Dari Hawa Ke Hawa

Disember 9, 2008

memupuk cinta

Filed under: Uncategorized — intanrohaida @ 1:00 am

cinta perlu dipupuk selalu. andai tidak, ia akan pasti hambar seiring usia. sehingga sampai suatu ketika kita dapati tiada apa lagi yang mahu dikatakan antara satu sama lain. perlunasan hak nafkah zahir juga berlangsung kerana sekadar tanggungjawab tanpa sekelumit berahi cinta.

malangnya , betapa rugi perkahwinan yang begitu. sedang cinta itu anugerah agung Allah untuk manusia. hanya manusia yang ada cinta dalam hatinya melalui kehidupan dengan dunia yang penuh warna. merasakan setiap nafas yang di hela penuh makna dan mengujakan. merindui setiap masa dengan pasangan tatkala berjauhan dan menikmati setiap masa yang dikecapi bersama.

merasa setiap waktu bersama terisi dan sentiasa menantikan saat bila ketemu lagi setelah berpergian. itulah nikmat cinta. cinta itu motivasi terhebat. manusia sanggup bersusah payah demi orang tercinta, mencari nafkah dan mengharungi pelbagai kesusahan. malah manusia menjadi orang hebat, terbilang dan gemilang dengan cinta. cinta juga yang membawa manusia ke syurga kerana hanya orang yang bercinta sahaja akan bahagia. dan hanya orang yang bahagia sahaja yang akan memasuki syurgaNya.

syurga Allah itu penuh cinta dan asyik. hanya orang bercinta sahaja mampu menarik balasan terakhir nikmatnya cinta itu.

biar cinta itu bertapak di hati, meresap ke dalam sanubari dan berkembang dalam jiwa. jangan dikotori cinta itu dengan syak wasangka, ketidakpuasan hati dan ketidakikhlasan.

pupuk dan bajailah cinta selalu.

1. sebarkan salam – jangan sesekali masuk ke dalam rumah tanpa salam setelah berpergian dan kembali kepada orang yang disayangi kerana terdapat seekor syaitan yang kerjanya duduk bergantung di kepala pintu menanti-nanti pasangan yang terlupa dan saat suami atau isteriĀ  melangkah masuk dia akan menaungi kepala mereka lalu syaitan ini akan menghasut sehingga berlaku perbalahan dalam rumah itu.

2.makan berjemaah- pastikan selalu makan bersama ahli keluarga dan jadikan waktu makan itu sebagai tempat berbual santai sambil memupuk kemesraan dan bertanya khabar sesama pasangan dan anak-anak.

3.solat berjemaah- solat berjemaah mempunyai aura yang kuat dalam mengukuhkan ikatan. solatlah selalu dengan pasangan dan anak-anak.

4.bergurau senda- rasul sentiasa bergurau senda dengan isterinya. kekadang berlumba lari dan kekadang melayani kehendak isterinya melihat keraian .

5.sentiasa tersenyum- kalau pepatah cina mengatakan ‘a man without a smile cannot open a shop’, rasul pula sentiasa bermanis wajah. tidak pernah baginda pulang ke pangkuan ahlinya dengan wajah yang masam.

6.sentiasa berlaku lembut; baik dengan kata-kata mahupun perlakuan. ucaplah kata-kata yang menyenangkan sentiasa. sekiranya ada ketidakpuasan hati cuba bertolak ansur dan nasihati atau beritahu dengan lembut.

hiduplah penuh cinta, bahagia selalu.

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 229 other followers

%d bloggers like this: