Karektor dan kesihatan organ adalah seimbang. Sekiranya karektor lemah, ia menunjukkan organ juga lemah. Sekiranya organ lemah, maka karektor cenderung ke arah negatif. Ia saling seimbang antara satu sama lain.

human-anatomy-zygote

Oleh itu, untuk mengawal karektor, perlu kepada mengawal kesihatan organ. Organ yang lemah menjadikan kita sukar mengawal karektor. Antara petua utama untuk mengawal karektor ialah cuba dengan sedaya upaya berpegang kepada Hening, Sabar, Ikhlas dan Redho. Apabila kita kuat hening, sabar, ikhlas dan redho, insya Allah ia tidak akan memberikan kesan negatif kepada karektor walaupun kita sedang mengalami sesuatu penyakit yang kuat.

Terdapat satu teknik yang dibangunkan oleh kaedah rawatan Behaveor Therapy (Terapi Sikap). Terapi ini ialah untuk merawat penyakit melalui mengawal sikap dan pemikiran. Kesimpulannya ikutlah ajaran Islam dan mencontohi akhlak Rasulullah.

Kesan terapi sikap membantu penyembuhan seperti sebuah rawatan altenatif. Setelah dikaji, penyembuhan berlaku melalui terapi sikap disebabkan kekuatan mental yang tinggi menghasilkan tenaga semulajadi dalaman tubuh.

Secara semulajadi, penyembuhan berlaku akibat pengaliran tenaga daripada Spiritual, diikuti oleh Mental, Emosi dan Fizikal. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana penyembuhan berlaku mengikut peringkat demi peringkat berdasarkan tiga jenis rawatan berbeza.

Rawatan Klasik (hospital)

Terapi Sikap

Rawatan Alternatif

FIZIKAL
Rawatan dengan cara menghilangkan rasa kesakitan. Peringkat Fizikal menerima kesan teknikal akibat pemberian ubatan kimia, hormon tiruan dan saraf dikelirukan untuk memesongkan rasa sakit melalui kesan pengambilan steroid. Rasa sakit akan dialirkan ke tulang belakang dan sulbi.
MENTAL
Mental mengawal karektor (Hening, sabar, ikhlas, redho)
SPIRITUAL
Rawatan terus bertindak di peringkat spiritual terlebih dahulu
MENTAL
Mental membuat tafsiran bahawa penyakit telah sembuh. Sebenarnya penyakit masih ada tetapi tidak dirasai.
EMOSI
Emosi menjadi tenang
EMOSI
Emosi tenang serta merta setalah spitirual kuat
EMOSI
Emosi merasa tenang akibat kesan sakit yang hilang diistiharkan telah sembuh oleh peringkat mental.
SPIRITUAL
Spiritual terangsang kesan emosi dan mental yang kuat
MENTAL
Mental mudah mengawal karektor serentak dengan kekuatan spiritual dan emosi
SPIRITUAL
Spiritual merangsang tenaga dan tubuh mulai pulih dengan sendirimengikut peringkat demi peringkat bermula dari Spiritual diikuti Emosi, Mental dan Fizikal. (sila rujuk peringkat pemulihan rawatan altenatif)
FIZIKAL
Fizikal menerima tidak balas tenaga daripada spiritual yang kuat dansel mendapat tenga sehingga penyakit menjadi sembuh
FIZIKAL
Tubuh, organ dan sel secara fizikal mendapat kesan tenaga dan penyakit sembuh. Proses ini sungguh pantas melalui jalan pintas daripadaperingkat spiritual

Cara yang mudah, murah, pantas dan berkesan untuk merawat karektor ialah dengan cara merawat organ yang lemah. Terapi sikap memerlukan kaedah yang khas dan sedikit kemahiran untuk menguasainya supaya ia berkesan merawat karektor dan penyakit. Apabila organ kembali kuat dan bertenaga, karektor mudah dikawal melalui kekuatan mental.

mentalcontohnya adalah permasalahan hempedu lemah. masalah hempedu akan membuatkan seseorang bermasalah kulit, dan karektornya turut lemah kerana banyak menyimpan dendam dan rasa marah serta ketidakpuasan hati.

penyakit kurap misalnya.

kurap

Penyakit kurap terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari.

Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur di dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.
Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat.

Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas).

Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama.

Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.

jemuran

Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan.

skin-bruise-picture

Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karektor negatif yang mempengarui kesihatan kulit.

Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu.

gallbladder-endoscopy

Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu.

Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit.

Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat.

Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya.

Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri.

Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan.

Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh.

Isteri yang marahkan suami dan berdendam juga turut menjadikan tenaga kulitnya lemah. menunjukkan tingkah laku tidak puas hati seperti memberi ‘cold shoulder’, bermasam muka, mengumpat dan mengata-ngata yang tidak jelas di pendengaran orang lain – membebel, atau marah dan berkata-kata atau maki hamun dalam hati, itu semua petanda karektor yang menjadikan hemoedu semakin lemah dan lagi banyak mengamalkan karektor itu maka lagi lemah hempedu kita.
angry-wife
Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.

Kurap dikenali melalui tanda seperti cincin.

Pengaruh Karektor

Untuk penyakit kulit yang terlalu kronik seperti wart, ekzema dan psorisis, mereka biasanya memendam kisah silam yang terlalu lama berserta kesan trouma (ketakutan terhadap peristiwa tersebut). Untuk mengatasi masalah ini, cuma untuk memaafkan mereka yang didendam atau maafkan semua orang setiap hari.

Biasanya perkara yang didendamkan itu sudah tidak dapat diingati lagi. Keupayaan untuk mengimbas atau memfokuskan orang yang didendam akan memudahkan proses untuk memaafkannya.
Rawatan Hempedu

Rawatan masalah kulit perlu kekuatan daripada organ hempedu yang mengawal tenaga sel-sel kulit serta usaha untuk membasmi bakteria yang menjagkiti di bahagian kulit. Kulit yang sihat mampu mengawal kewujudan parasit dan kehadiran biotik asing yang tidak diperlukan di kulit. Penyakit seperti kurap tidak mampu bertahan lama di kawasan kulit yang mempunyai frekuensi kulit yang asal.

Detoksifikasi

Kulit yang lemah mudah menjadi tempat pengumpulan toksik serta liang utama untuk proses perkumuhan. Keadaan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan kulit yang tersedia lemah serta menjadikan kulit sebagai habitat terbaik untuk perkembangan bakteria.

Detoksifikasi ialah kaedah yang paling lazim dilakukan oleh mana-mana rawatan alternatif. Tubuh yang bersih daripada toksik akan menyelamatkan kulit daripada pencemaran toksik dari dalam tubuh akibat daripada perkumuhan melalui perpeluhan.

Melalui kaedah rawatan, mencari punca dendam untuk dimaafkan atau diselesaikan supaya karektor negatif tidak tertanam pada kulit boleh dijalankan melalui beberapa teknik proses rawatan dan kaunseling.

Selagi kita masih terkenangkan kesalahan seseorang,  ia menunjukkan maaf yang diucapkan itu tidak ikhlas.

Orang yang ikhlas memaafkan ialah orang yang tidak menganggap kesalahan orang itu sebagai sebuah kesalahan.
dendam41
Keikhlasan tidak boleh dibuat-buat, ia lahir daripada rasa kasih. Kasih menjadikan apa yang dilakukan itu tidak mengharapkan balasan.

Kasih menjadikan apa yang dilakukan bukan seperti yang dianggap oleh orang lain seperti akal logiknya.

Pemikiran yang positif menjadikan niat dan perbuatan itu ikhlas.

Memaafkan dengan ikhlas ialah beranggapan perlakuan orang yang melakukan kesalahan itu seperti tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan ialah sesuatu yang tidak akan dikenang lagi.

forgivemehidup ceria dengan ilmu.