkn pulang dr kerja sy dlm pantang hantar amik ank tiri sekolah..dan Skrg…bila belanja umah x ckup…sy krn paham masalah suami dh ade isteri lain..sdgkan dulu dia x penah kata apa2…sy x prnh diberi peluang utk menyatakan rasa hati…hanya Allah yg tau dan sy sdg cuba mencari redha yg mmg sbnrnya amat payah utk insan spt sy miliki…

    Komen oleh kasihsepi — September 24, 2013 @ 3:52 pm | Balas

    • utk mendapat redho kena ada kekuatan, inshaallah ada cara, boleh hubungi saya.

      Komen oleh intanrohaida — September 24, 2013 @ 3:59 pm | Balas

  43. saya isteri ke tiga, sudah 8 bulan berumahtangga… kami bernikah di sempadan… isteri pertama tidak tahu,,,hanya isteri kedua shj yang mengetahui sy telah bernikah dgn suami….FYI, Suami mmg full time dirumah isteri kedua. sy jg pernah nak berbaik dgn isteri kedua tetapi dia tak kan pernah utk menerima sy sampai bila2. isteri kedua jg mengahalang suami utk memberi tahu pada isteri pertama kerna takut malu… sehingga saat ini suami tidak boleh berlaku adil. sy sendiri tidak tahu mcm mn nak berbaik dgn 2nd wife…suami jg byk mendengar cakap 2nd wife…kdg2 rasa tawar hati pun ada…nak minta dilepaskan x boleh sbb suami tak nak daftar pernikahan…hye 2nd wife je yg tahu kami benikah…wahai Allah berilah aku jalan penyelesaian…

    Komen oleh zeti — Oktober 30, 2013 @ 10:16 pm | Balas

  44. sy jga ad mnjalin hbugan dgn suami org tetapi msh blm nmpk halatuju hbugan kami..sy dh prnah bgaduh dgn isteri dia..skrg ni x thu la lelaki ni betul nk kawin dgn sy or tak..

    Komen oleh jaslina — Disember 3, 2013 @ 12:43 am | Balas

  45. Sedih sy bca ny,,,
    Smoga sy bs sbr n ikhls bt jlni ni smw,,

    Komen oleh imel — Disember 4, 2013 @ 9:11 pm | Balas

  46. Salam. Saya isteri pertama dan kala ini suami telah 4 bulan menikahi isteri kedua. Ranjau dan duri sepanjang tempoh suami meminta izin berkahwin sehinggalah dia selamat bernikah memang banyak. Kadangakala saya terasa mcm redha dgn ketentuan Allah…tapi kadang2 hanyut dlm bisikan syaitan. Suami sebenarnya tidak mampu menambah isteri, tetapi dgn janji isteri kedua mampu menyara diri sendiri.. saya mengharapkan yg baik2 saja untuk kami. Setelah 4 bulan…saya nampak suami bersungguh sungguh mahu menjadi suami yg terbaik walaupun tetap ada kewajipan yg dia belum mampu tunaikan. Saya beruntung sebab suami kerap outstation sblm bernikah lagi. Jadi tidak terasa sgt kehilangannya. Anak2 juga sudah lali dgn ayah yg jarang2 ada di rumah. Cuma hati saya…tetap terguris luka dan sedih mengenangkan jatuh bangun kami bersama sepanjang 13 tahun perkahwinan ini…moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami.

    Komen oleh hayati abu bakar — Januari 3, 2014 @ 12:28 pm | Balas

  47. Mcm mana nak call puan

    Komen oleh zaridah — Januari 4, 2014 @ 6:16 pm | Balas

    • 0136215110

      Komen oleh intanrohaida — Januari 13, 2014 @ 3:11 pm | Balas

  48. Mksh..dgn ini mmbuat aq bsa lbih sbar dan sdar sbgai istri k 2…
    Wlopun istri pertma dr suami Q hya pernikahan sirih,,, sdangkan aq sbgai istri k 2 nikah resmi,krna dr pernikahan kami aq tdk tau bhwa suamiQ tlah bristri,tp aq memaafkan suamiQ,tetaplah kami sbgai istri”-y dripda suamiQ,,adalah halal dhdpan Allah..
    Aq ikhlas jika saat ini suamiQ pun blum sempat brsikaf adil scara lahir-batin,bnyak ungkapan istri ke 2lah yg lbih mndpat perhatian,tp tidak untuk Q,aq yakin kdpan-y dia bisa untuk brsikaf adil..aq sdar dgn posisiQ sbgai org baru dkhidupan mereka,,mungkin aq hrus lbih bnyak mngalah,brsbar dlm mnjlninya.

