Dari Hawa Ke Hawa

April 5, 2008

senyum – penenang jiwa

Filed under: senyum sokmo — intanrohaida @ 1:09 am

wajah yang berseri , bersinar dengan nur dan ceria selalu. ditambah pula dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. alangkah indahnya kehidupan andai diri dikelilingi dengan orang yang mudah tersenyum. sebaik berjumpa sahaja pasangan , senyuman yang menyeri bibir, kemanisan yang menghiasi wajah, hati lantas turut tersenyum riang, jiwa rasa berbunga-bunga. hidup terasa amat bermakna. hanya dengan sekuntum senyuman.

senyuman:

1. MENARIK REZEKI; PEPATAH CINA ADA MENGATAKAN; A MAN WITHOUT A SMILE CANNOT OPEN A SHOP.

2. MENARIK SAHABAT , RAKAN DAN TAULAN. RAMAI ORANG SUKAKAN ORANG YANG MUDAH TERSENYUM DAN SABAR. MURAH SENYUMAN BUKAN SAHAJA MEMBUATKAN SESEORANG MURAH REZEKI TETAPI JUGA MURAH KENALAN.

3. PENYEJUK HATI. ANDAI ORANG SEDANG MARAHPUN BOLEH TEWAS . ISTERI YANG BANYAK TERSENYUM DAN MEMBUATKAN SUAMINYA TERHIBUR DENGAN SENYUMAN DAN KATA-KATA YANG MANIS DAN LEMBUT DARIPADA MULUTNYA ADALAH ISTERI YANG SOLEHAH KERANA KATA NABI, SALAH SATU CIRI ISTERI SOLEHAH ITU, APABILA DIPANDANG WAJAHNYA, HATI MENJADI SEJUK DAN TENANG. WAJAH MANA LAGI YANG MENENANGKAN MELAINKAN WAJAH ORANG YANG SENTIASA TERSENYUM DAN LEMBUT BUDI BICARANYA?

4. HATI IKHLAS. TERSENYUM SELALU MENDIDIK HATI MENJADI IKHLAS. IKHLAS PULA MEMBUATKAN SESEORANG SENTIASA BERSYUKUR BAIK YANG DATANG UJIAN MAHUPUN NIKMAT. LALU HATI MENJADI REDHA. UJIAN AKHIRNYA TURUT DINIKMATI SEBAGAI SALAH SATU NIKMAT KERANA UJIAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA ERTI SABAR, SABAR PULA SANGAT MANIS ANDAI KITA MAMPU MEMPRAKTIKKANNYA TERUTAMA TATKALA HATI SEDANG MEMBARA MARAH.

cubalah senyum selalu. bukan hati orang yang melihat sahaja berbunga riang, hati orang yang tersenyum juga rasa damai kerana senyuman mengeluarkan rembesan hormon dan menstimulasikan kelenjar di bahagian kepala menerbitkan rasa damai dan tenang.

sunyuman itu semurah – murah sedegah. bersedeqahlah selalu sebagai bekalan di sana nanti.

hidup berilmu, ceria selalu.

About these ads

1 Komen »

  1. nk share boleh…

    Komen oleh aiman — Mei 1, 2011 @ 5:19 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 221 other followers

%d bloggers like this: