Dari Hawa Ke Hawa

Mei 20, 2008

bagaimana mendapat solat yang khusyuk

Filed under: Uncategorized — intanrohaida @ 12:26 am

Sembahyang adalah satu bentuk penghambaan seorang insan kepada Tuhannya di mana di dalamnya terdapat doa-doa dan pujian yang menghubungkan secara langsung hamba dengan Allah.


Sembahyang yang didirikan lima kali sehari cukup berfungsi sebagai tali pengikat insan yang lemah untuk sentiasa mengingati Allah, tetapi itu bukan bererti ketika sembahyang saja kita ingat kepada-Nya dan selepas itu kembali lalai.

Bahkan sembahyang yang betul dan berkesan dapat mempengaruhi peribadi seseorang sehingga dia merasai pengawasan Allah pada seluruh ruang dan waktu dalam kehidupannya.

Masalahnya, bukan sedikit orang Islam yang masih kabur mengenai makna dan hakikat sembahyang, apatah bagi kita yang buta dengan bahasa yang digunakan dalam sembahyang.

Ini menyebabkan kenikmatan ibadat itu tidak dapat dirasai dengan sempurna dan ada juga yang berputus asa setelah sekian lama belajar, masih belum mendapatkan kepuasan sembahyang diimpikan.

Dinasihatkan kepada mereka, jangan patah semangat untuk terus belajar dan jangan dihiraukan was-was syaitan yang menjejaskan proses ibadat yang paling agung ini.

Orang yang berilmu tinggi pun tidak terlepas daripada masalah kelalaian dalam sembahyangnya dan untuk itu ulangkaji dalam menuntut ilmu adalah penting sebagai penyegar kualiti ibadat seseorang.

Marilah kita ingatkan diri bersama mengenai cara mendapatkan khusyuk dalam sembahyang kerana ada beberapa faktor penting untuk mendapatkan sembahyang yang khusyuk, antaranya:

  • Bersedia ketika wuduk

    Dalam kitab Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayat), Imam al-Ghazali mengajarkan kita doa khusus ketika mengambil wuduk.

    Tidak mengapa jika anda tidak mengamalkan doa-doa yang memang cukup panjang itu, tetapi pada hakikatnya beliau mengajak kita untuk menyelami falsafah wuduk yang dilakukan.

    Bermula dengan membasuh muka, hendaklah kita ingat ayat Allah yang bermaksud: �Pada hari yang wajah mereka ada yang putih berseri dan ada pula yang hitam muram.� (Surah al-Baqarah Ayat 106).

    Semasa itu kita meminta kepada Allah agar diputihkan muka kerana cahaya sembahyang.

    Kemudian membasuh kedua tangan hingga ke siku, doa yang dianjurkan ialah, “Ya Allah berikanlah buku catatan amalanku dari sebelah kanan.” Disambung dengan tertib wuduk yang ketiga iaitu membasuh kepala. Bacalah doa: “Aku memohon naungan-Mu ya Rabbi pada hari yang tiada naungan selain naungan-Mu.”

    Yang terakhir adalah membasuh kaki hingga ke buku lali, bacaannya adalah: “Ya Allah mudahkan aku menyeberangi titian sirat nanti.”

    Dalam makna doa-doa yang dibaca itu, ia mengingatkan kita kepada hari akhirat.

    Jika dihayati bacaannya, akan lahir perasaan takut kepada Allah yang menyumbang kepada suasana hati yang khusyuk sebelum memulakan sembahyang.

  • Memahami makna bacaan

    Mereka yang faham bahasa Arab tidaklah susah untuk mendalami makna ayat dan ini akan membawa kepada suatu penghayatan yang kuat.

    Tetapi sebaliknya, mereka yang sama sekali buta huruf Arab perlukan usaha berterusan dalam menghafal ayat yang terpenting dari semua susunan ayat.

    Contohnya, memilih ayat yang paling memberi kesan di hati seperti Inna shalati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati lillahi rabbil ‘alamin. (Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidup dan matiku adalah milik Allah Tuhan semesta alam)

    Tiada satu pun menjadi hak milik kekal, semuanya adalah pinjaman Allah. Oleh itu, berserah diri di hadapan-Nya serta bergantung sepenuhnya kepada Allah atas segala qada dan qadar-Nya.

    Kemudian bacaan surah al-Fatihah, yang mengandungi puji-pujian kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang.

    Penghayatan yang baik ketika melafazkan satu persatu ayat membuka cakerawala minda seorang hamba langsung kepada Allah dan tiada orang tengah antara kita dengan Rabbul Alamin.

    Kemudian dilanjutkan dengan bacaan rukuk, iktidal dan sujud penuh tasbih dan pujian kepada Allah dan ingatlah simbol gerakan itu menunjukkan bahawa kita reda berserah kepada qada dan qadar-Nya.

    Ketika duduk di antara dua sujud bacalah doanya: Rabbighfirli, warhamni … (Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikanlah darjatku, berikanlah aku rezeki, tunjukilah aku, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku). Elok dihafalkan bacaan tersebut dengan maknanya sekali.

  • Tepis dunia seketika

    Apabila sejadah telah dibentangkan dan kedua kaki tegak berdiri di atasnya, jangan biarkan dunia masuk ke dalam benteng hati.

    Kunci segala pintu yang memanjangkan angan-angan dunia dan tipu dayanya, kosongkan hati hanya untuk pertemuan dengan Allah.

    Konsep ihsan amat diperlukan pada saat ini iaitu “beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak mampu melihat-Nya sesungguhnya Ia melihatmu.”

    Bagi orang yang sentiasa sibuk dengan urusan dunia, sembahyang adalah terapi yang paling baik untuk meredakan tekanan dan emosi.

    Gerakannya yang lembut dan teratur disertai dengan tarikan nafas antara ayat-ayat yang dibaca mampu menciptakan suasana hening syahdu.

    Saat ini seperti senaman yoga yang menggunakan cara meditasi, mandi bunga dan aroma terapi untuk melepas dan meredakan tekanan.

    Sebaliknya, sembahyang menggunakan zikir sebagai bentuk meditasi terunggul sejak berzaman kerana sebagaimana disunnahkan Rasulullah, sebelum sembahyang perlu membersihkan diri dan memakai wangian.

    Khusyuk hanya dirasakan oleh mereka yang menjaga kebersihan dan keharuman tubuh badan dan pakaian serta tempat solat.

    Cara meninggalkan kesibukan dunia ketika menghadap Allah iaitu dengan memikirkan dan menghayati hari akhirat.

    Berdiri di hadapan Allah ketika solat umpama berdiri di hadapan-Nya ketika hari dihisabkan semua amalan akan ditimbang dan kita menunggu nasib diri yang penuh penyesalan.

    Mengingati saat menyeberangi titian sirat, adakah kaki akan berdiri tegak seperti tegaknya dalam sembahyang? Sujud dan rukuk mencerminkan ketakutan dan pengharapan kepada keputusan Allah atas diri kita.

    Adakah kita akan ditempatkan di syurga atau di neraka? Kepenatan berdiri ketika solat mengingatkan kita pada saat berkumpul di padang mahsyar, sabar dengan ujian di dunia lebih baik daripada seksaan di akhirat.

    Jika pemikiran difokuskan kepada hukuman di akhirat, nescaya tidak ada peluang bagi dunia duduk di tengah ibadat sembahyang kita.

  • Sembahyang yang terakhir

    Kekuatan penghayatan solat dapat disempurnakan dengan sentiasa ingat kepada mati, azab dan nikmat kubur terbayang di mata manakala malaikat maut seakan-akan berada di belakang kita.

    Jika solat yang dilakukan sekarang adalah yang terakhir, sudah semestinya kita tidak akan melepaskan peluang ini untuk melakukannya dengan sebaik-baiknya.

    Anggaplah setiap kali solat adalah yang terakhir dalam hidup kita dan alangkah bertuahnya orang yang berakhir nafasnya ketika sujud kepada Allah.

    Kesungguhan menundukkan hati kepada Allah akan membuahkan kemanisan beribadat, ditambah dengan ganjaran kaffarah dosa-dosa setiap kali solat.

    Ibadat dalam Islam amat mudah, bahkan ia mengajar kita bersikap optimis kerana bagi sesiapa yang berusaha, Allah akan mengampuni dan melenyapkan kesedihan mereka kerana dosa pada masa lalu.
    —————————-
    Jadi jangan berputus asa untuk berjuang menegakkan solat dengan sempurna.

  • hidup berilmu, ceria selalu
  • About these ads

    4 Komen »

    1. subhanallah

      Komen oleh sarif hidayatullah — Jun 24, 2010 @ 6:50 pm | Balas

    2. syukran,,,ia telah menambah knowledge saya mengenai cara utk khusyuk dalam solat…so…marilah kita sama2 mengamalkannya…insyaALLAH..TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU INI.. :D

      Komen oleh AIN ZUBAIDAH — November 20, 2010 @ 12:08 am | Balas

    3. Alhamdulillah,,,,, Syukron Katsiron

      Komen oleh Laily — April 30, 2014 @ 1:58 pm | Balas

    4. Penyakit “was-was” / ragu itu memang saaaangat menyebalkan, sering mengganggu hati kita, terutama jika ingin khusyuk dalam beribadah. Mudah2an dengan tausiah tersebut, kita dapat menata hati kita supaya lebih tunduk di hadapan Allah, beribadah dengan penuh harapan kepada Allah SWT. AMIN YA ALLAH….ROBBAL ‘ALAMIN.

      Komen oleh Laily — April 30, 2014 @ 2:09 pm | Balas


    Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 224 other followers

    %d bloggers like this: