kita namakan isteri kedua ini aisyah.
aku bertemu dengan suamiku sedang ketika itu aku tidak mengetahui akan halnya yang telah beristeri dan mempunyai anak. mungkin kerana jeritan hati yang mahu diri dikasihi dan mengasihi mengaburi mataku. akau diberitahu oleh suamiku bahawa dia sebenarnya telahpun beristeri ketika hatiku tidak mampu lagi melupakan dirinya.
seorang yang mudah tersenyum, peramah dan sangat perihatin. hatiku terpaut bukan sahaja kerana ketampanannya tetapi juga pada pekertinya.
malang bagiku kerana bukan ku pinta mencintai suami orang namun aku terpaksa akur pada taqdir. sudah suratanku aku bermadu.
namun, ku akui hidup bermadu ini walau aku isteri yang muda, dan usiaku yang belum mencecah 20 membuatkan aku merasa bahawa sepatutnya aku mendapat perhatian lebih daripada suamiku . malangnya, bukan suamiku ini. dia tetap tidak melupakan tanggungjwabnya pada isteri pertama dan anak-anak mereka.
aku pernah merajuk kerana suamiku terlupa untuk menelefonku apabila berada pada giliran isteri tuanya. aku masuk dalam perkahwinan 3 segi ini dengan seribu harapan yang aku akan membahagiakan suamiku, sesuatu yang padaku tidak mampu dilakukan oleh maduku. namun, sebaliknya pula yang terpaksa aku hadapi.
suamiku menggiliri kami seadilnya tetapi kerana tanggungjawabnya pada anak-anaknya, masa nya selalu dihabiskan menguruskan hal mereka. rupanya menjadi isteri kedua tidak seindah yang kusangka.
syukurnya kerana keluargaku menerima perkahwinan kami seadanya, malah suamiku menjadi menantu kesayangan. itu tidak menghairankanku kerana susah orang untuk tidak menyukai suamiku. selain memiliki raut wajah yang tampan , dia juga baik sekali peribadinya. bagaimana mungkin orang membenci lelaki begitu?
walau begitu, aku tidak mampu menahan cemburu apabila suamiku menunjukkan dengan terang bahawa antara dia dan tanggungjawabnya di rumah isteri pertama, tidak boleh ada penghalang. aku perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai isteri kepada suami yang juga suami kepada perempuan lain dan bapa kepada anak-anak yang ramai.
memang sukar dan hingga kini aku masih lagi belajar menyesuaikan diri. kasihku pada suami tinggi dan aku sanggup berkorban perasaan, lagipun kesemua keperluanku dipenuhinya, cumanya, hakikat bahawa dia ada tanggungjawab lain yang kekadang meruntun jiwaku.
ramai yang bertanya padaku , apa perasaan menjadi isteri kedua, satu soalan yang hingga kini aku masih memikirkan jawabannya. bahagiakah aku? ya , aku bahagia kerana suamiku sangat baik tetapi aku juga merana kerana suamiku adalah juga suami orang. alangkah baiknya andai dia milikku seorang tetapi takkan mungkin kerana suamiku tidak akan sekali- kali melepaskan isterinya, kecualilah kalau isterinya berkeras minta diceraikan.
lalu, aku kini bermadu dan dengan usia perkahwinan yang telah lebih 5 tahun, aku masih berusaha mencari kebahagiaan sebenar. moga kebahagiaan milikku kerana aku juga telah punya anak-anak yang perlukan kasih kedua orang tuanya.
Disember 4, 2008 at 7:51 am
Rasanya sama apa yang dirasa. Saya pun isteri kedua.
Disember 5, 2008 at 7:49 am
Wanita yang paling bodoh sekali ialah yang bercinta dengan suami orang. Jangan marah kalau saya kata wanita saperti ini tidak ada harga diri.
Di bandar tempat saya tinggal ini, memang sagelintir wanita yang bermadu. Mungkin mereka sudah tidak gadis lagi samasa di nikah kerana telah di rosak kan atau tidak berpelajaran. Laki laki (saperti jerung) memang tunggu wanita saperti ini kerana kalau wanita yang jenis baik baik susah di miliki.
Jun 14, 2009 at 4:58 am
ulasan anda umpama menidakkan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T
fikirkan lah akan kata2 anda itu..
what goes around will comes around
Disember 11, 2008 at 5:40 am
Tidak semua wanita yg bermadu tiada harga diri. Ingat lah pada takdirNya. Ada yang bermadu kerana tertipu dengan suami yang mengaku bujang atau duda. Percaya atau tidak ini semua memang terjadi dalam kehidupan kita.
Disember 17, 2008 at 2:31 am
Kalau tertipu ngapa masih bercinta dgn nya lagi. Nafsu? Kebendaan? Sudah jelas sidia masih cinta yang nomor 1.
Jangan salah kan takdir. Memang jodoh di tangan Tuhan..tetapi kita menentu kan.
Jun 14, 2009 at 4:59 am
kita hanya merangcang…
ALLAH yang menentukan
Disember 30, 2008 at 11:08 am
Jgn mudah menghukum seseorg. Trdpt hikmah yg prlu drenung samada trsurat mahupn trsirat. Kasih sayang yg abadi hanyalh pada Allah. Poligami dihalakn ats hikmah yg tk trhitung yg hnya Allah mengetahuinya n bg manusia yg mahu brfikir. Brdoalah agar apa yg trjd mrupakn ujian yg boleh kita hadapi, brdoalh agar suami yg monogami maupn poligami tkkn lupa tnggjwb mrk, brdoalh para istri agar redha. Kita tk mngkn mcapai ksmpurnaan namun berusahalh utk smpurna walau apa pn statusnya. Wallahualam.
Januari 1, 2009 at 2:10 pm
Bila sesuatu yg terjadi pada diri sendiri (terutama yg buruk) manusia sering menuding jari mencari kesalahan org lain, agungnya Allah secara zahirnya cara org menuding jari kearah org lain tetap 3 kembali kepadanya, siasat, periksa dan selidik diri sendiri dahulu, tiada yg berlaku jika kita tidak mengundangnya melalui apa yg kita fikirkan, jika kita fikirkan kecurangan suami, itu yg akan terjadi dan itu juga lah yg selalu berada di awangan pemikiran isteri2 di zaman ini. Jarang yg mempunyai fikiran positif terhadap suami dan berkeyakinan tinggi pada diri sendiri yg dirinya adalah isteri yg baik, isteri yg pandai menjaga anak2, pandai melayan suami. Tiadanya keyakinan diri dan ini yg menyebabkan isteri2 tadi sentiasa berfikiran negatif (ditambah dgn hipnosos dr tv, media etc mengenai kecurangan yg bermaharajalela) dan menyebabkan ianya terjadi pada diri sendiri.
Memang lelaki juga tidak boleh dianggap tidak bersalah tetapi ingat jika Nabi sudah berpesan lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya, jika suami kita menjadi tidak baik, mungkin kita juga sudah menjadi seorang tg tidak? Fikir2kan..
Thought become thing.. so choose a good one..
Salam dr Abu Dhabi..
Januari 5, 2009 at 10:58 am
Kadang2 aku sendiri tak faham kenapa suami orang yang menjadi pilihan. Bila dah kawin baru tau langit tinggi rendah.Bagi gadis2 yang bercinta dengan suami orang fikir habis2 bila nak buat keputusan. tak seronok sekejap aje..tapi nak berkongsi selama2nya. Sampai bila nak tahan semua nak kena kongsi…
Jun 14, 2009 at 5:03 am
kalau keputusan yang kita ambik tu adalah dgn meminta petunjuk dr ALLAH S.W.T, saya rasa in future tentu akan dipermudahkan oleh DIA dalam segala sudut… perbanyakkan amalan agama kita… bergantung lah kepada ALLAH yang satu.
Ogos 6, 2009 at 3:37 am
bintang, awak tak faham sebab mgkn awak belum berada di dalam situasi begini…
Ogos 28, 2009 at 6:28 am
betul tuh…
jgn terlalu bangga diri sbb Tuhan tuh Maha Kaya..tak ada pon wanita yg nak offer diri jd bini no.2..
Januari 7, 2009 at 8:26 am
Dulu saya pun pernah menuduh begitu. mati-mati saya kata wanita yg kawin suami org memang perempuan tak baik. tapi akhirnya allah nak tunjuk kesombongan saya. saya tertipu dengan cinta suami orang.Mula kenal dulu dia mati-mati dia mengaku dia bujang.Sehingga kami bercinta sehingga dua tahun, dia mengajak kawin. Masa itu hati saya telah benar-benar cinta dan sygkan hubungan yg lama terjalin barulah dia mengaku dia suami org.. alangkah pedih hati saya. Saya mmg kesal kerana dulu sombong dan selalu keji wanita perampas suami org, tapi kini saya pula menagih cinta suami org… lihatlah allah nak tunjuk jangan sombong ingat diri kita bagusss
Januari 19, 2009 at 4:19 am
saya sdiri tgh mgalaminya, sy buat solat istikaharah,tahajud n hajat agar ALLAH beri ptjuk,tp jawab nya ttp sama lelaki yg muncul dlm mimpi istikharah sy org yg sama n still suami org.sy jpa ustaz mtk pdapat,ustaz nasihat kan sy agar redha dgn pemberiannya katanya kl itu dah tertulis utk sy terima aje.cuma kdg2 sy takut dituduh perampas,tp bila memikirkan qada n qadar ALLAH sy jd berani menghadapi hidup ini.pertama kali kami jpa dia mgaku ada isteri n anak.sy suka cr dia bterus terang,sy xrasa ditipu,bagi sy biar berterus terang dr awal dr tau kemudian hr lg myusahkan,serba sdikit tentang dia n family sy tau dr mulut dia n jelas dia sorg yg jujur krn sy pernah ternampak dia n family kat mall, dia xnpk sy, sy perhati kan dr jauh n amati apa yg dia bagi tau kat sy adalah betul bkn rekaan semata utk memancing sy. satu perkara yg sy suka kat dia tdk pernah mburukkan isterinya.dia tdk pernah mgambil kesempatan bila berdua dgn sy wl pun kami jrg bjumpa krn dia berkerja didaerah lain.kl difikirkan sy juga rasa bsalah tp sy xblh nak slh kan takdir kl bertepuk sblh tgn xkan berbunyi kan? sy terima ujian ini wlpun sy tau masyarakat memandang serong org spt saya.mungkin ALLAH lebih tau apa yg terbaik buat sy. walaupun begitu sy tetap melakukan solat istikharah mintak yg tbaik utk sy n anak2 sy dan kl hubungan sy dgn dia tiada kebaikan maka sy mtk dijauhkan dr dia,itu aje yg termampu sy lakukan. kl nak kata sy pernah membenci org yg merampas suami org xpernah pulak apalagi menghina kaum sejenis sy.tp mungkin ALLAH ingin menguji n melihat tahap kesabaran sy lalu sy diujinya dgn berbagai2 dugaan dr nya.ialah siap lah kita untuk mempertikaikan kuasanya. cuma setiap kali solat sy tdk pernah lupa mintak ALLAH memberkati kehidupan sy n family kl blh dijauh kan dr berpoligami,tp kl dah tersurat hidup sy bermadu sy redha dgn ketentuannya.ia semenjak berkawan dgn suami org sy byk membaca tentang poligami, ianya terlalu indah ALLAH jd kan utk umatnya,cuma adil atau tidak itu terletak pd yg punya diri utk memikul tanggungjawab itu.tidak bermakna moral seseorg itu rendah kl dia mengawini suami org,kerana ALLAH tdk akan mencacatkan umat nya hanya kerana dia memilih suami org.
Jun 14, 2009 at 5:06 am
kisah anda hampir sama dgn kisah saya… 95%
Oktober 18, 2009 at 3:27 pm
kisah ni 100% sama dengan kisah saya…:-)
Januari 21, 2009 at 2:09 pm
saya jua jatuh hati dgn married man.. tak pernah saya rasa perasaan ini sebelum ini..
Januari 29, 2009 at 3:39 pm
saya jua bakal menjadi isteri kedua dalam beberapa ari lg..semuanya sudah ditentukan olehNya…jika diikutkn sy juga menentang hidup bermadu..tak rela rasanya.. akhirnya bakal bermadu jua.. semoga saya tabah..dan besarlah harapan agar bakal suami akan berlaku adil terhadap kami. saya percaya padanya..kerana dia sangat istimewa..penyanyang pada isterinya dan anak-anaknya..
Februari 9, 2009 at 7:58 pm
saya ambil keputusan utk berkahwin dgn istri ke 2 kerana dia miliki sifat yang sama dgn istri pertama saya. Kini saya bersyukur trhadap tuhan kerana d berikan dua istri yang baik hati dan mulia. istri ke 2 tahu saya dah beristri dan punya anak, tapi dia tetap sanggup menumpang kasih bersama istri ke 1 dan anak2 saya. dia berkata, tidak akan terima saya sekira saya mengabaikan istri ke 1 dan anak2 selepas berkahwin dgn nye. saya, sangat syg kepada kedua2 istri saya, dan tidak akan mensia2 kan kedua2 nye sepanjang hayat. Tiada yang kurang terhadap istri ke 1, tiap hari saya ambil peduli kedua2 istri saya yg d syg. Doa saya, harap satu hari nanti, tuhan akan buka kedua2 hati istri saya untuk tinggal d bawah 1 bumbung, agar lebih mudah untuk saya menjaga dan melindungi kedua istri saya itu. Kebetulan pula, saya semakin meningkat tua..
Jun 17, 2009 at 10:43 am
alhamdulilah…saya ada isteri kedua. suami mengahwini saya atas sbb status saya sbg seorg janda. untuk tidak menjadi buah mulut org dan untuk memartabatkan maruah seorg janda.seperti yang suami jelaskan pd saya dan juga isteri pertama, setiap dari kami mempunyai keistimewaan tersendiri yg akan membantu satu sama lain.kelebihan pd kami di anggap satu kebaikan yang compliment sesami kami. apa jua kesusahan dan kepayahan kami harungi bersama. malah semenjak hidup berpoligami ini, rezeki untuk kami seluarga serta anak2 bertambah baik. yg paling menyeronokkan ialah kami semua tinggal serumah di mana kebahagian berkeluarga dapat dikecapi bersama. malahan segala aktiviti keluarga kami lakukan bersama. suami tidak pernah dan tidak akan meninggalkan salah seorg dr kami walau apa pun.malahan saya dan isteri pertama pernah dimasukkan ke wad dan kami mengambil inisiatif untuk membantu sesama kami.semoga Allah akan terus melindungi keluarga kami dari segala dugaan and hasutan syaitan. sesungguhnya pahala yg kami dapat lebih dari segala harta dunia. insyallah
Februari 10, 2009 at 2:02 pm
Alhamdulillah,sesungguhnya manusia itu tiada daya dan upaya. Kita hanya bisa merancang tapi Tuhan menentukan. Aku dijodohkan dengan seorang teruna ( bukan atas dasar cinta)dan aku melalui kehidupan rumahtangga selama 10 tahun dan dikurniakan 3 cahayamata. Akhirnya rumahtangga kami hancur berkecai setelah aku mendapat tahu suami ku main kayu tiga sedangkan aku menanggung segala perbelanjaan keluarga.Aku minta diceraikan.Akhirnya aku diceraikan talak 1 walaupun beliau merayu mahu rujuk. cukuplah segala siksa dan penderitaan yang aku lalui selama 10 tahun bersamanya.Habis edahku 3 bulan aku dipertemukan dgn suami orang yang telah jatuh hati melihatku buat kali pertamanya. aku hairan adakah beliau gila, desperate etc. aku hanya mampu mengatakan jika aku pilihan hatinya dan sememangya aku wanita pilihannya, aku suruh beliau berjumpa ibubapaku.untuk dipendekkan cerita , kami bernikah selepas 6 bulan perkenalan.Isteri pertama beliau tidak merestui tetapi kehidupan tetap diteruskan. Aku diganggu saban hari tanpamengira waktu.berbagai kata2 kesat dilemparkan namun aku tak kuasa melayannya.aku bukan hanya diganngu secara zahir malah dihantar berbagai2 jin & syaitan semata2 ingin melihat kami bercerai. Rumahtangga yang ku bina atas rasa cinta dan kasih sayang ini hanya mampu bertahan 5 tahun kerana aku tidak berdaya melawan kehendak isteri pertama yang keterlaluan.Aku akhirnya memaksa suamiku menceraikan aku walaupun tanpa relanya.Aku membawa haluan ku sendiri bersama anak2ku.Namun inilah yang dikatakan jodoh ditentukan Allah. Tak sampai setahun, suamiku terlalu merinduiku dan merayu supaya aku kembali kepadanya tanpa pengetahuan isterinya. Melihat keadaan suami yang begitu tertekan dan agak uzur kerana kehilanganku , aku turut kehendaknya walaupun dihalang oleh ibubapaku sendiri. Mereka khuatir aku akan terluka lagi.Kini kami sudah setahun melayari bahtera perkahiwinan yang sudah diketahui isterinya.Hidupku masih sama, tiada yang lebih membahagiakan daripada mempunyai kehidupan normal tanpa poligami.Aku merasakan diriku begitu malang kerana setiap perkahwinan ku aku terpaksa menyara hidupku sekaligus hidup suamiku.Sampai ke hari ini aku masih dikeji dan dicaci walaupun the real jalang & sundal adalh isterinya yng pertama.Aku hanya mampu berdoa semoga aku mendapat sedikit kebahagiaan dari sisa2 hidupku ini.Aku terpakqa redha dengan qadar & qadar yang telah Alllah tentukan buatku. Anak2 ku masih bersama ku dan aku menanggung segala2nya sendirian sehinggalah kini. Aku mohon janganlah dipandang hina pd mereka yang bergelar isteri kedua kerana mereka tidaklah sehina yang digembar gemburkan. Ingatlah Allah tu kaya dan maha mengetahui.
Februari 11, 2009 at 1:24 pm
Bukankah semua manusia akan diuji? Walaupun sebagai isteri pertama yang tetap di hati suami tapi saya juga berendam air mata hampir dua tahun kerana . Tapi rupanya ada yang lebih pedih bila anak yang selalu jadi best student kat sekolah cuma dapat 4A 1B waktu UPSR. Barulah lepas tu menyesal ,tak akan melayan sedih hati ini kerana akibatnya anak-anak terbiar. Azam saya nak jadikan anak best student PMR. Anak-anak perlukan kasih-sayang ibu dan bapa. Saya kena kuat semangat biarpun kehidupan tak sama di antara mereka yang berkongsi dengan tidak berkongsi. Hati pun dah makin redha pasal rezeki-rezeki ni. Semuanya dari Allah walaupun duit kita habis untuk senangkan suami dan anak-anak tapi rezeki itu bukan dari saya pun tapi Allah yang bagi. Sabarlah semua wanita, walaupun anda itu isteri pertama atau kedua. Kedua-duanya tetap merasa cemburu, sakit hati dan rasa tersiat. Yang selalu saya ingat, nasib baik masih ada suami yang baik yang ambil berat dan nak peluk cium kita.
Februari 12, 2009 at 10:53 pm
Salam.
Saya ingin brkongsi sdikit pngalaman saya dgn kaum wanita, samada yg istri pertama atau kedua. Buangkan niat irihati, rasa benci, syak wasangka, tamak dan sebagainya. Seperti yang saya alami skrg, kedua2 isteri saya tidak sedikit pun tunjuk sikap yang sedemikian, syukur alhamdulillah saya di kurniakan dua isteri yang baik hati dan mulia (pada pendapat saya sendiri..). Tapi sifat mulia begini lah yang lebih memudahkan saya bersikap adil kepada kedua isteri saya. Bukan saya membangga diri atau menunjuk dgn menceritakan hal saya, tapi memang nya begitu, walaupun saya tidak dapat bersama kedua isteri tiap hari, tiada persoalan kemana saya pergi (dari isteri pertama), dia tetap terima kepulangan saya dgn wajah ceria dan tersenyum gembira, dan sebagai suami, wajah2 isteri sebegini lah yang lebih menguatkan kasih dan semangat saya untuk melindungi kedua isteri tersayang sepanjang hayat. Saya tahu saya bukan dapat yang terbaik, sebab memang ada di luar sana yang lebih baik kehidupannya berbanding saya bila beristeri dua.
Pandangan saya, kepada wanita, isteri pertama atau kedua, redha kan lah suami menunaikan taggungjawab dgn sempurna terhadap dua keluarga, suami suami lain di luar sana sama seperti yang saya rasa, tiada kurang sedikit pun kasih syg kepada isteri pertama, cuma, kami telah di kurniakan tuhan hati yang cukup besar untuk dapat menyayangi dua wanita dgn saksama. Luhurkan hati, terima takdir tuhan dgn redha, insyaallah nikmat bahagia akan di rasai oleh semua seadilnya.
Februari 20, 2009 at 2:15 pm
TQ HANI, I DO AGREE W U.APE2 YANG MENDATANG SEMUANYA DUGAAN DARI ALLAH.SESUNGGUHNYA DIA TAK MENDUGA HAMBANYA SEKIRANYA DIA TAHU HAMBANYA TAK MAMPU MENERIMA DUGAAN TERSEBUT. ALL THE BEST TO BOTH OF US AND SEMUA WANITA YANG BERPOLIGAMI DI LUAR SANA BAIK ISTERI PERTAMA MAUPUN YANG KEDUA. YANG PENTING REDHALAH DENGAN PEMBERIAN ALLAH NI KERANA SETIDAK2NYA KITA MASIH BERSUAMI.IBSYALLAH DENGAN KEREDHAAN INI MOGA2 KITA MENDAPAT KEBERKATAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. BUKANKAH KEHIDUPAN DI DUNIA INI PERSEDIAAN KITA DI AKHIRAT KELAK? SAMA2LAH KITA FIKIRKAN…
Februari 23, 2009 at 4:05 am
saya juga teruja untuk sama -sama berkongsi masalah yang sama. saya jua isteri kedua .suami saya adil dalam soal bergilir itu yang membuat saya bahagia.Saya redo ketetapan Allah untuk hambanya .Qada dan qadar di tangan Allah , kita kena terima semua ujian ini dengan redo .Bagi saya kehidupan berpoligami ini perlu ketabahan hati ,kesabaran yang kuat. sikap redo dan bersyukur di tuntut.masa bersama suami kita manfaat sepenuhnya dan bila dia tiada kita manfaatkan nya dengan mendekatkan diri dengan Allah .bertuahlah kita kerana punya masa untuk diri dan keluarga. Rahsia rumahtangga adalah terletak pada diri kita dan tiada sifat tamak dan hasad dengki dalam diri kita. insyAllah kita akan hidup dengan tenang
Mac 2, 2009 at 10:00 am
poligami kini merupakan isu yg amat sensitif pada para isteri tetapi amat menyeronokan para suami.. kenapa? kenapa boleh jd begitu? ingin saya memetik dari artikel yg ditulis oleh dr. asri(mekas mufti perlis)..
beliau menyatakan “Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita” sila rujuk http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel
yg amat saya tidak setuju dgn sikap para suami dan para isteri..
suami: usahlah dibanggakan bahawa kamu dibenarkan utk berkahwin sampai 4 org istri.. jgn pikirkan kesenorokan sahaja ttp fikirkanlah akan tanggungjwab yg akan dipikul dgn adalah isteri yg lebih dari seorang..
isteri: usahlah dibanggakan dgn suami yg ada.. sedarlah para isteri bahawa suami anda hanyalah ‘pinjaman’ utk sementara shaja.. usahlah tamak utk berkongsi kasih dgn kaum anda sendiri.. sekurang2nya tanggungjawab anda sebagai isteri kepada suami anda akan terbahagi kepada dua..(berkongsi dgn madu anda). Anda akan ada lebih masa utk beribdah pada Allah..
percayalah.. apa yg telah ditentukan oleh NYA pasti ada sebab musabab dan hikmahnya.. Yg mungkin tidak terpikir oleh manusia yg amat terbatas akal fikirannya..
Mac 6, 2009 at 2:54 pm
Yang pasti wanita akan tetap dimadukan di dalam syurga nanti. Fikirkanlah.
Saya terpanggil untuk berkongsi situasi semasa di tempat kerja saya di sebuah institusi pendidikan. Terdapat beberapa orang wanita yang tergolong dalam kategori janda (kematian suami) atau anak dara antik (yang umur dalam lingkungan 30an dan awal 40an. Lazimnya kaum lelaki kahwin awal. Belum sampai 30 dah kahwin. Jadi di pasaran spesis lelaki tak berapa nak ada bawah 40an yang belum kahwin. Yang ada pun tak berapa nak boleh diharapkan. Jadi jarang ada nak ambil anak dara antik yang dah terlewat ni kecuali lelaki yang sudah bergelar suami. Kalau dilihat bukan tak de rupa tapi nak kata apa tak de jodoh. Kalau yang nak berani rapat pun pasti yang sudah beristeri. Saya kasihan lihat golongan ini. Mereka pun ada perasaan ingin dikasihi, dilindungi, dibelai sebagai seorang manusia normal. Ye lah, tak kan mereka nak terima sebarangan lelaki. Mereka masih perlu memilih yang dirasakan sesuai atau sekufu. Kerana ramai dikalangan mereka ada ijazah pertama dan kedua. Tak kan nak cari yang tak tentu ke hala. Jadi spesis lelaki yang ada ialah suami orang yang dah ada anak berderet. Ada yang kahwin mungkin kerana nafsu. Pilih yang cantik sahaja. Tapi ada juga yang ikhlas. Kalau nak kata kerana nafsu, apa nak lagi isteri sedia ada kan dah ada untuk melayaninya. Fahami lah wahai kaum isteri, di luar sana ramai anak dara antik yang menunggu untuk disunting oleh suami anda. Izinkanlah. Cemburu tetap ada kerana itu adalah perasaan manusia normal. Kalau yang tak de perasaan cemburu tu mungkin tempatnya di Hospital Bahgia. Isteri Nabi S.A.W pun ada perasaan cemburu juga. Jadi itu adalah perasaan manusia normal. Saya sekadar berkongsi situasi semasa di tempat saya walaupun saya belum berkesempatan untuk berpoligami lagi. Mungkin saya bukan tersenarai dalam golongan lelaki yang berpoligami. Tapi sapa tahu masa ke hadapan nanti. Pada saya kalau nak poligami seseorang lelaki itu perlu tingkatkan iman dan amalnya. Amalan wajib konform tak boleh tinggal. Kena tambah lagi yang sunat-sunat seperti solat isyrak, dhuha, tahajud, tasbih, witir, rawatib. Kena rajin zikir, selawat, munajat, selalu muhasabah diri. Baca Quran dan hadis. Ini semua bagi memantapkan ketahanan mental dan fizikal terutamanya untuk menghindari dari serangan iblis dan syaitan yang berusaha untuk mempengaruhi nafsu manusia. Fikir-fikirkan lah. Wassalam
Mac 8, 2009 at 2:29 pm
sy seorang wanita yg mungkin sedang mencari isteri utk suamiku..bukan sekadar tajuk spt drama yg dimainkan di televisyen..tp sy merasakan ini sebagai amanah@tanggungjawab sbgai isteri yg memahami diri suami.bila ditnyakn kepada suami,apa kekurangan diri ini hingga dia perlu mencari isteri lagi. jawabnya tiada apa yg kurang,dan kalau ada kekurangan pn hnya kerana manusia tkde yang sempurna.cuma spt respon2 sblm ni kta, jiwa lelaki diberi ruang utk menyayangi lebih dr seorang dan cinta yg sedia ada tidak akan berkurang (kcuali s3 sedia ada buat hal-ni jawapan yg wajar la kan,sapa yg buat baik pasti diberi perhatian yang lebih).kata suamiku,pandangannya masih belum terttup sepenuhnya, kehadiranku memang dh menutup pandangan, tp belum sepenuhnya.
Katanya jiwanya masih kacau,n penah ada rakannya suarakan dia seolah2 masih belum berkahwin.dan suatu peristiwa yg agak terkesan di hatiku,suamiku menitiskan air mata, katanya, tk kesian ke pd dia, dia susah nk tumpukan pd ibadat,jiwa kacau,walau pd zahirnya dilihat tenang dan bersahaja.sy pasti, airmata dia bukan lakonan atau sekadar utk simpati dari saya,tp ia benar2 airmata yg menzahirkan perasaan dan hatinya. hingga kini belum ada calon madu utk sy,dan dia ada juga suarakan utk sy carikan utk dia.
Pencarian ini mungkin sukar, utk mencari seorang yg boleh menutup pandangan yg masih belum tertutup sepenuhnya,mencari seseorang yg blh terima kehidupan kami.sy penah bertanya, ciri2 macam manakah yg dia inginkan.jawabnya, tk beza jauh dr sy, yg penting seseorang yg blh menutup pandangannya, sy bertnya cantik yg bagaimana,ktanya cantik itu subjektif,tp sy rs saya tau taste dia.hehe.. yg plg penting katanya, seseorang yg mampu makan sedulang bersama kami{sanggup hidup susah senang bersama) n ktanya juga, ada baik kalau blh tggl sebumbung.hmm…
mengenai sebumbung ni sy nk huraikan sedikit pro n kontranya.sy bkn dh bermadu cuma mungkin sedang mencari madu yg sesuai..jd huraian sy ni mb hnya khayalan semata2 n bukan realiti.
Pro – jimat,byk yg blh dijimatkan spt perabot,alat2 di dapur, bil, mesin basuh dsb.2.boleh membahagi tugas, conth giliran memasak n sebagainya.3.saling berteman jika suami keluar daerah.byk lg cuma tk tersenarai..
Kontra – mb sukar n bermesra,bergurau senda dgn suami@privasi terhad.(tp ms muda je nk mesra2 ni-bl ada ank ramai mb terhad+malu ngn ank),setiap pergerakan dpt diperhatikan dan memerhati.jiwa tk kuat,tiap masa blh nangis nih,mkn hati la jawabnya.duk jauh pn blh terasa,apalagi duduk sama2.
psl tinggal sebumbung ni,sy dan suami pernah berbincang gak, mb duk rumah bertingkat,privasi di tingkat memasing, if nk turun or naik,kna mintak izin dlu..yg ni kna byk toleransi.hmm…sbnrnya mcm2 sy bincangkan bersama suami bab poligami ni,cuma calon blm ada,calon blm ada pn hati sy ni selalu jgk terbakar,huhu..tu baru thp calon tkde.dh ada camner tk tau la kan..
byk yg sy nk kongsikan disini,mb jalan crita pn dh tk tersusun..bc je la ek..
k la. sy memang sedang mencari dan ia serius n bukan main2,sapa ada calon utk saya, blh la hubungi sy,tk terhad kepada janda,andalusia or mb masih muda belia, sbb nk cari yg sanggup bermadu ni bkn mudah,apatah lagi utk yg blh menutup pandangan suami sy,hope dpt tlg sy,n sy mntk budi bicara tuanpunya blog utk beri email sy kpd yg mahu tlg sy.sy tk mahu siarkan disini.sy jg agak segan..time kasih
Jun 28, 2009 at 9:58 am
Salam Nik, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dgn anda. Suatu ketika dulu saya juga beria-ia hendak mencari isteri baru utk suami saya.Saya rasa saya benar2 mampu brkongsi kasih hingga prnah mncadangkan utk buat kenduri kahwin suami di rumah kami sendiri. Akhirnya suami benar2 kahwin lain tanpa pengetahuan saya. Hinggalah slps isteri barunya melahirkan anak baru saya diberitahu. Peringkat awal saya seolah2 boleh terima malah saya dan anak2 turut melawat madu saya semasa d dalam pantang. Lama-kelamaan baru saya rasa pedihnya bermadu dan saya semakin tidak boleh terima kenyataan.Padahal suami lgsung tak abaikan saya tapi perasaan saya benar2 keliru waktu itu. Suami saya pernah menangis bersama, katanya dia tak mungkin kahwin lain kalau dia tahu saya mengalami tekanan yg maha hebat ini. Dia berani buat kerana dia sagka saya mampu terima. Saya terpaksa mendapat rawatan drp pakar psikiatrik krn gagal mengawal diri. Akhirnya madu saya diceraikan. Saya rasa malu pada diri sendiri kerana saya sangka saya mampu rupa2nya saya adalah insan yang sangat lemah. Dan… yang paling saya rasa bersalah kerana kelemahan saya ini saya telah menyebabkab anak tiri saya kehilangan kasih sayang seorang ayah padahal dia tidak berdosa. Untuk menyatukan kembali suami saya dgn madu saya adalah sesuatu yg sgt mustahil Cukuplah…. inilah ujian yg paling berat pernah saya terima! Kepada Nik saya nasihatkan jgn cari penyakit. Kita tidak tahu kemampuan kita sehinggalah ia benar2 terjadi……
Mac 12, 2009 at 6:51 am
Saya juga isteri ke2, rumah tangga masih baru belum pun sampai setahun. Saya pernah berkahwin dan dikurniakan 2 orang puteri. 10 tahun menderita bersuamikan lelaki kaki pukul dan tidak bertanggungjawab. Jadi bila ditemukan dengan suami sekarang, seperti anugerah yang tak ternilai walau perkahwinan ini harus berkongsi.
Ingin saya kongsikan pengalaman, bagi saya satu suami satu isteri pun belum tentu menjamin kebahagiaan. Ia terpulang pada individu (suami atau isteri) itu melayari rumahtangga. Bagi saya pula sekarang amat bersyukur walau ada kekurangan pada perkahwinan berkongsi tapi tetap ada kelebihannya. Dengan suami tak bercinta dulu pun, jumpa saya sekali terus ajak kahwin. Walau terkejut, tapi apa yang saya lakukan terus tetap dilandasan agama (istikharah) dan persetujuan orang tua.
Isteri pertama memang tak bersetuju tapi suami bertegas juga. Memang mula2 rasa tertekan sebab tak pernah termimpi untuk dikatakan perampas suami orang. Rasa rendah diri tapi kuatkan hati kerana suami sentiasa memberi semangat dan melihatkan kesabaran suami menangani dugaan yang datang menjadikan kuat untuk bersamanya mempertahankan ke2 rumahtangga.
Bagi saya perceraian dengan isteri 1 bukanlah jalan yang terbaik kerana saya tahu kebahagiaan dia ada juga di sana. Kalaupun saya dapat dia seorang tak mungkin dia akan bahagia kerana jiwanya kosong, untuk kebahagiaan saya pula ialah melihat suami bahagia dan anak2 gembira. Pada saya kebahagian diri adalah menjadikan orang disekeliling kita bahagia…
Anak2 saya bertuah kerana dapat berbapa tiri yang sangat periang, walau dia tak selalu dapat bersama tapi bila masa dia bersama kami kegembiraan yang diberi amat dalam. Pada saya pula bila ketiadaan suami saya penuhi untuk masa sendiri, melayan kerenah anak2, dan mengemas rumah. Bila suami ada saya pastikan yang lain diketepikan dan cuba melayani suami sebaik mungkin. Anak2 pula bila ada bapa tirinya pulang saya akan biarkan mereka bersama. Paling anak yang sulung suka buat homework dengan bapanya… yang kecil plak masa tulah jugak nak mengada atau mintak perhatian.
Pada saya apa yang saya nampak ialah tanggungjawab untuk isteri sangat mudah. Banyak mengajar erti kesabaran, kekuatan dan berdikari. Saya dan madu tidak berhubung, untuk masa sekarang. Pernah bersua berbicara dengan situasi yang dihadapi. Rasanya mungkin masa akan memperbaiki segalanya…iaitu kesabaran. Pada suami saya nampaknya memang letih bila mempunyai dua keluarga. Keseronokan yang orang gembar-gemburkan tu memang hanya khayalan. Tapi beban tanggungjawab dunia dan akhirat tu yang berganda jadinya.
Tapi apa yang saya pegang ialah bersyukur dengan apa yang ada. Kebahagiaan 100% bukanlah ada atas dunia setiap manusia pasti ada dugaan diberi olehnya. Lebih besar dugaan lebih tinggilah darjatnya di sisi allah. Yang penting ketenangan untuk menjalani kehidupan untuk bekalan di akhirat nanti.
Jun 3, 2009 at 7:12 am
Tahniah kerana nampaknya puan berjaya mengharungi hidup bermadu. Saya juga macam puan. 7 tahun hidup sebagai ibu tunggal membesarkan 2 orang anak seorang diri. Berbagai fitnah yang telah saya lalui maklumlah janda muda. Akhirnya saya mengambil keputusan menerima lamaran suami walau terpaksa berkongsi kasih. Kini saya isteri kedua suami. Pada awalnya saya dimaki hamun oleh isteri pertama. Sampai sekarang pun dia tak boleh terima saya. Saya banyak mengalah dalam segala hal. Makan hati? Hanya Allah yang tahu. Tapi saya sentiasa bersikap positif dan tidak terlalu sensitif. Suami tak adil? Itu antara dia dengan tuhan. Banyakkan bersabar. Mengadu hanya pada Allah. Mohon dilembutkan hati suami semoga Allah jadikan dia suami yang bertanggungjawap dan adil. Biarkan isteri pertama nak mengamuk ke apa. Selalu ingat yang kita adalah isteri kedua. Mengalah tak apa. Jangan sesekali memberontak. Cool aje. Suami tak balik tak apa. Tengokkan aje. Kalau dia suami dan ayah yang bertanggungjawap dia tetap akan pulang. Bila suami balik beri layanan yang terbaik. jangan marah-marah. Suami akan bersyukur kerana kita memahaminya dan dia akan lebih berterima kasih dan menyayangi kita. Dekatkan diri pada Allah dan buang jauh2 rasa cemburu atau iri hati pada madu. Bahagiakan hatimu pasti kamu akan lebih bahagia
Mei 26, 2009 at 3:25 am
Janganlah kita menyesal menjadi isteri ke-2 dan ke berapa pun. Ini hakikat yang harus ditempuhi oleh isteri bermadu. Ini buatan kita, tindakan kita, keputusan kita…tidak ada harus penyesalan. Yang mustahak, isteri pertama harus menjaga suami dengan baik dan tak kahwin dua dan memberi masalah kepada isteri-isteri baru. Bacalah petua ini
Petua Isteri Kesan Suami Punya Buah Hati
Jun 3, 2009 at 3:43 am
sayang sekali. web ini mungkin dibaca oleh isteri kedua sahaja. Bagi saya….wanita amat kecewa bila mengetahui suami curang.malahan istilah ada orang ke 2 pun tidak mungkin layak dalam rumahtangga. kelukaan dan kecewa akibat dikianati suami itu amat pedih untuk dilalui. Pantas manakah seorang wanita melalui kepahitan ditinggalkan suami kerana wanita lain?
Jun 3, 2009 at 7:26 am
kenapa rasa menderita takut kehilangan suami? sebab suami hanya manusia biasa hamba Allah yang sentiasa diuji. Sama macam kita. Bergantung haraplah hanya pada Allah. Ingatlah suami dan anak-anak bukan milik kita. Mereka cuma alat meningkatkan iman kita pada tuan kita iaitu Allah. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita. Hadapilah ujian ini dengan penuh ketabahan. Suami tak sayang? Tak apa. Allah ada. Bila suami tengok kita relex je, cool tak mengamuk suami pasti tak sampai nak lukakan hati kita. Tapi kalau suami kahwin juga redhalah. Jalani kehidupan macam biasa. Berdoalah agar suami dapat berlaku adil. Kasih sayang suami tak akan berkurang malah bertambah sayang kerana kita isteri yang begitu memahami.
Ogos 6, 2009 at 4:00 am
pada isteri pertama yang kecewa redha lah.. mgkn ada kesilapan kamu yg kamu tak perasan,.. sya ada juga situasi suami kawin lagi.. ada yg silapnya makan minum,.. rumah berselerak bila suami balik,.. mulut tu ringan jek nak melawan cakap suami.. saya ingat kamu sama saya ingatkan diri sendiri.. adakala saya menjawab untuk pertahankan hak kiter, tp sbnrnye suami ni tak suker.. banyak pantang larang nak bercakap pada suami ni.. bile dia tersinggung, dia simpan dalam hati.. kiter ni minta lah maaf, ingatkan dah hbs.. rupenye nanti di ungkit juga.. nak tak nak, sbg isteri jalan yg paling baik… SABAR JEK LAH
Jun 14, 2009 at 5:52 am
Kpd semua kita hanyalah pinjaman semata-mata. Dunia ini dijadikan oleh Allah untuk dikongsi bersama. Semua yang ada di muka bumi ini milik Allah dan hanya lah pinjaman. Boleh diambil pd bila2 masa dan atas sebab2 yang tak di duga. Kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan. Apa yang kita perlu lakukan adalah jgn berhenti berdoa minta kebaikan dan dijauhkan keburukan. Walaupun dgn tidak berhenti berdoa tetapi masih di timpa masalah dan dugaan anggaplah ianya juga hadiah dari tuhan. Pasti ada hikmah di sebalik terjadinya sesuatu. Redha lah.
Kepada is3 pertama:- Sama-sama kita muhasabah diri kita. Mungkin terjadinya sesuatu adalah atas kelalaian dan dosa-dosa kita yang telah lalu. Baik yang kita sedari atau tidak. Berhentilah menyalahkan orang lain. Terus baiki diri minta keampunan dari tuhan dan terus berbuat kebaikan dan jangan sekali berbuat jahat. Bersyukur lah Dugaan ini adalah hadiah dari Allah yang mahu kita lebih mengingati dn mendekatkan diri kpd nya. Bersihkan hati kita buangkan perasaan marah, dengki, geram dan sbgnya. Semua itu adalh syaitan dan blh menyebabkan darah tinggi, cancer dan sbgnya. Terima takdirnya dengan redha dan positive. Memang susah. Umpama kita nak mengeluarkan zakat tapi fadhilatnya bukankah lumayan? Bersabar lah dan terus berbuat baik pada suami. Bukan kah kita sayang padanya? Kenapa kita mesti marah? Lagi kita marah2 lagi jauh dia pergi dan dosa yang dtg kpd kita.
Kpd is3 2,3/4. Bersyukurlah. Jgn sombong dan tamak. Bersyukurlah kita masih ada yang mahu dijadikan isteri yang halal. Ramai di luar sana yang masih berkeliaran mencari lelaki untuk dijadikan suami. Taat dan redha yang kita ini berkongsi segala-galanya. Terus berbuat kebaikan jgn sekali berbuat jahat. Usah peduli tohmahan org. Yang penting niat kita untuk berbakti pd suami, Setiap sesuatu yang kita buat baik pd suami adalah pahala walau pun memberikan senyuman dan menuangkan air.
Kpd semua jgn lah sesekali kita memutuskan silaturahim sesame manusia. Berkasih sayang lah kita. Sama-sama membantu suami yang perlu mencari rezeki menyara kluarga yang semakin membesar.
Jodoh ajal maut segalanya di tangan tuhan. Berhentilah menyalahkan sesiapa. Tidak ada sesiapa yang mahu dalam doa-doa nya hidup yang sengsara. Salam buat semua.
Jun 14, 2009 at 6:27 am
saya jg merupakan salah seorang isteri ke2.sememangnya saya sendiri tidak pernah bermimpi utk berkahwin dgn suami org.mungkin sudah jodoh agaknya…mampukah hamba yg lemah spt kita menolak kehendak takdir?perkahwinan saya berkekalan smp kini ( 15 tahun ) dgn dikurniakan 3 org putera.menyingkap kembali kisah pertemuan saya dgn suami..saya berkenalan dgn suami ketika usia saya baru 25thn..masih muda..saya ada pekerjaan tetap..ada rupa juga,tp dah jodoh saya dgn suami orang…haruskah saya dituduh perempun yg tidak laku dlm usia semuda itu ? hanya kerana saya berkahwin dgn suami org.?ada kerjaya pulak..tp masyarakat tetap memandang serong,kpd golongan spt sya..saya dipinang olh keluarga suami..w.pun kedua org tua saya menolak pd awalnya..tetapi mrk tpks akur kepada cinta kami dan kesungguhan suami saya…(pd awalnya suami mempunyai maslah dgn perkahwinan pertamanya )w.pun terlalu mencintai suami,tp saya tidak bersedia utk bermadu..hampir setiap malam saya beristikharah,minta tuhan berikan petunjuknya,apa yg saya dpt…saya makin menyayangi dia..satu-satunya lelaki yang mampu memberikan saya kegembiraan dan boleh membimbing saya .sememangnya suami saya sorang lelaki yang baik budi pekertinya..dia berjaya menambat hati kedua org tua saya…memang keluarga saya menyukai dia..hampir 2 tahun berkawan.akhirnya saya terpaksa akur..dialah jodoh yang tuhan tentukan buat saya.saya tidak pernah kisah dan ambiltahu keluarganya disana..dan begitulah sebaliknya..saya tidak mengenali isteri 1 dia dan kami tidak pernah berjumpa.terus terang saya katakan,saya jarang bergaduh dengan suami..agaknya kerana itu perkahwinan kami berkekalan smp kini.Salah sayakah semua ini terjadi?atau takdirkah yang harus kita salahkan?Tak kanlah tuhan nak menzalimi saya hanya kerana menentukan saya yg terpaksa menjadi isteri ke2.saya minta wanita diluar sana janganlah cepat menuduh golongan spt saya..banyak2 kan berfikir hikmat disebalik apa yang tuhan takdirkan ini.Sehingga kehari ini suami saya masih mampu berlaku adil diantara kami!
Ogos 22, 2009 at 1:05 am
normie.. dah 15thun kawin tapi tidak mengenali isteri pertama? isteri pertama tidak tahu or dah tahu cuma tk berjumpa? kalau masing2 dah dapat terima hakikat bermadu..sy rasa elok berkenalan., terutama utk anak2 la.. bahaya kalau saling tidak mengenali darah daging sendiri, bimbang ter’kawin’ sesama beradik..sapa tahu kan..
Ogos 22, 2009 at 1:07 am
if suami pergi dlu..
Julai 14, 2009 at 4:59 am
saya isteri kedua kepada majikan sendiri.kami berkahwin di siam beberapa bulan lalu. sehingga hari ini perkahwinan ini masih menjadi rahsia. suami tidak menyembunyikan statusnya yg telah beristeri n mempunyai anak. sejak mula bekerja di syarikat miliknya, kami semakin hari semakin rapat. saya menjadi tempat dia meluahkan kesedihan. dia kesunyian,telah bertahun diabaikan isteri. saya percaya,kerana saya dpt lihat penderitaan itu.keluarga terdekat suami juga mengakuinya.saya menjadi isteri, kekasih dan sahabat.suami mengakui,saya memiliki seluruh cintanya.antara dia dan isteri pertama sudah tiada cinta.tidak bercerai demi anak-anak. saya bahagia.
tapi sejak akhir-akhir ini,isteri pertama yg dulunya langsung tidak peduli,kini seakan ingin kembali pada suami. mungkin dia mula syak adanya org ke3 antara mereka.dia mula berbaik2 dengan suami.mula jd busy body. dulu saya dan suami boleh bersama tanpa halangan. skrg seakan suami dikawal isteri tua. perempuan itu sudah mula jadi penyiasat. mengekor langkah suami.
saya mula rasa menyampah.selalu menangis sendirian. sehingga pernah saya meminta cerai dari suami. kalau benar isterinya dah berubah,pergilah pada dia. saya tak ingin berkongsi kasih. dulu mgkin saya dpt seluruh cinta, skrg mgkin sudah terbahagi..
saya mencintai suami sepenuh hati saya.dah begitu juga harapan saya terhadap suami.namun saya sedar, itu cuma harapan, yg xmungkin kesampaian…
saya terfikir, di mana letaknya saya sekarang?suami menganggap saya kekuatan untuk dia meneruskan hidup.saya penyambut tangannya yang suatu ketika kelayuan.kerana itu dia xmungkin melepaskan saya.
soal hati…tiap kali kami jauh,suami disamping isteri dan anak2nya, rasa cemburu ini jadi begitu tebal.jauh di sudut hati, saya harap suami akan menceraikan isterinya itu.tapi mungkinkah?mereka mempunyai anak2 yang mengikat,kenangan2 lama yg indah utk dikenang.tambahan pula si isteri itu sudah mula ingin berbaik-baik,walaupun kata suami,si isterinya itu tidak ikhlas kerana ingin menghalang suami dari menduakannya sahaja.
saya tahu, suami sedaya upaya cuba berlaku adil.tp status perkahwinan rahsia ini yang jadi penghalang. kami belum dapat kekuatan untuk mengisytiharkan perkahwinan ini. suami bimbang isterinya bertindak bodoh kerana sebelum ini isterinya pernah menyerang saya di pejabat dan melemparkan kata-kata kesat. di pihak saya pula, keluarga saya pasti tidak boleh menerima berita begini…
Ogos 6, 2009 at 3:45 am
sebaiknya, minta lah suami berterus terang.. kalau dia tak dapat berlaku adil pada awak, berdosa dia.. banyakkan baca buku-buku agama.. ambil tahu hak kamu sebagai isteri kedua.. perkahwinan rahsia ini bukanlah perkara mudah untuk kamu lalui.. banyak lagi yang kamu patut timbangkan sebelum kahwin dulu..
Ogos 27, 2009 at 4:12 pm
benar..saya terlalu terburu2 membuat keputusan utk berkahwin dulu.kerana rahsia…segalanya saya tanggung sendirian.apapun saya redha,kerana semuanya telah berakhir..
Julai 14, 2009 at 7:30 am
Sayang sekali blog ini hanya isteri ke2 shj membacanya. Sesiapa yg menjadi isteri ke2 semestinya dia seorg yg matang dan sabar. Byk sekali contoh di sini bhw tak semestinya isteri ke2 itu jahat dan berniat meruntuhkan rmhtga wanita lain. Tetapi masih ramai lg di luar sana yg tidak berhenti mencaci mencemuh wanita lain spt musuh yg amat hina. Syabas dan tahniah kpd mereka yg sanggup hidup bermadu dan redha dgn ketentuanNya. Semoga rumah tangga anda dirahmati Allah, diberkati selalu.
Ogos 4, 2009 at 6:02 am
to isma..
bukan isteri ke 2 shj yg baca.. sy isteri pertama, dan suami ada menyuarakan hasrat utk kwin lg..sy mencari penawar disini, artikel berguna dan luahan yg menjadi no2..
web ni mmg dkt di hati sy, setiap artikel amat terkesan di hati saya
Ogos 6, 2009 at 3:53 am
to suria,.. baiknya awak untuk mendekati luahan isteri2 kedua.. pada awak saya doakan yang terbaik.. ” payung emas menanti kamu “
Julai 19, 2009 at 6:29 am
setelah hampir 15 tahun hidup bermadu saya kini dalam dilema..rasanya suami saya telah banyak berubah akhir-akhir ini…semuanya bermulanya sebulan yang lalu,ketika suami sedang bercuti sakit dirumah saya ,isteri no 1 tetiba menelefon suami..ntah kenapa suami saya cepat sj berckp,ngan dia,masa tu kebetulan saya lepas solat dan anak kecik saya dijaga suami..menangis dgn kuatnya..isteri no 1 tidak puas hati dan sms tuduh saya macam2.biarpun setelah diterangkan dia tetap tidak percaya..dituduhnya saya macam2…anak2nya juga marah saya krn menyakiti mak mereka..dalam hal ini saya cukup kecewa krn suami tidak cuba defend saya w.pun saya sebenarnya tidak terlibat dgn konflik ant mrk.byk sms msk dlm hp sy..terlalu byk yg menyakitkan..saya sbr dan tbhkn ht.sudah hampir 3 minggu suami tidak blk kerumah sy ( sememangnya kami tinggal berjauhan krn masalah kerja )namun begitu spt kebiasaanya klupun dia tak berkesempatan nk blk dia tetap call sy 5@6 kli sehari…sms tak usah cerita..berlambak2..mengikut kata suami dia tidak ketentuan jika tidak dpt dgr suara sy dan ank2..dia begitu merindui kami tatkala berjauhan..tapi yg peliknya kami tak bergaduh..namun selama 3 minggu ini tidak sekalipun suami call sy..sms cuma 2 kli..knp dia tetiba berubah..sy dah puas berfikir..apakah ini disebabkan perbuatan isteri no 1 yg begitu sakit ht dan dendam dgn sy.sy cuba berbincang dgn suami,namun suami kata dia tetap tak berubah..msh spt dulu..sy pelik apakah suami tidak sedar dgn apa yg berlaku skrg?sy kumpulkan kekuatan dan kuat semangat..w.pun setiap mlm sy menangis krn memikirkan apa yg tlh terjd…sy terlalu bngung..perasaan sy bercampur baur..apakah sy akn terus perthnkan perkahwinan ini…atau membiarkan suami sy bhg dgn bini no 1..ikutkan ht sy dah kecewa sgt2..dgn jln yg tlh sy pilih sendiri ini…sy tidak tahu apa yg patut sy buat skrg…
Ogos 21, 2009 at 8:42 am
Kalau tau jadi camni tak nak kita kahwin dengan suami orangkan. Tapi menyesal pun tak guna benda dah jadi. Sabar jelah selagi boleh bersabar. Selama ni kita asyik nak jaga hati isteri pertama dan hati suami jekan? Hati kita? Sape nak jaga? sape nak pujuk? Haaa kita jangan fikir sangat benda yang menyakitkan hati. Lantak isteri pertama nak buat apa. Kita buat cool je. Senang-senangkan hati. Biar isteri pertama nak makan hati ke makan racun ke biar dia. Janji kita jalankan tanggungjawap kita pada suami dan anak2. Kita bina semangat baru, kita jaga solat, banyak mengaji, buat amal untuk hari akhirat. Ingat, suami ni pinjaman je, taat pada suami untuk ke syurga. Dah, mari sama-sama kita kesat air mata tu. Membazir je… lebih baik air mata tu kita simpan untuk kebahagiaan kita
Ogos 28, 2009 at 6:25 am
itulah yg saya cuba praktikkan skrg..sy cuba untuk tabahkan hati kuatkan smgt,tp sy belum mampu lagi…=(
harinih seharian dok kat opis sambil meleleh airmata..
Ogos 28, 2009 at 6:22 am
mama haziq…
saya pernah lalui.isteri pertama mengganggu saya dgn call bertalu2,tp bl saya jwb,dia syp sahaja.sy mengadu pada suami(kebetulan dia outstn) tp suami xckp apa2 sehinggalah Tuhan nak tunjuk sape yg ganggu saya dgn voicemail.dpd voicemail itulah saya tahu isteri pertama tuh yg col(suara budak2 n mak nyer skali,mayb dia xsedar masuk voicemail).bl sy britau suami dia kata dia terlupa no isteri pertama dia sbb isteri pertama slalu tukar no hp.logik ker??2 3 ari lps tuh bl saya dpt col 2 sy tak jwb,ngadu pd suami lg,dia kata mayb isteri pertama or anak2 tertekan no saya.kalau ikutkan hati mmg sy nak col marah jer,tp ntahla.sy xsuka bergaduh…sbb b4 nih suami pernah berubah jd seorg pemarah xtentu hala sbb isterinye bomohkan kami..suami sendri cerita bagaimana dia tahu kami dibomohkan..sayu sgt hati saya dgr..slps kejadian tuh,suami sendri minta sy berjaga2 jika dia berubah minta ditegur..tp bl isteri pertama dia col sy,knp suami bg jawapan sebegitu kpd sy?
September 14, 2009 at 4:47 am
hunny, 3/9/09 hari tu saya diceraikan suami. Raya dah nak dekat sampai hati suami. Sya ada jumpa ustaz katanya suami disihir isteri pertama. patutlah kami asyik bergaduh je. Kesian baby baru masuk setahun. Saya masih sayangkan suami. Sekarang sedang berikhtiar mohon pada Allah agar suami kembali. Ntah la ye.. tuhan je tahu perasaan saya ketika ini. Ibu dan ayah dah tiada. Saya anak tunggal. Nampaknya berhari raya dengan air mata je la saya. Sampai hati suami… setelah saya korbankan segala-galanya ini balasan dia pada saya. Isteri pertama mesti sedang ketawa besar sekarang ni puas hati dia agaknya. Apakah suami bahagia dengan isteri pertama dengan menceraikan saya?
November 6, 2009 at 2:01 pm
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Julai 24, 2009 at 5:18 am
tak perlu dikesali dengan suratan yang telah ditakdirkan ,, saya juga isteri ke 2,, baru sahaj berkahwin ,, suami saya orang berada dan merupakan golongan vip ,, kehidupan kita lebih kurang sama namun satu sahaja yang saya tetapkan dalm hati , saya dreda dan pasrah serta menerima ketentuan tuhan ,, semoga jodoh kami kekal dan ada sinar kebahagiaan dalm hidup saya ,, biar tuhan yang menentukan dimata tempat kita ,, apa yang penting kesabaran yang tinggi perlu ada dalm diri …
Ogos 21, 2009 at 8:59 am
Adik baru kahwin ye, benda baru memang tengah wangi dek. akak mula-mula dulu pun camtu. Sanggup hadapi segala cabaran yang datang. Yakin akan kesabaran diri. Redha dengan takdir diri. Tapi suatu hari nanti bila tiba ujian datang melanda waktu itulah kesabaran tercabar. Semoga adik akan tabah dengan setiap cabaran yang bakal melanda ye. Nanti akan boleh pujuk… hehehe
Julai 25, 2009 at 8:58 am
Samaada kita isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat…itu adalah qada dan qadar. Sebagai isteri kita kena taat kepada suami. Tak guna menjadi isteri pertama tetapi tidak taat kepada suami. Suami perlukan layanan mesra daripada isteri. Bagi suami…semua isteri sama walau pun ia bilangan ke berapa pun
Ogos 4, 2009 at 7:15 pm
sy isteri ketiga. hanya mendpt tahu suami sudah beristeri smasa hr pnikahan hampir tiba. suami menabur pelbagai janji manis yg semuanya masih tdk tertunai hingga skrg. sy dimaki, dihina oleh isteri prtama. tak cukup dgn mghina sy, ibu sy turut mjadi mangsa. sy redha & terima seadanya kehidupan sbagai isteri ketiga. namun apa yg myedihkan, suami rupanya kaki perempuan. 2thn hidup brsama, suami sering btukar2 perempuan. yg trbaru, suami mabuk cinta dgn gadis berusia 23 thn & tlh bzina bkali2. utk kali ini, sy tdk mampu bsabar lagi. hilang hormat pd suami, kami sering bgaduh & sy seolah hilang kawalan diri. sy sering mgambil ubat2an secara blebihan & sering myiksa diri sndiri. semuanya blaku diluar kawalan. suami hanya memujuk supaya tdk bfikir bkn2. kluarga gadis trsebut tdk mgizinkn mereka utk bnikah. sy berasa sgt sedih apabila keluarga gadis trsebut mghina suami dgn kata2 kesat. sy btambah sedih apabila suami ttp brsikap tdk sedar diri. sy minta dilepaskan ttp suami tdk mahu. sy ingin melarikan diri ttpi suami ckp sekali sy mlangkah prgi, jgn kembali lg smpai bila2. sbnarnya sy sgt sygkan suami & tdk snggup brpisah. tp kini, sy bnr2 kecewa dgn tndakan suami brzina dgn gadis trsebut & sering membela gadis tersebut hingga snggup melukakan hati sy..sy cuba utk redha tp tngkah laku suami bnr2 mbuatkan sy tdk dpt menerimanya.
Ogos 4, 2009 at 10:58 pm
Satu soalan yang patut kita tanya ialah mengapa suami berkahwin seorang lagi? Isteri pertama harus men-scan diri sendiri, apakah kelemahan diri sendiri yang menyebabkan suami berkahwin lagi. Antara sebab suami kahwin lagi ialah isteri pertama tidak pandai melayan suami dari segi makan-minum, menjaga pakaianya,layanan sewaktu pergi dan balik kerja serta isteri tidak romantik dan mungkin dan monopos.
Ogos 5, 2009 at 6:56 pm
Kisah Nad (komen no 31) agak menarik hati kepada saya. Pada pendapat saya, suami Nad ini agak teruk orangnya. Dah kawin tiga pun masih melayan perempuan dan berzina… memang teruk. Orang macam ini dah tak nampak ciri sebagai Islam. Memang masuk neraka. Eloklah Nad nasihat kan dia supaya bertobat kerana mati ni boleh terjadi pada bila-bila masa. Jangan fikir seronok sahaja. Nad mampu buat sembahyang hajat supaya bukakan hati suami jangan buat kerja-kerja tekutuk itu. Atau Nad boleh gunakan pengaruh orang-orang yang rapat dengan suami seperti abang atau kawan rapatnya supaya suami insaf dan sayangkan keluarga.
Ogos 20, 2009 at 4:17 am
Saya adalah isteri kedua. Akur dengan situasi diri saya banyak mengalah dalam segala hal walaupun sebenarnya makan hati dan merana. Kebanyakan isteri pertama rasa mereka lebih berhak ke atas suami. Kepada teman-teman yang rasa anda sanggup hidup bermadu fikirlah masak-masak sebelum ambil keputusan. Anda akan selalu menangis dan sakit hati dengan madu mahupun suami. Hubungi saya jika anda perlukan pendapat atau nasihat di 013-7586025
Ogos 20, 2009 at 4:52 am
Blog ini banyak menceritakan hal negatif atau kisah duka menjadi isteri kedua. Tak da ke cerita seronok menjadi iteri kedua. Moga-moga cerita seronok ini dapat mengurangkan kadar anak-anak dara yang belum berkahwin terutama di Kuala Lumpur ini.
Mungkin, isteri kedua mendapat kemewahan dan kebahgiaan hidup tetapi sebaliknya isteri tua pula yang kecewa, makan hati berulam jantung dan menitis air mata…
Ogos 21, 2009 at 8:30 am
Yelah orang selalu cakap isteri kedua tu jahat, isteri kedua perampas, betina jalang dan mcm2 penghinaan lagilah. Sampai rumah yang suami duduk dengan isteri pertama tak bayar nak kena lelong pun isteri kedua tolong selesaikan bukannya nak berterima kasih dikatanya kita ni berlakon nak tunjuk baik. Kita ikhlas membantu demi kasihkan suami tapi kita tetap dipandang hina. Lain kali tak ingin nak bantu lagi lantak doranglah…
Ogos 21, 2009 at 4:18 pm
Puan Mas banyak meluahkan perasaan di sini. Tapi saya tak fikir isteri kedua itu dicop jahat, perampas dan sebagainya…saya agak ramai yang bahagia kahwin dua.
Ogos 22, 2009 at 12:52 am
ye..memang ada yang bahagia walaupun kawin dua..saya ada jumpa blog yang menceritakan kehidupan bermadu, maybe peringkat awal ada kesulitan namun dgn sabar yg tinggi dan mengharap hnya pada Allah (bukan pada suami).InsyaAllah semuanya OK.
Cuma cerita2 bahagia poligami ni jarang kita dapat dengar, sy agak, oleh kerana mereka dah bahagia, so mereka tidak lagi meluah dan mencari penyelesaian di alam cyber, segala masalah diorang selesai sesama sendiri.
teringat kata2 seorang kenalan sy yg hidup bermadu. katanya bila bermadu jangan ada rasa ingin bersaing, sbb setiap individu ada kelebihan masing2.. serlahkan kelebihan untuk buat suami rasa bahagia.
Kalau mengenai pembahagian kasih sayang suami, ada yang bagi contoh kasih sayang ibu/ayah kepada anak2 or cikgu kepada anak2 muridnya.. pasti ibu/ayah/cikgu sayang semua anak.malah tak sanggup kehilangan salah seorang. cuma yang membezakan sejauh mana akhlak dan perangai anak2 itu. yang mana lebih baik mungkin lebih disayangi.tu adalah normal kan..tak mungkin kita dapat nak sama ratakan kasih sayang kalau ada dua individu yg berbeza akhlak. oleh itu, bagi yang ingin dapatkan lebih kasih sayang suami, cuba baiki diri dan tambat hati suami dengan kelebihan yang ada tetapi bukan ingin bersaing dengan madu.. kalau dua2 sama2 baik.. sy yakin suami pun pasti kasih sayang antara keduanya adalah sama banyak.. so adil la kan (kasih sayang dan hubungan kelamin tidak termasuk dalam perkara yang wajib adil)
Ogos 28, 2009 at 6:09 am
salam,
saya selalu cuba utk cari ketenangan di pejabat dengan membaca tulisan2 di sini.
sbb saya juga isteri ke2,baru berkahwin awal thn.sedihnya, kami kerap bergaduh..kepada pembaca budiman bantulah saya..
cukuplah saya katakan, saya dulu punya sejarah hitam sewaktu mengenali suami walaupun saya seorg yg berkelulusan ijazah.mula2 kenal suami,dia dah menceritakan siapa dia(suami org,anak 2).saya cuba jauhkan diri tetapi sifatnyer yg tak mudah mengalah,sgt mengambil berat dan sungguh2 membantu saya untuk berubah ke arah kehidupan yg lbh baik membuatkan saya berubah hati sehinggalah kami kawin.kami kawin di sempadan dan sampai kini keluarga saya masih tidak mengetahui.hanya keluarga suami tahu mngenai kami dan mereka terima seadanya.
saya tak pernah berjumpa dgn isteri pertama, tetapi sepanjang perkahwinan,kami pernah dibomohkan oleh isterinya sendri.yg plg sedih,stelah suami tersedar dia menjadi seorg pemarah dan dah puas maki,hamun,terajang saya baru dia tahu kami dibomohkan.walaupun isteri pertama dipukul,suami tetap menghantarnya ke hospital untuk rawatan,keluarga suami juga menjenguknya dan terus mengambil isteri pertama pulang ke kampung halaman suami supaya mereka dapat jaga.tetapi tidak ada seorg pon yg ambil tahu hal saya!!…pilu sgt hati nih.adakah sbb saya bekerja,ada kenderaan sendri,skt lelah saya tanggung sendri?sedangkan isteri pertamnya hanya surirumah semata2!!..saya tabahkan hati untuk bersabar.
pagi td kami bergaduh lagi…plg saya tidak tahan bl kami bergaduh,suami akan ungkit sejarah hitam saya sedangkan saya dah berubah sepenuhnya!!sdgkan suami semasa kawan dgn saya berperangai “makan luar”.suami sendri berkata saya perampas suami org,membebankan dia!betapa luluh hati mendengar bl suami sendri berkata begitu kpd saya.dia sering membanding2kan saya dgn isteri pertamanya bl marah.bl hatinya sejuk sedikit suami akan minta maaf dgn alasan masa marah,xblh kawal.blhkah sy terima alasan tersebut??tp sy slalu kuatkan hati untuk terima alasan tersebut…
saya pernah berkata untuk mengundur diri,saya tak akan berdendam dengannya.biarlah dia teruskan bahagia dgn isteri dan anak2nye.tetapi suami akan bls dgn maki hamun mengatakan saya tak sedar diuntung & takkan lepaskan saya.apa yg blh saya kata,masa baik,suami sgt baik,tetapi masa marah,dia akan maki,hamun sepuasnye.kdg2 saya dipukul.
saya cuma berharap untuk diterima seadanya tanpa rasa sekelumit untuk mengungkit sejarah hitam saya sbb saya sedar diri saya yg sebenar.adakah ini balasan atas sejarah hitam saya dl,saya menjadi isteri ke2 dan mendapat suami seorg pengungkit?saya buntu…apa yg saya blh buat,hanya menangisi nasib diri.kdg2,saya hampir putus asa dlm hidup.walau berkerjaya tetap,hati sy kosong,sayu,pilu.lbh2 lagi teringatkan segala kata2 nista suami…
September 4, 2009 at 10:17 am
salam..saya telah berkali2 dilamar untuk menjadi isteri kedua.saya masih muda, berkerjaya dan berpendidikan.hubungan hanya bermula atas urusan kerja antara staff dgn majikan.baiasalh..lelaki beristeri yang sudah banyak pengalamannya membuatkan hati saya redha dengan ketentuan Allah.memanglah pada mulanya saya anggap segalanya mustahil dan jauh dari takdir hidup saya.Namun setelah itu,saya akui bahawa cinta itu satu nikmat dan hadiah dariNya..saya hadir setelah dia menghadapi masalah keretakan dalam rumahtangga.bermula hanya dengan mendengar luahan, timbul rasa simpati.wujud keserasian di situ.hampir 2 thn ikatan cinta terjalin secara rahsia.walau bagaimanapun..apa yang membuat saya rasa jauh hati..dia merancang satu perkahwinan secara rahsia bersama saya.tapi prinsip saya,tidak akan mengambil hak orang lain tanpa meminta izin..dari situ lah saya sudah mula berkira2.akan bahagiakah saya nanti?saya mahukan rumahtangga yang diredhai dan dikemudi oleh seorang suami yang soleh dan bertanggungjawab.sehingga kini biarlah takdir yang menentukan.usia sy masih muda dan perjalanan masih jauh..kepada wanita di luar sana,fikirlah jauh ke depan sebelum membuat sebarang keputusan..kita nak bahagia selama-lamanya.bukan nak bahagia sekejap-sekejap..
September 5, 2009 at 10:58 pm
ramai org bercakap pasal hukum..
ramai org bercakap pasal ketentuan Allah..
ramai org bercakap pasal ada hikmah disebalik ketentuan Allah..
kalau betul cakap pasal semua ini.. dan paham apa itu hukum.. sebenarnya.. anda (org islam) dh wajib berperang dipalestin.. memerangi org kafir yg menzalimi org2 islam.. bukannya bertekak disini..
back to topic-
Tahutak sahabat2 sekalian…
berjuta2.. berbilion2 dan tak terbilang hikmah2 yang Allah berikan kepada hambaNya..
islam ada penyelesaian mengenai poligami ini..
wanita selalu lemah didalam melayan perasaan dan daya penaakulannya.. semua ini bermula pada diri sendiri.. so pikir2 lah baik2..
Allah dh letakkan ‘takdir’ di keempat2 kerat tulang kita… jgn pikirkan pasal takdir jika usaha, doa dan tawakal belum sampai ditahap 99%… jika semua itu dilakukan.. terjadi jugak perkara itu (yg org selalu katakan ‘takdir.’).. maka 1% itu barulah boleh dikatakan sebagai takdir..
Allah maha penyayang dan maha bijaksana.. so sentiasalah berusaha mencari kebaikkan dan tingkatkan keimanan.. sekiranya hubungan dgn Allah berjalan lancar.. xde ape perkara dalam dunia ni leh merunsingkan hati kita…
p/s – kpd lelaki.. sepatutnya nk berpoligami tu carilah mak janda, perempuan2 susah yang memerlukan pertolngan, andartu, dan perempuan2 yang lebih afdal dijadikan isteri kedua.. INI TIDAK.. cari anak dara yg muda, cantik, dsb… apakah ini berkaitan dgn tamak?? atau nafsu semata2??? bersama2 lah pikirkan…
November 6, 2009 at 1:50 pm
BETUL…BETUL…BETUL…(1000 x ) SAYA SOKONG AWAK….
Sebetulnya, dunia akan aman kiranya manusia bertindak tanpa berlandaskan HAWA NAFSU…
September 8, 2009 at 4:32 am
Salam..
Saya terlibat dalam situasi yg tak pernah saya impikan…terjebak dlm hbgn cinta dgn suami org..sedangkan itulah perkara yg paling sy tak boleh terima sebelum ni..sy ada berjumpe dgn isterinya tanpa kehadiran dia..dan dia sendiri tahu tentang pertemuan kami..kami berbincang hati ke hati..kami sama-sama menangis…saya menangis sbb sy telahpun melukai hati seorg isteri… sy cube mengelak n cuba utk tidak meneruskan…tp sy tak cukup kuat…. apa yg perlu saya lakukan?
September 9, 2009 at 12:25 am
teratai,
bagaimana respon dari si isteri? adakah dia marah dengan teratai?.. mungkin ada baiknya teratai bincang dengn si isteri tu, mungkin akn ada penyelesaian yang baik. sebelum tu, adakah si suami mampu utk adil? pegangan agama mcm mn? sbb bila dia menjaga agama dengan baik, insyaAllah, segalanya akn menjadi mudah.
pada pendapat sy, jika teratai mampu berdepan dengan si isteri, itu menunjukkan teratai benar ikhlas dan tak berniat utk merampas, cuma utk menumpang kasih, berkongsi kasih. mungkin si isteri boleh menerima, yang penting teratai selalu berhubung dengan si isteri, bkn selalu dengn si suami itu. supaya si isteri akan lebih merasakan perasaan dia, teratai ambil berat dan cuba tnya si isteri, jika dia berada di tempat tratai, apa yg dia akan lakukan…
kalau si isteri dapat menerima teratai dengan baik, si suami blh berlaku adil, tiada salahnya poligami.
Cuma yg sy nk tekankan, teratai perlu dahulukan si isteri dari si suami, berbaik dengan si isteri lebh utama, bila si isteri blh terima. InsyaAllah segalanya mudah. dan yang penting jgn ada niat utk saling bersaing, tapi hanya untuk sama2 menjalankan tanggungjwb sebagai isteri terhadap suami.
September 9, 2009 at 3:11 am
Salam.
Terima kasih Suria.
Bt masa skrg, si isteri berterus terang dgn saya, dia blm mampu bg keizinan. Dia sgt baik, tak marah2 kan saya wpun dia tahu hubungan saya dgn suami dier dah serius..suami dia sndiri dah penah minta izin utk kawen dgn saya.Tp sy faham, perempuan mana yg senang bg keizinan utk suami kawen lg?
Mcm mane sy nak berbaik dgn si siteri? Bukankah nnt dia akan rasa sy berbaik dgn dier sbb saya nk bersama dgn suami dia? Dlm context ni, saya terasa jahatnya saya, selfish nya saya…tp sy tak mmpu menolak perasaan syg tu… Si isteri tu sendiri ckp pada saya, fikir ape yg terbaik untuk diri saya.. Dia kata, jika kebahagiaan saya akan melibatkan dia, dia terpaksa akur… Tp saya tak tahu smpai bile kami boleh bercakap secara diplomasi mcm ni. Sy takut satu hari, dia tak dpt lagi bercakap secara baik dgn saya…sy betul2 tak tahu ape patut saya lakukan…
September 14, 2009 at 5:09 am
buat teratai biru, jangan sampai kau layu di tasek madu
September 14, 2009 at 5:06 am
teratai, lupakan niat awak nak berkahwin dengan suami orang. Cinta boleh datang dan pergi. Sebelum terjadi lupakan dia. Masih ada lelaki lain yang akan datang menghulur salam dan cintanya pada awak. Jangan seksa diri nanti awak yang merana. Belum kahwin semuanya indah. Awak sanggup berkorban demi cinta awak padanyakan. Seperti saya… tapi lelaki zaman sekarang ni tak reti nak cakap lah. Poyo! Belum kahwin berjanji akan berlaku adil konon. Cakap banyak pun tak guna. Lainlah yang pinang awak tu ustaz ke, wak dipinang oleh isteri pertama sendiri. Kalau setakat lelaki2 biasa ni jangan haraplah ye. Kau tumpukan perhatian pada kerjaya kau, keluarga kau, kumpul duit untuk masa depan kau. Mohon pada Allah agar diberi kau jodoh yang terbaik tapi bukan suami orang. Bukan apa, kau ok tapi yelah manusiakan takut timbul dendam dihati isteri pertama mulalah guna ilmu hitam. Sape susah, kau juga yang susah. Fikir baik2 ye. Salam dari akak
Oktober 2, 2009 at 1:42 am
Saya pernah jatuh cinta dengan suami orang. Dia baik dan layan saya seperti puteri. Tapi lepas kahwin saya baru tahu dia juga sangat bahagia dengan isteri pertama. Dia sangat sayang isteri pertama. Ketika dia bersama saya pun dia boleh teringat isteri pertama. Tapi tidak pula dia ingatkan saya bila bersama isteri pertama. Akhirnya, saya dah tak tahan, saya suruh dia buat pilihan saya atau isteri pertama. Akhirnya dia ceraikan saya kerana tak sanggup berpisah dengan isteri pertama..
Oktober 3, 2009 at 3:15 am
Salam..
Ngeri pulak sy dengar berita mcm ni… Sy boleh nmpk kebahagiaan rumahtangga mereka.. Tp sy tak faham kenapa dia masih ingin menjadikan sy sebagai isteri.. tp bile baca comments kat sini, yg rata2nya pengalaman buruk, sy jadi gusar.. Sy tak boleh membuat keputusan… Brpe tahun mimi berkahwin dgn dia?
Oktober 2, 2009 at 1:33 pm
Mana puan tahu yang suami tidak ingatkan puan semasa suami bersama dengan isteri pertama? Takkan suami kata tak ingat…lurus bendul namanya suami tu. Patutlah puan bercerai dengannya…suami tak gentlement.
Oktober 24, 2009 at 10:50 am
dunia tempat persinggahan..
perbincangan dlm ni seolah2 nak idup setakat dunia je.
siapa kita?
kita hamba Allah bukan pemilik bumi n dunia ini..
jodoh,ajal,maut sumer di tangan Dia..
dia pasti buat yang terbaik buat hambanya.
yang jdi tk bahagia,tk senang,makan hati,berendam air mata sbb mata sbb 1 je..REDHA
kita must redha baru dpt pahala setiap pengorbanan kita..
kalo kita asyik mengeluh,pahala tk dpt..sakit hati yg dapat..
kepada wanita2 sekalian,tanamkan iman
dan mintalah kekuatan dari Allah..
jika suami tk jalan tjwab..mintak la cerai
kerana hukum cerai itu terbahagi kepada 5
to be continued…
November 4, 2009 at 4:55 am
Saya seorang suami yg telah dikhianati isteri saya sejak bertahun2. Sudah mengenalinya semenjak 22thn lalu dan telah berkahwin dgnnya selama 18 tahun dan mempunyai 4 anak perempuan berumur dari 4 tahun – 15 tahun.
Kami berdua bekerja pekerjaan yg agak memuaskan. Syukur Alhamdulillah setakat ini rezeki kami murah. Sejak awal perkahwinan saya telah mengajak isteri & anak2 saya ke arah ugama.
Memendekkan cerita, isteri saya rasa saya mengongkongnya selama ini, lalu menjalin perhubungan dengan suami orang semenjak 5 tahun lalu. berbagai2 alasan diberikan yg bila diteliti, tidak dapat dijelaskan olehnya supaya saya memperbaikinya. berkali2 saya suruh dia berhenti dan berkali2 dia berjanji. tapi dalam senyap2 dia berterusan berhubung dgn lelaki tersebut. Makan pakai saya dan anak2 diabaikan oleh nya sejak bertahun2, dan kami mengharap org gaji saya utk menyediakan segalanya. Saya buntu. Terfikir juga untuk mencari pengganti sebagai isteri kedua untuk saya & utk kebajikan anak2 saya.
November 6, 2009 at 1:38 pm
Aku tak kisah apa orang lain nak komen. Tapi, inilah ‘benda’ yang aku pegang selama ini.
Bagi aku, sesuatu perhubungan yang berlandaskan hawa nafsu itu yang tidak betul. Baik orang perempuan, baik orang lelaki. Orang perempuan yang terlibat dengan suami orang sering mengatakan bahawa ini semua adalah takdir tuhan, tidak pernah terfikir atau terlintas nak bercinta dengan suami orang, nak berkongsi kasih bla-bla-bla….nonsence….!!!!! Tak tahukah mereka, bahawa mereka adalah individu yang amat-amat selfish!!!. Buktinya, sanggup melukakan hati insan sejenis + anak-anak (kalau ada) yang tidak berdosa. Hanya memikirkan hati perut mereka sahaja!!!. Dan, aku pasti, bila ada isteri kedua yang baca kenyataan aku ni, mesti diorang kata, aku ni hanya pandai kata aja…aku tak kena…tapi fikirlah..bila mita ni terlibat dengan suami orang, berapa banyak hati yang terluka akibat dari perbuatan kita.
Bagi orang lelaki pula, ‘tamak kasih sayang’..itu yang istilah yang amat sesuai untuk menerangkan tentang tindak tanduk mereka. Yang sana nak, yang sini pun nak…semuanya kerana apa…NAFSU…Isteri sedia ada tidak mencukupi…nak tambah dua, tiga dan empat…tapi tak sedarkah mereka, bila buka ‘cawangan’ bermakna tambah tanggungjawab…persoalannya, boleh ke pikul tanggung jawab tu. Tak takut ke isteri dan juga isteri-isteri serta anak-anak mempersoalkan kita di akhirat nanti… kalau semuanya beres tak apa…kalau tak…???? CAMANE????
Jadi, apa yang sebenarnya aku nak kata, jangan letak NAFSU di depan bila ambil keputusan nak terlibat dengan suami orang (bagi perempuan) dan nak tambah cawangan (bagi lelaki)
Rasullulah adalah sebaik-baik contoh…mengamalkan poligami tanpa berlandaskan nafsu..tengoklah sahaja dengan siapa Baginda…..
November 6, 2009 at 1:38 pm
Aku tak kisah apa orang lain nak komen. Tapi, inilah ‘benda’ yang aku pegang selama ini.
Bagi aku, sesuatu perhubungan yang berlandaskan hawa nafsu itu yang tidak betul. Baik orang perempuan, baik orang lelaki. Orang perempuan yang terlibat dengan suami orang sering mengatakan bahawa ini semua adalah takdir tuhan, tidak pernah terfikir atau terlintas nak bercinta dengan suami orang, nak berkongsi kasih bla-bla-bla….nonsence….!!!!! Tak tahukah mereka, bahawa mereka adalah individu yang amat-amat selfish!!!. Buktinya, sanggup melukakan hati insan sejenis + anak-anak (kalau ada) yang tidak berdosa. Hanya memikirkan hati perut mereka sahaja!!!. Dan, aku pasti, bila ada isteri kedua yang baca kenyataan aku ni, mesti diorang kata, aku ni hanya pandai kata aja…aku tak kena…tapi fikirlah..bila mita ni terlibat dengan suami orang, berapa banyak hati yang terluka akibat dari perbuatan kita.
Bagi orang lelaki pula, ‘tamak kasih sayang’..itu yang istilah yang amat sesuai untuk menerangkan tentang tindak tanduk mereka. Yang sana nak, yang sini pun nak…semuanya kerana apa…NAFSU…Isteri sedia ada tidak mencukupi…nak tambah dua, tiga dan empat…tapi tak sedarkah mereka, bila buka ‘cawangan’ bermakna tambah tanggungjawab…persoalannya, boleh ke pikul tanggung jawab tu. Tak takut ke isteri dan juga isteri-isteri serta anak-anak mempersoalkan kita di akhirat nanti… kalau semuanya beres tak apa…kalau tak…???? CAMANE????
Jadi, apa yang sebenarnya aku nak kata, jangan letak NAFSU di depan bila ambil keputusan nak terlibat dengan suami orang (bagi perempuan) dan nak tambah cawangan (bagi lelaki)
Rasullulah adalah sebaik-baik contoh…mengamalkan poligami tanpa berlandaskan nafsu..tengoklah sahaja dengan siapa Baginda nikah….
November 7, 2009 at 1:57 pm
Salam semua muslimin dan muslimah yang berada di ruangan forum ini..
Di sini..saya ingin menceritakan dan berkongsi perasaan saya sebagai bakal isteri kedua, insyaAllah..Saya mula mengenali suami orang ini ketika saya sedang bekerja sementara di sebuah agensi kerajaan. Bila saya dan dia sama2 mengimbas balik kisah pertemuan tu, ternyata ianya adalah cinta pandang pertama antara kedua-dua belah pihak, iaitu saya dan dirinya sendiri. Kebetulan pada masa itu, saya sedang mengalami situasi dingin dan bagai retak menanti belah dengan teman lelaki sy. Ternyata kehadiran suami org ini berjaya membuatkan saya melupakan teman lelaki saya sepenuhnya.
Kami menjalinkan hubungan istimewa selama 5 bulan. Namun apa yg dapat saya nyatakan di sini, dalam tempoh 5 bulan ini, kami dapat mengenali hati budi masing2. Tentu agak pelik dan tidak logik bagi sesiapa yang mendengar kenyataan ini, tapi itulah hakikatnya. Suami org ini tidak pernah mengutuk atau menyatakan perkara2 buruk mengenai isterinya. Pada mulanya, saya memang merasa cemburu bila mendengar dia bercerita mengenai isterinya, tapi lama-kelamaan hati saya wujud perasaan kasih dan sayang pada isterinya. Suami orang ini turut mempunyai anak yang ketika ini sudah berusia 10 bulan. Hakikatnya, perasaan kasih dan sayang yg ada dalam hati saya ini bukan hanya wujud untuk suami ini, malah saya teramat sayangkan isteri dan anaknya. Sayang sangat2 dan saya tak tau nak gambarkan sayang dan kasih saya mcm mana..
Kami menjalinkan hubungan seperti biasa. Pada mulanya kami memang merancang utk berkahwin, tetapi memandangkan saya masih belajar, saya minta dia untuk meneruskan niat dia selepas saya habis belajar. Dia memahami situasi saya. Tapi kata orang..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hinggalah pada suatu hari, isterinya mendapat tahu mengenai perhubungan kami berdua. Rumah tangga mereka bergoyang tapi tidaklah sampai hendak bercerai. Saya merasa serba salah sangat dalam situasi ini. Tapi si suami ini acapkali mengatakan yang sebenarnya semua ini bukan salah saya. Semuanya berpunca dari dia. Dia tidak mengizinkan saya untuk menyalahkan diri atas apa yg telah berlaku.
Kami telah merujuk pada seorang ustad. Ustad tersebut meminta kami membuat solat tahajud, istikharah dan hajat untuk 3 malam berturut2 bagi diberi petunjuk. Malam pertama dan kedua saya lakukan, saya tak dapat apa2 petunjuk langsung melainkan hati saya kuat mengatakan saya tetap akan bersama dengan dia. Malam terakhir saya betul2 memohon pada Allah agar diberi petunjuk yang sebenar-benarnya. Andai dialah jodoh saya, saya minta Allah hadirkan dia dalam mimpi saya. Alhamdulilah, memang dia yg wujud dalam mimpi saya malam terakhir tersebut. Saya nampak dengan jelas bayangan wajahnya, bentuk tubuhnya dan sentuhannya..
Masalah yang saya hadapi sekarang ni adalah dari belah isterinya. Saya sangat memahami hatinya yang tidak boleh berkongsi suami dengan perempuan lain. Tapi apakan daya..suaminya dan saya memang tidak boleh berpisah. Sudah banyak kali si suami ckp pada isterinya yang dia tidak ada apa2 hubungan dengan saya lagi, tapi hakikatnya, hati kami berdua pedih sangat2 bila lafazkan kata2 itu. Si suami dan saya bercadang untuk terus menyembunyikan dahulu perkara sebenar setelah tertangkap hari tu, tapi mungkin Allah nak tunjuk yang kami tidak boleh berterusan begini, kami tertangkap buat kali yang kedua.
Semalam, saya sendiri telah berjumpa dengan isterinya depan2 mata. Terus terang saya katakan saya tak sampai hati melihat isterinya berkeadaan begitu dengan tak habis2 melafazkan meminta saya melupakan suaminya demi anak kecilnya. Saya taktau nak buat mcm mana melainkan terpaksa berbohong lagi. Namun, hati saya sangat pedih untuk menyatakan yang saya tidak ada hati dan tidak cintakan lagi suaminya. Saya sayangkan keluarganya..memang saya nak bersama dengan suaminya, tapi saya taknak ada penceraian berlaku antara mereka.
Si suami selalu berkata yang dia mempunyai dua hati. Walaupun saya wujud dalam hidupnya, dia masih sayangkan isteri dan anaknya. Saya sangat memahami hatinya dan rela berkongsi dengan isterinya. Tapi isterinya betul2 tak dpt menerima saya. Dia mengatakan dia geli untuk disentuh suaminya jika kami berkahwin. Pedih sangat hati saya bila dia bercakap mcm tu. Bila dia berkata saya betina jalang, pelacur, perempuan murahan dan pelbagai kata keji lain dilepmparkan pada saya, terus terang saya katakan, dengan ikhlas hati saya katakan, tak wujud sikit pun perasaan maraha atau benci pada isterinya sebab hati saya memang sayangkan isterinya. Saya dah anggap dia sebagai kakak dalam hidup saya..
Saya tau jika saya teruskan hubungan dengan suaminya, hidup kami tidak akan bahagia. Tentangan dari family suaminya, family isterinya dan family saya sendiri sudah pasti akan saya terima. Takde sorang pun yg boleh saya jadikan tempat mengadu sebab tiada siapa yang tahu saya bercinta dengan seorang suami orang. Isterinya sudah berkata andai suaminya memilih saya, dia suruh suaminya ceraikan dirinya dan dia dah bersumpah akan buat apa saja untuk pastikan kami berdua tidak bahagia. Saya benar-benar buntu sekarang ni. Apa pun, yang pasti, hati suami itu sendiri dan diri saya sendiri tidak boleh berpisah dan melepaskan diri masing2. Saya masih boleh bertahan sehingga sekarang semuanya kerana mimpi yang Allah datangkan pada saya pada malam itu. Setiap kali selesai solat, saya minta ditenangkan hati dan seolah-olah ada satu suara berbisik yang keajaiban akan berlaku…
Saya taktau apa akan jadi pada diri kami berdua sekarang. Bila si isteri buat begitu pada suami, si suami berkata pada saya yang hatinya dah tawar utk si isteri. Saya minta dia lupakan apa yg si isteri telah buat dan tanam balik cinta untuk si isterinya sebab saya betul2 taknak penceraian berlaku. Alhamdulillah, keadaan masih stabil sehingga ke hari ini. Si suami beritahu pada saya yg jika saya dah habis belajar, memang dia akan teruskan niat utk berkahwin tu, cuma sekarang ni saya masih belajar dan dia minta saya habiskan pengajian saya dulu..
Saya berkongsi pengalaman ini dengan anda semua kerana saya tahu dan saya yakin menjadi isteri kedua memang tidak salah. Cuma, kekuatan mental, fizikal dan rohani perlu ada untuk menempuh semua dugaan yang bakal mendatang. Untuk diri saya sendiri, sampai sekarang saya masih boleh bertahan dengan ujian ini cuma saya tak pasti hari2 esoknya bagaimana….