    Komen oleh Emo — Februari 11, 2014 @ 4:14 am | Balas

  49. RUPANYA Saya isteri Kedua!! sungguh hancur hati saya setelah anak berusia dua tahun baru lah saya tahu bahawa rupanya saya isteri kedua! Suami berkahwin awal. Jarak usia kami lebih 10 tahun. Tapi saya tidak pernah menyangka dia sdh berkahwin kerana amajlis pernikahan kami dilangsungkan dengan meriah atas kerjasama kedua-dua belah pihak. Sejak berkahwin jg suami tidak pernah tidak pulang tidur ke rumah kecuali dia pg outstation.itupun kami selalu melakukan panggilan video sebagai bukti dia benar2 pergi OT.

    Saya sangat kecewa.hancur luluh hati saya. Saya pernah meminta cerai tapi suami berkata tidak sama sekali. Dia juga menyatakan masalah rumahtangganya dengan isteri pertama telah lama ada dan mereka telah lama tidak sehaluan tapi bertahan kerana anak2. tapi sehingga kini suami belum berterus terang dengan isteri pertamanya tentang pernikahan kami. itu yang membuatkan saya bertambah sakit hati. Bayangkan hampir 4 tahun perkenalan dan 4 thn alam perkahwinan dia berjaya menipu begitu ramai hati2. Saya berjaya mengesan cerita ini pun setelah saya memerangkap ipar saya dengan bertanya soalan perangkap tentang status suami.saya mengatakan suami telah menceritakan segala-galanya.

    Walaubagaimanapun sepanjang pernikahan kami, saya tidak pernah merasakan atau menyedari saya adalah isteri kedua kerana layanan keluarga mertua yang sangat baik terhadap saya. Tapi pada hari ini, saya buntu. Setelah mengetahui saya isteri kedua, dan saya menyedari selama ini suami tidak pernah berlaku adil terhadap isteri pertama.tidak pernah bermalam dirumahnya. Suami mengaku dia ada melawat anak2 sekali sekala. Saya ingin suami pulang ke rumah isterinya agar dia tidak dihisab diakhirat kelak kerana sikap tidak adilnya namun memikirkan sahaja dia bersama perempuan lain saya tidak sanggup. Saya ingin biarlah suami menceraikan isteri pertamanya andai benar perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan, kerana dengan cara hidupnya bersama isteri pertama sekarang yang saya sedar dia memang dah tidak ambil peduli langsung,saya bimbang andai perkahwinan pertamanya adalah dosa besar yang akan dihisab ke atas suami diakhirat kelak kerana dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri pertamanya ( suami jg mengaku),tapi saya tidak tergamak untuk mengucapkannya kepada suami.

    Saya telah belajar redha. Kerana setiap hari layanan suami tidak pernah menyebabkan saya terasa seperti isteri kedua walaupun saya sangat kecewa kerana berkongsi kasih orang yang kita sayang. Namun saya buntu. Apakah yang perlu saya lakukan agar perkahwinan ini adalah satu rahmat dan bukannya perkahwinan yang menjarakkan kami dengan syurga Allah. Namun untuk menyarankan suami balik tidur bersebelahan sekatil dengan orang lain teramatlah payah rasanya. Melainkan jika say artelah mengetahui situasi ini lebih awal, mungkin saya pasrah…

    Komen oleh Puan Allisha — Mac 3, 2014 @ 10:22 am | Balas

    • awak hanya akan menjadi pendorong kepada suami untuk adil apabila sesuatu yang buruk berlaku atau musibah yang teruk berlaku dalam rumah tangga awak, tatkala itu baru awak akan terasa apa yang berlaku adalah peringatan dari Allah,.. jika Allah kasih kepada hambaNya, peringatan itu akan dihantar jika hambaNya terusan dalam jalan yang jauh dariNya, tetapi amat malang jika Allah tidak memberi peringatan itu dan kita terus daklam jalan yang jauh dariNya sehingga ke AKhir hayat kita dan hanya tersedar bila tanah dah berada dalam mulut,.. allahu akbar/
      ramai sebenarnya yg hanyut dengan cinta makhluk sehingga tidak mendambakan cinta Pencipta makhluk, harapan saya agar Allah memberi awak dan kita semua jalan yang lurus dan kita termasuk dalam redhoNYA

      Komen oleh intanrohaida — Mac 5, 2014 @ 7:22 am | Balas

      • Apakah maksud puan disini..

        Komen oleh Puan Allisha — Mac 6, 2014 @ 9:37 am

      • maksud di mana?

        Komen oleh intanrohaida — Mac 6, 2014 @ 4:11 pm

      • wak hanya akan menjadi pendorong kepada suami untuk adil apabila sesuatu yang buruk berlaku atau musibah yang teruk berlaku dalam rumah tangga awak

        Komen oleh Puan Allisha — Mac 7, 2014 @ 12:15 pm

  50. Puan intan..saya masih tertanya2 dengan maksud ayat2 puan di atas…

    Komen oleh Puan Allisha — April 8, 2014 @ 3:46 pm | Balas

  51. Saya pun isteri kedua juga…menjadi madu memang mencabar tapi itu lah takdir allah..sbgai hamba kta kna redha dan kita jga kna kuat dan tbah dalam menghadapi khdupan kta.. pling bgus kuatkan berdoa dan tabahkan hati allah pasti akan tlng kita

    Komen oleh Maria — Julai 28, 2014 @ 4:16 pm | Balas

    • semua ujian yang Allah beri adalah syurga balasannya jika kita mampu buat 3 perkara

      1. jangan merungut
      2. jangan mengungkit
      3. jangan berdendam

      hiduplah dalam syariat Allah dan sunnah Rasulullah kerana hanya dengan mengamalkan sunnah kekasihNYa dengan ikhlas keranaNYA sahaja kita mampu merangkum kasihNYA. Allahu akbar

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 3, 2014 @ 8:18 am | Balas

  52. Salam Puan. Saya sudah 7thn lebih berkahwin, sekarang mengandung dgn anak kedua. Dari awal saya yg berkerja dan suami lagi belajar, saya tak pernah meminta2, malah memberikan segala kemampuan dan menjaga dan ikut segala yg dia suka/tak suka. Setelah dia mula berkerja, dan berpendapatan yg lebih, pun saya tidak minta apa2 yg saya tahu tanggungjawabnya untuk berikan saya dan anak. Saya tidak pernah susahkan suami dgn hal jaga anak dan apa2 hal yg saya boleh handle sendiri. Saya amat tertekan setelah dapat tahu suami ingin berkahwin lagi. Hampa n sedih sangat2. Lagi2 tengah mengandung. Saya kenal perempuan itu adalah kawan dia yg tengah dlm proses cerai, langsung tidak hiraukan perasaan saya. Suami tegas tidak mahu lepaskan saya atau dia, tapi hari ke hari saya tidak dapat terima hakikat ini. Saya solat hajat n doakan jalan dr Allah. Kadang2 rasa menyesal dan jika diputar balik masa harap tak berjumpa pun dgn suami. Sedangkan sekarang shj kami tk punya banyak
    masa bersama, dan sama sekali saya rasa memang dia tidak mampu menjaga org lain, kerana sayalah yg menjaga keperluan diri sendiri dan anak. Saya sudah cuba serahkan kdp Allah, berikan jalan yg terbaik, jika saya dilepaskan saya tak ada keinginan lagi untuk berkahwin, kerana hati saya sudah hancur yg sedia ada. Tetapi jika tidak dilepaskan, saya betul2 tidak
    sanggup hidup pasrah dan tersiksa batin selagi dimadukan. Harap Puan dapat berikan saya sedikit nasihat dalam hal ini.

    Komen oleh efah — Ogos 9, 2014 @ 11:43 am | Balas

    • Sebenarnya, jalan dimadukan adalah pilihan Allah kepada hambaNya yang terpilih. Untuk diberiNya syurgaNya. Kerana sangat beza sekali isteri pertama dengan isteri seterusnya. Isteri pertama tidak diberiNya pilihan jika mahu meneruskan rumah tangga kecuali untuk redho, sabar dan bertaqwa. Ini pilihan Allah kerana jika dia redho dengan ketentuanNya dan nampak Bahawa bahagia bukan datang Dari suami sebaliknya hanya datang Dari Allah semata2. Maka balasannya adalah syurgaNya .

      Tetapi awak Belum dimadukan, saya cadangkan awak untuk buat rawatan sebagai ikhtiar . Inshallah. Boleh col saya, 0136215110. Inshallah .

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 11, 2014 @ 11:07 am | Balas

  53. saya telah letak komen..tetapi nampaknya hilang atau ditapis dahulu?

    Komen oleh efah — Ogos 11, 2014 @ 12:37 am | Balas

    • Inshaallah

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 11, 2014 @ 10:52 am | Balas

  54. Terima Kasih Puan Intan, insyaAllah saya cuba hubungi Puan.

    Komen oleh efah — Ogos 20, 2014 @ 7:07 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 225 other followers

%d bloggers like this: