Dari Hawa Ke Hawa

Disember 3, 2008

poligami ;kisah satu – kisah isteri pertama

Filed under: Uncategorized — intanrohaida @ 1:38 am

seperti yang diceritakan dari hati ke hati oleh dua isteri pada seorang suami; moga diilhamkan iktibar dari Allah melalui kisah keduanya.

kita namakan isteri pertama ini hawa.

aku dibesarkan dalam keluarga yang susah. kerana terdapat permasalahan keluarga lalu aku diserahkan kepada keluarga angkat untuk dipelihara. baik budi mereka membesarkanku dengan penuh kasih dan sayang walau mereka juga makan dan hidup ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang namun semangat jitu orang tua angkatku membesar dan menyekolahkanku tidak akanku lupakan sehingga aku menjejakkan kaki ke menara gading.

menilik kembali punca masalah diri ku ; rasanya permasalahanku bermula sedari seawal masa proses aku membesar . ini adalah konflik dalam diri yang apabila mengetahui bahawa aku hanya anak angkat kerana selalu diejek oleh teman sepermainan, membuatkan aku memendam ketidakpuasan hati. hatiku merasa bahawa aku tidak disayangi dan selalu memberontak yang mana aku selalu lepaskan pada adik angkatku yang banyak mengalah denganku.

aku sebenarnya tidak berapa mengingati apa yang aku lakukan padanya, namun daripada hukuman yang aku terima (bukan dari kedua orang tua angkatku- mereka tidak pernah meletakkan tangan di tubuhku- tetapi dari kakak angkatku), rasanya mungkin aku kerap membuli adikku itu. sekali dua sehingga setiap kali adikku menangis sahaja walau bukan silapku, maka pasti aku dimarahi. mulutku juga laju dan pantang dikritik aku akan menjawab sehingga aku digelar lawyer.

apabila dimarahi , aku merasakan yang aku tidak disayangi dan perasaan bahawa tiada siapa yang menyayangiku itu kekal hingga aku dewasa. aku merasakan bahawa keluarga angkatku juga akan membuangku sebagaimana kelurga kandungku.

bukannya keluarga kandungku tidak datang menjenguk dan mengambilku sekali sekala sewaktu cuti tetapi hatiku telah sebati dengan keyakinan bahawa aku ini ‘unloveable’..

suatu hari aku ditemukan dengan seorang pemuda yang sangat tampan, baik hati dan penyayang. dia seniorku di universiti. pertemuan kami kerana pemuda itu telah menyimpul satu hasrat di hatinya;- mahu menyuntingku sebagai isteri.

aku cinta pertamanya. dia tidak pernah bercinta sebelumku kerana perinsip pemuda ini adalah selagi dia tidak bertemu dengan gadis yang hatinya berkata ‘ inilah pasanganku’, maka dia tidak akan bercinta. dia tidak mahu sebagaimana pemuda lainnya yang bercinta sakan untuk kenal hati budi tapi bila tidak serasi mereka akan memutuskan hubungan untuk cinta baru. baginya kalau dia melukakan perasaan orang maka perbuatan itu akan dibalas Allah satu hari nanti kalau tidak pada dirinya mungkin melalui keluarga atau kelak anak perempuannya. lalu cintanya disimpan untuk gadis yang suara hatinya berkata,’this is it’.

kami bertunang dan akhirnya berkahwin 3 bulan selepas itu. suamiku sangat baik. walau dia sangat tampan dan terasa tidak layak aku disampingnya namun kerana kasihnya yang melimpah ruah padaku membuatkan aku lupa pada nikmat tuhan mengurniakan aku suami sebaiknya. kebaikan dirinya bukan sekadar dalam layanannya padaku tetapi dia juga sangat bertanggung jawab, halus budi pekerti dan lembut dalam perbicaraan.

namun, aku tidak tahu bersyukur dan membiarkan perasaan unloveable aku itu menguasai diri. selalu aku memberontak kerana aku tidak yakin akan kasih sayangnya. kalau dia cuba membentukku pula aku akan naik angin yang mana perbuatanku sangat memalukan dirinya yang begitu menjaga maruah keluarga kami.

tahun demi tahun begitu, walau anak kami ramai, namun aku masih tidak berhenti mengamuk bila masa hatiku terguris dan aku pula mudah sangat terguris dan tersentuh hati. pelbagai cara dilakukan suamiku untuk membentukku namun diriku seperti tidak terkawal.

aku merasakan yang suamiku tidak akan berani mengecilkan hatiku kerana itu yang selalu diulangnya. -; abang sayang hawa. abang sayang hawa sepenuh hati abang. abang takkan sia-siakan hawa. tapi abang pohon agar hawa jadi isteri yang solehah. kalau abang tegur hawa bukan beerti abang bencikan hawa. abang mahu yang terbaik untuk keluarga kita. anak-anak kita itu adalah harta kita dunia dan akhirat. kalau hawa nak buat sesuatu hawa pandanglah muka anak-anak. jangan asyik minta abang ceraikan hawa. abang ada tanggungjawab pada hawa dan anak-anak sehingga ke akhir hayat abang. yakinlah dan rasakanlah kasih sayang abang.

tetapi walau apa yang diucapkan oleh suamiku namun aku tetap tidak berubah. mulai daripada mengandung anak kedua aku mula susah untuk melakukan solat. sekiranya diajak berjemaah oleh suamiku , aku akan bangun dengan malas.

sehingga suatu hari, aku dapat merasakan yang hati suamiku benar-benar kecewa dengan perangaiku. ketika itu usia perkahwinan kami telah mencecah 10 tahun. ketika aku memandu menghantar anak-anak ke sekolah  ( hari itu suamiku out station- suamiku menjadikan tugas menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah adalah satu dari tanggung jawabnya termasuklah banyak benda lain yang dipikulnya; percaya tak bahawa aku tidak pernah memilih ikan di pasar dan membeli barang dapur sendirian?- semuanya dilakukan oleh suamiku, termasuklah membayar semua bil di rumah kami dan melayani pula permintaanku yang macam-macam),masih jelas di ingatanku, ketika memandu itulah aku dapat merasakan yang perkahwinan kami akan ada musibah. hatiku berdoa padaNya, ‘ Ya Allah, Engkau yang maha mengetahui segala sesuatu, tunjukkanlah aku jalan yang sebenarnya, aku telah banyak tersimpang dan aku banyak melukakan hati suamiku, makhlukMu yang yang begitu baik yang Kau anugerahkan kepadaku, aku kufur akan satu-satunya nikmat pada seorang isteri iaitu suami yang baik sebagaimana suamiku itu, Kau tunjukkanlah aku agar aku berubah’

tahun itu juga pada bulan mei aku nampak perubahan pada suamiku, bukan pada layanannya padaku tetapi dia selalu pulang lewat ke rumah. kadang-kadang jam 11 malam baru nampak wajahnya, namun, tidak kerap dan keesokkan nya dia akan pulang awal dan mengajak kami anak beranak makan di luar. dia masih penyayang dan bertanggung jawab seperti selalu. memandang ke belakang itulah yang menyebabkan aku tidak sedar bahawa rupanya suamiku sedang bercinta buat kali keduanya, kerana sikapnya padaku tidak berubah; bukan seperti kisah yang selalu kubaca andai suami berhasat menambah cawangan maka dia sentiasa mencari salah isterinya. bukan suamiku..kerana itu aku langsung tidak sedar bahawa aku akan dimadukan.

sehingga pada suatu malam, ketika suamiku merebahkan badannya di sebelahku setelah pulang lewat buat sekian kalinya, keluar satu soalan ‘ kalau abang kahwin lagi , apa pendapat hawa?’

itulah permulaannya. rentetan peristiwa setelah itu amat sukar buatku. namun yang paling jelas adalah pelukan suamiku yang erat dan kata-katanya ‘ abang pun hairan mengapa hati abang boleh menyayangi dia sedangkan abang juga sayangkan hawa dan anak-anak’..’yakinlah abang tidak akan sia-siakan hawa dan anak-anak’.

kini aku bermadu dan benarlah kata Allah dalam surah annisa ayat 74:

‘apa jua kebaikan yang engkau milikki, itu adalah kurniaan Allah, dan apa jua bencana yang mendatangimu itu adalah hasil perbuatan tangan kamu sendiri’

akhirnya, aku disedarkan Allah dengan ujian hebat ini. perkongsian kasih seorang suami yang amat baik dengan seorang lagi wanita lain. akhirnya aku tahu bahwa walau apapun sebenarnya memang benar kasihnya padaku melimpah ruah cuma hingga kini hati aku masih sangsi..

doaku agar aku tidak lagi diuji dengan perceraian pula barulah aku mampu bersyukur.. moga allah masukkan rasa bersyukur dalam hatiku kerana masih dilimpahkan dengan kasih sayang suami walau dia allah anugerahkan seorang isteri muda yang cantik dengan tubuh yang masih gebu sedang aku semakin memasuki usia 40-an.

About these ads

13 Komen »

  1. Sabar & redha.. Ada ganjaran nya. Insyaallah

    Komen oleh Manja — Mei 8, 2010 @ 9:07 am | Balas

  2. PERANAN ISTERI PERTAMA DALAM BERPOLIGAMI

    http://www.geocities.com/dr_ikmal/

    PERANAN ISTERI PERTAMA DALAM BERPOLIGAMI

    Rata-rata masyarakat menganggap bahawa poligami itu
    suatu yang menyakitkan dan sesuatu yang menyusahkan.
    Namun, bagi wanita yang beriman, berpoligami merupakan
    satu rahmat dari Allah swt kerana di sinilah peluang
    untuk mengaut berbagai pahala sebagai isteri dalam
    berhadapan dengan madunya.

    Hidup berpoligami sentiasa melatih kita untuk menjadi
    seorang yang lebih bijak berfikir dan bertindak, kalau
    ianya dilaksanakan dengan suluhan syariat, bukan
    dengan mengikut perasaan dan nafsu semata-mata.

    Keistimewaan seorang suami beristeri empat ialah
    melahirkan kematangan dan ketenangan di jiwanya kerana
    ia sudah mengenali dan menyelami keempat-empat watak
    yang berlainan itu. kehormonian rumahtangga
    berpoligami akan nampak indah apabila isteri pertama
    tampil dengan peranannya yang sebenar disertai dengan
    akhlak yang mulia. Dia akan dihormati dan disegani
    oleh madu-madunya, sebab ia tahu setiap hak suami
    merupakan hak Allah jua yang mesti dihormati.

    Dia akan sentiasa menanamkan sifat penyayang.
    Menyayangi madunya seperti seorang kakak yang sedang
    menanti kepulangan saudara kandungnya dari perantauan
    yang sekian lama tidak bertemu. Adiknya itu tentu akan
    disambut dengan penuh gembira dan kasih sayang.

    Semua ini dilakukan dengan hati yang ikhlas dan
    bukannya berpura-pura. Sifat berpura-pura tidak akan
    kekal lama, lambat-laun akan timbul sifat kebencian.
    Akhlak yang baik itu bukan hanya ditunjukkan di
    hadapan suami, tetapi juga semasa suami tiada. Jangan
    pula bila suami tiada, berlakulah ‘perang mulut’
    antara sesama madu. Perbuatan ini bukan sahaja
    merugikan malah kita telah menipu Allah dan suami.

    Isteri tua adalah orang yang paling lama hidup bersama
    suami. Dia tentulah amat arif dengan sifat dan
    kemahuan suaminya. Apabila didatangi oleh ahli baru
    (madunya) maka secara spontan dia mestilah menjadi
    ‘guru’ kepada madunya, mengajarkan apa-apa yang patut
    kepada madunya itu agar tidak kekok ketika berhadapan
    dengan suami. Janganlah kedekut, hasad dengki atau
    sombong dengan ilmu yang ada. Nabi Musa a.s ketika
    bermunajat kepada Tuhan pernah berkata, “Siapakah
    makhluk yang paling Engkau benci?” Jawab Allah: “Ya
    Musa, siapa yang sombong hatinya dan kasar lidahnya,
    dan lemah keyakinannya dan bakhil tangannya.”

    Banyak ilmu yang tersirat yang patut diajarkan kepada
    isteri-isteri yang lain. Contohnya, katalah isteri
    pertama itu pandai memasak maka diajarkanlah kepada
    isteri kedua rahsia masakan yang disukai oleh suami.
    Kalau suami suka makan gulai cili api maka ajarkanlah
    cara memasaknya supaya bertepatan dengan selera suami.

    Atau ketika suami hendak ke bilik air, segera siapkan
    tuala, kain basahan, sabun mandi dan lainnya ataupun
    mandi bersama. Kemudian bersegera menyiapkan
    kelengkapannya untuk keluar seperti jubah atau baju
    melayu, seban, kopiah, sapu tangan dan sebagainya.

    Ketika menyiapkan pakaian suami, berdialog dengan
    Tuhan, aku rasa malu dengan diri, aku rasa tak layak
    untuk bersuamikan orang yang mulia dan baik ini. Wahai
    Tuhan, aku lakukan ini semata-mata kerana-Mu. Semoga
    apa yang aku lakukan ini akan mendorongnya untuk gigih
    berjuang di tengah masyarkat.”

    Kata-kata ini dijadikan sebagai amalan agar sentiasa
    mengingatkan kita betapa tingginya martabat suami di
    sisi Allah.

    Ketika suami keluar, diiringi dengan doa, “Wahai
    Tuhan, Kau terimalah amal ibadahku yang sedikit itu.
    Kau selamatlah perjalanan suamiku, perjuangannya dan
    ibadahnya. Dan kalau suamiku terbuat dosa Kau
    ampunkanlah….”

    Kalau suami pulang ke rumah pula, salamnya jangan
    dijawab dari dapur sahaja. Contohnya ‘Masuklah…..
    pintu tak berkunci. Saya di dapur ni tengah
    memasak…..’ Sebaik-baiknya, jawablah dengan nada yang
    lemah lembut, bukakan pintu, sambutlah dengan senyum
    yang paling manis, pakaian yang paling cantik dan
    dicium tangan suami dengan penuh hormat disertai
    dengan selawat tiga kali.

    Sambutlah kepulangan suami dengan penuh tawaduk,
    tunduk dan malu. Kepulangannya kita sambut dengan rasa
    kesyukuran kerana Allah masih panjangkan usianya untuk
    membolehkan kita menabur bakti kepadanya.

    Inilah di antara sebahagian kecil rahsia-rahsia memaut
    hati suami yang patut diajarkan kepada madu. Selaku
    kakak yang tertua dalam keluarga maka berilah
    kefahaman yang sebaiknya mengenai alam baru
    rumahtangga kepada ‘adik-adik’nya.

    Suami mana yang tidak gembira bila melihat isteri
    kedua atau seterusnya pandai melayannya sepertimana
    isteri yang pertama. Dan bertambah gembira lagi bila
    diketahuinya isteri pertama itulah yang banyak
    mengajarnya. Spontan itu juga timbul rasa kasih sayang
    yang berlipat ganda kepada isteri pertama. Akan
    dihargai sumbangan isterinya itu dan bertambah rasa
    sayang kepadanya. Suami akan terasa indahnya
    berpoligami.

    Begitulah, bila isteri pertama berperanan memberikan
    contoh yang terbaik, insyaAllah untuk mendidik ahli
    keluarga baru tidaklah susah. Tetapi kalau isteri
    pertama sudah buat kerenah atau serba-serbinya tidak
    pandai dalam urusan melayan suami, malanglah. Ataupun
    isteri yang baru pula ada sedikit ilmu tentang hal
    itu, mka tidak sepatutnya berlaku demikian.

    Oleh itu persediaan diri perlu ada. Sentiasalah rasa
    merendahkan diri dan hati serta mengaku kelemahan.
    Nabi Isa a.s ada mengatakan;

    “Amat baiklah bagi orang yang merendahkan diri di
    dunia. Mereka itu teman-teman mimbar pada hari
    akhirat. Amatlah baik bagi orang yang membuat kebaikan
    di antara manusia di dunia. Mereka itu akan mewarisi
    syurga firdaus pada hari kiamat. Amat baiklah bagi
    mereka yang disucikan hatinya di dunia. Mereka yang
    melihat Allah swt pada hari akhirat.”

    Oleh: Puan Solehah

    Komen oleh zah — Mac 10, 2011 @ 12:16 am | Balas

    • jazakallahi khair zah.. muga usaha diredhoiNYA.

      Komen oleh intanrohaida — Mac 11, 2011 @ 9:21 am | Balas

    • bila terbaca coretan pn zah saya terfikir adakah perkara seperti ini satu kenyataan atau hanya suatu coretan yang hanya untuk menyeronokan orang yang membacanya. Saya juga dimadukan setelah bersama selama 30 tahun mengharungi kesusahan hidup dan membesarkan anak-anak yang ramai. Hadiah sang suami buat isteri yang telah berkorban segala-galanya untuk sebuah kehidupan dan keseronokan hidup dia.Bila rezeki dimurahkan oleh Allah bukan kita sekeluarga yg dapat merasainya tapi hanya dia sahaja dan kita dihadiahkan sebuah kelukaan yang amat parah. Bila telah kahwin lagi dengan janda kaya saya dipukul, ditampar di maki kerana minta dilepaskan. sebelum ini kata bodoh pun tidak pernah , itukah yang diajarkan untuk para suami, berkahwin ikut sunnah nabi tapi melayan isteri pertama tidak seperti nabi. Bayangkan kekuatan tangan lelaki. Dan kerana tidak sanggup di perlakukan begitu kita diam tidak meminta lagi.Tapi apa yang dilakukan isteri kedua dia,saya sakit berpanjangan dan bila rawatan hospital tak menjadi hingga kerawatan pakar, jawapannya saya sihat saya berubat cara rawatan islam dan kesakitan saya pulih tapi suami marah katanya syirik kerana mempercayai pada bomoh atau rawatan islam. Hospital tidak memberikan ubat tapi kita ketika sakit nak berjalan pun terkial-kial seperti orang cacat kaki. Jd bagaimana nak jadi seperti yang diajarkan Puan, kerrana isteri kedua juga punya impian suami hanya untuk dia sahaja bukan berkongsi walaupun dia ambil hak orang. kalau dia ingin berkongsi dari awal loagi dia tidak akan menghina dan mendabit dada yang dia manusia sempurna sebab itu suami berkahwin dengannya.Bagi saya yang menghqadapi kehidupan bermadu adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kalau adapun saya rasa amat kecil bilnganya.

      Komen oleh umie — April 21, 2014 @ 11:27 pm | Balas

      • segala apa yang berlaku kepada kita, ALLAH swt mahu melihat respon kita. setiap dari kita akan dihisab,.. jika orang menganiaya kita, maka itu juga akan dihisab. ikhtiarlah untuk merawat diri baik dengan membuat rawatan mahupun dengan belajar ilmu merawat diri, saya sarankan ilmu pancaran tenaga rohani atau boleh buat rawatan dulu…

        muga atas ikhtiar itu, ALLAH beri jalan keluar, inshaallah

        Komen oleh intanrohaida — April 23, 2014 @ 8:59 am

      • Pn intan akak ni dah satu tahun setengah sakit, sakit yang sentiasa berpindah pindah kadang-kadang nak letakan kaki di sejadah pun amat sakit dan bila dicuba juga masuk rakaat kedua okeylah. telah berkali-kali berubat sihat sekejap kemudian sakit lagi, kini dah rasa bosan nak berubat, tapi bila tak tahan pergi juga berubat, suami kata syirik akak berubat begitutapi apa harus akakbuat hospital tidak beri apa apa ubat. betul ke berubat cara itu mendatangkan syirik?atau apa yang harus akak amalkan dalam menghalangi semua kesakitan ini?

        Komen oleh umie — April 23, 2014 @ 11:19 pm

      • rawatan adalah sunnah Rasulullah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap penyakit ada obatnya, dan bila telah ditemukan dengan tepat obat suatu penyakit, niscaya akan sembuh dengan izin Allah Azza wa Jalla.” (HR. Muslim). Pada hadits lain, Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan telah menurunkan untuknya obat, hal itu diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak mengetahuinya.” (HR. Ahmad dan At Thobroni. Dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Al Hakim).
        maka harus terus perlu melakukan rawatan.. tetapi pergantungan hati bukan pada ikhtiar, ikhtiar hanya itu sekadar ikhtiar yang wajib dilakukan kerana ikhtiar adalah sunnah rasulullah tetapi pergantungan hati kena ada hanya pada Allah swt. Dia sahaja yang maha menyembuhkan.
        jadi selagi belum berjumpa penawar, maka harus terus berusaha. inshaallah

        sebaiknya buat ikut sunnah rasulullah. boleh hubungi saya untuk melakukan rawatan sebagaimana sunnah baginda saw. inshaallah

        Komen oleh intanrohaida — April 24, 2014 @ 9:34 am

  3. Im not judging ppl. Im saying from my experience

    Komen oleh Manja — Mac 19, 2011 @ 9:40 pm | Balas

  4. bahagia dapat suami mcm tu…

    Komen oleh mawar — November 29, 2011 @ 9:33 am | Balas

  5. jika dibandingkan dengan ruangan Kisah Isteri Kedua, Kisah Isteri Pertama sangat sunyi. Sepi. Tidak banyak komen yang dilontarkan berbanding dengan ruangan yang satu lagi. 463 komen sehingga hari ini. Kenapa ya? Adakah kerana isteri pertama sangat bahagia dengan dunia mereka, atau masing-masing memendam rasa. Saya sendiri kehabisan kata2. Nak diceritakan tentang kisah sendiri, saya sendiri tidak tahu apa yang harus diceritakan. Tapi yang pastinya, cinta memerlukan pengorbanan. Mampukan kita sebagai isteri pertama menghalang cinta bahagia suami kita bersama orang kedua? Maka bersedialah untuk berkorban kerana demi kasih sayang, berilah kebahagiaan kepada pasangan kita. Semoga Allah akan sentiasa memberikan kita kekuatan untuk melalui dugaan ini dan semoga kita redha dengan ujian ini. kebahagian yang kita berikan kepada suami semoga kebahagiaan juga yang kita peroleh di akhirat nanti.

    Komen oleh Intan — Mei 29, 2012 @ 5:32 pm | Balas

  6. saya isteri pertama. suami pernah mengugut untuk berkahwin lain sekiranya saya tidak berubah. alhamdulillah..sekarang ugutan itu sudah jarang kedengaran. namun saya masih dibayangi perasaan curiga kalau-kalau suami saya ada isteri lain aau sedang menaruh hati pada perempuan lain. saya sentiasa berdoa agar cinta suami saya hanya untuk saya dan agar perempuan lain tidak jauh hati kepada suami saya. kadang kala hati saya rasa tak kisah kalau suami saya kawin lain. asalkan perempuan tu hormat saya dan tidak mengada-ngada, insyaallah saya terima. tapi, saya pernah bermimpi dimadukan(mungkin kerana terlalu memikirkannya) dan sukar digambarkan, betapa sakitnya walau hanya dalam mimpi. suami saya mengaku punya hajat tambah lagi satu, tapi buat masa ni masih tiada calon. saya tak tahu macam mana nak hadapi kalau dia kawin lagi. kami kahwin di sempadan kerana halangan dari keluarga saya. tapi sekarang alhamdulillah hampir semua ahli keluarga saya dapat menerima. saya takut kalau saya dimadukan dan itu balasan kerana saya pernah membelakangi keluarga saya.

    Komen oleh mazni — Jun 8, 2012 @ 9:35 pm | Balas

    • qada’ dan qadar ALLAH hanya boleh berubah dengan doa yang makbul. niat suami untuk berkahwin lagi ada 90%. namun jodoh ni di tangan Allah. dan selagi belum berlaku qada’ dan qadar ALLAH boleh ikhtiar agar tidak dimadukan, insyaallah. cuma masalah sekarang ialah kekuatan kasih suami pada awak , wujud halangan. kena hancurkan halangan dulu, insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 9, 2012 @ 10:37 am | Balas

      • suami sebenarnya inginkn anak. saya pula sudah 3kali keguguran. usia perkahwinan kami 5 tahun. saya kawin waktu tengah belajar kat universiti.sebab tu keluarga halang sebab takut pelajaran terganggu.sekarang baru lepas operate buang cyst kat ovari sebelah kiri. harapan untuk mengandung masih ada. dia kata masa hari operate baru dia sedar yang dia sebenarnya sayang sangat kat saya. kalau boleh biarlah dia tanggung semua kesakitan saya. tapi entah kenapa saya rasa macam saya je yang sayang lebih. bukan dia tak tunjuk yang dia sayang saya. tapi saya rasa macam masih belum cukup. apa yang dia tunjukkan tu bukan 100%. saya pun tak tahu mana silap saya. suami seorang yang panas baran dan cepat melenting. tapi dengan saya barannya tak lama. hatinya mudah sejuk kalau kena caranya. lagi satu, suami sekarang malas solat, tak macam mula-mula kawin dulu. kalau dia nak kawin lain, harap sabarlah dulu. sebab saya masih belum bersedia untuk berkongsi. harap hatinya tidak berubah sampai saya pejamkan mata. bila saya dah tiada, harap dia bertemu wanita yang beriman, yang boleh bawa suami dan anak-anak saya ke syurga.

        Komen oleh mazni — Jun 9, 2012 @ 8:38 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 226 other followers

%d bloggers like this: