cinta yang sirna menyebabkan rasa malas, lesu dan tidak bersemangat wujud dalam diri terutamanya bagi para isteri. ini kerana rasa cinta turut dipegang oleh kelenjar pineal.

pinealgland

kelenjar pineal adalah raja segala kelenjar. ramai yang memangggilnya the tird eye. selain menjalankan fungsi biologi iaitu antaranya mengawal sistem imunisasi tubuh, kelenjar pineal ini memegang semangat atau spritual seseorang. seorang lelaki akan kuat karektornya sebagai pemimpin rumah tangga andai kelenjar pinealnya kuat. manakala bagiĀ  kaum hawa semangat ini dipegang oleh suami andai dia seorang isteri dan pada bapanya andai dia anak gadis.

kaitan antara cinta yang sirna dengan kelenjar pineal ini adalah andai seorang isteri itu tidak lagi merasa kasih kepada suaminya, semangat nya mudah tergugat. selalu rasa tidak bersemangat dan selalu lesu serta mudah emosi.

lalu untuk mendapatkan kembali rasa cinta dan semangat yang semakin memudar, maka tenagakanlah kelenjar pineal ini. tidurlah sebagaimana rasul junjungan. sejam selepas isyak. untuk mendapatkan tidur yang delta. hanya pada tahap delta sahaja kelenjar pineal mampu ditenagakan.

sabda rasul , tutuplah 4 perkara sebelum tidur; bejana / bekas minuman, bekas makanan, lampu dan pintu rumahmu.

tidur dalam kegelapan sahaja akan membuatkan cahaya sinar yang diperlukan untuk mentenagakan kelenjar pineal dapat diterima dan dikesan oleh kelenjar tersebut. lalu, semangat yang pudar akan kembali teguh dan rasa cinta mula boleh dihadirkan dengan mudah.

langkah selanjutnya adalah mandi menggunakan air sejuk. selain awet muda, sel-sel tubuh juga akan bertenaga secara semulajadi menggunakan teori tekanan.

maka, apa yang perlu selepas itu, tariklah nafas dalam-dalam dan beserta doa, cuba selinapkan rasa cinta pada pasangan disegenap tubuh bermula dengan hati. rasakan kehangatan cinta menjalar di segenap urat saraf. bayangkan dengan minda dan rasakan dengan perasaan.

ucaplah, aku mencintaimu, suamiku.

hembus nafas dalam-dalam dan masukkan syukur. rasa cinta suami pada isteri akan datang dengan sendiri setelah rasa cinta isteri dihadirkan semula. doa seikhlas hati agar cinta suami pada kita seistimewa cinta rasul pada khadijah.

kurangkan makan, banyakkan berpuasa. perut yang kosong sukar dialiri syaitan saraf dan darahnya. otak akan mudah tenang, tubuh kembali sihat.

hidup berilmu, ceria selalu.