Dari Hawa Ke Hawa

Mac 23, 2008

poligami-peranan isteri

Filed under: poligami — intanrohaida @ 6:53 am

sebenarnya memang pahit menerima hakikat bahawa kita telah dimadu. apatah lagi sekiranya kita amat mencintai suami kita dan kita rasa yang rumah tangga kita tiada masalah. rupa-rupanya, kita sahaja yang berpendapat begitu, suami sebaliknya merasakan yang kita bukan sahaja tidak membahagiakan malah banyak menyusahkannya.

dia mencari yang baru, dengan niat mahu membina hidup lain, mahu mencari sinar bahagia yang padanya tidak dapat diperolehi melalui kita.

bagaimana perasaan kita? tak tahan? minta dilepaskan? mahu menyerang madu? memaki hamun suami dan madu? sebelum berbuat apa-apa , cubalah renungkan .

persoalannya;

1. adakah suami kita tidak bertanggung jawab? adakah dengan berkahwin baru dia mengabaikan kita? tidak adil? melebihkan isteri barunya sehingga kita terabai? tidak memberi nafkah zahir dan batin yang mencukupi?

andai ya;- jatuh dua pilihan. (ingat kita sentiasa ada pilihan , cumanya dalam memilih pastikan kita memohon panduan dari-Nya ).

pilihan 1- meminta berpisah. atas alasan dia tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan cenderung berlebihan kepada isteri barunya sehingga kita terabai- rujuk bagaimana mahu berpisah dengan peguam syarie- contact jabatan agama dan cari maklumat.

pilihan kedua- sabar. kita jalani kehidupan sebagaimana biasa. jadi isteri walau isteri yang digantung tidak bertali; ingat pula bahawa kita tidak bertanggung jawab atas apa yang orang lakukan pada kita tetapi hanya bertanggung jawab atas tindakan kita sendiri.

2. apa perasaan kita? – adakah kita boleh terima?

jika kita boleh terima pula; beberapa persoalan juga yang berkaitan yang kita kena jawab. adakah penerimaan kita itu kerana kita redha atau terima secara paksa kerana kita tiada pilihan. muhasabah hati kita; cari jawapan dan cari penyelesaian.

andai kita terima suami kita kerana redha, pastikan pula keredhaan kita itu kerana mencari redha Ilahi melalui khidmat kita sebagai isteri; (ingat bahawa suami dan anak-anak itu adalah alat untuk kita mencari syurga- motivasikan diri dengan pahala-pahala yang diperolehi oleh isteri yang setia berkhidmat untuk suami);- alangkah bahagianya isteri yang begini.

andai kita terima kerana tiada pilihan, (sebenarnya ini pilihan yang sukar dan boleh menjerut leher sendiri), maka ada banyak benda yang kita kena buat kerana kita tidak mahu pilihan terpaksa -rela kita itu membawa kita terjerumus ke neraka yang kita tahu 2/3 ahlinya adalah wanita. kita kena menambah ilmu untuk menjadikan diri kita boleh berubah dari terima paksa -rela kepada redha sepenuhnya.

adakah kita tidak boleh terima;

andai tidak boleh terima pula, ada pula persoalannya yang kita kena jawab ;

adakah kita tidak boleh terima kerana nafsu kita tercedera dan kecederaan nafsu kita itu pula parah? kita tak mampu menahan amarah, sakit hati, dengki, bencikan suami, bencikan madu, rasa dia perampas suami kita , perampas kebahagiaan kita dan pelbagai perasaan yang membunuh ketenangan kita dan menaikkan emosi dan tekanan darah kita.

atau kita tidak boleh terima kerana kita tahu bahawa kita tidak mampu taat pada suami kita dan kita tidak akan dapat melayannya lagi; (juga sebenarnya kesan daripada nafsu yang tercedera – tapi lebih baik sedikit sebab ada rasa bimbang kita akan jadi isteri yang nusyuz).

lalu, sekarang apa yang kita mahu buat? apa tindakan selanjutnya?

baik, sekiranya kita mahu teruskan niat untuk berpisah, telah habis ikhtiar kita namun hati yang tercedera tidak mampu pulih lagi, lalu seperti yang saya katakan, berdoalah mohon Allah agar cukupkan kita, jiwa dan kehidupan. mohonlah keampunan pada_Nya kerana kita bimbang kita termasuk dalam golongan hambaNya yang tidak tahu bersyukur. kemudian teruskan kehidupan baru kita sebagai janda atau ibu tunggal yang terbaik. (ingat; kita tidak boleh untuk jadi yang tidak terbaik walau sebagai apapun kita; hidup kita terlalu singkat untuk itu).

apa yang ingin saya bincangkan kini adalah sekiranya kita memilih untuk terima, dan kita terima pula hanya kerana terpaksa – rela. ingatlah jika kita dalam keadaan begitu, kita tetap seorang isteri pada seorang suami. bagaimana peranan kita sebagai isteri yang dimadukan terhadap suami kita yang punyai isteri lain selain dari kita.

kita adalah isteri. walau isteri yang ke berapa sekalipun namun, hakikat seorang isteri, dia kena patuh pada suaminya selagi kepatuhan itu tidak bercanggah dengan syariat. suaminya tetap makhluk yang Allah angkat darjatnya lebih tinggi dari isteri. ingat hadis nabi (sohih); andai dibolehkan seorang hamba sujud kepada hamba yang lain, maka aku akan perintahkan agar seorang isteri sujud kepada suaminya.

adakah syarat untuk isteri patuh kepada suaminya? apa perlu suami itu mengikut kehendak isteri, baru isteri wajib patuh, apa perlu agar suami itu menjadi suami soleh yang menjiwai perwatakan junjungan mulia baru si isteri wajib tunduk, apa perlu untuk suami mempunyai ketampanan sosial dan fizikal untuk kita menjadi isteri yang taat ?

tiada; tiada langsung dalam mana-mana hadis atau ayat al-quran yang menyatakan sedemikian. cumanya, diajar dan dididik kita melalui sunnah rasul dan ajaran Tuhan agar kita masing-masing menjadi hamba Allah yang sebaik-baiknya.

lalu, walau siapa dan apapun akhlak suami kita, bila kita memilih untuk menjadi seorang isteri, akurlah kepada peranan seorang isteri . apa peranan isteri?

pernah datang seorang perempuan kepada Rasulullah bertanyakan apakah hak seorang isteri kepada suaminya ? jawab junjungan , (secara mudahnya )andai kaki suami itu bernanah sekalipun dan disapu oleh isterinya dengan wajahnya, masih belum tertunai besarnya hak suami atas isterinya. ( jangan sekali-kali berhujah di sini; asyik-asyik hak isteri sahaja yang dipertikaikan, hak suami bagaimana?- andai ini dilayan, kita akan sakit hati dan merasa ahhh, dia tak tahu jalankan tanggung jawab sebagai suami apa pula aku nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri; bagus, dua-dua ketuk pintu neraka).

maka, jalankan tanggung jawab kita sebaiknya, inilah amalan dan ibadat kita atau sedeqah jariah kita yang akan dihisab oleh Allah swt di padang mahsyar nanti. inilah penentu sama ada kita penghuni syurga atau neraka.

jangan sekali-kali dilayan bisikan atau perkataan negatif yang kita ucapkan dalam hati. apabila bercakap sahaja hati kita dengan cakapan yang berbau sakit hati, dendan kesumat, membanding-bandingkan layanan suami atau sebagainya, cepat-cepat istighfar, maka serta merta kita akan kembali positif.

ingatlah cakapan hati yang negatif datang dari syaitan, dia mengalir dalam diri kita mengikut aliran darah. makin kita marah, makin kembang aliran, makin kuat emosi negatif kita. kerana itu perasaan marah, contohnya, selain membuat kita penat dan menjadikan situasi makin teruk, ia juga mengundang penyakit .

oleh itu, jadilah isteri yang terbaik kepada suami yang apapun dia, penyangak? perompak? imam? atau lainnya. ingatlah asiyah isteri firaun, dia isteri kepada lelaki yang mengaku tuhan, tetapi dia tetap memberi khidmat yang terbaik, kerana itu dia dijanjikan syurga oleh Tuhannya. kita? adakah suami kita sejahat firaun? lalu apa yang mengekang kita daripada taat dan patuh kepada orang yang ditingkatkan darjatnya oleh Allah itu sendiri?

About these ads

2 Komen »

  1. Bukannya senang hidup bermadu walaupun saya isteri kedua tapi sakit dihati masih tak terkira banyaknya.Saya pernah bercerai dengan suami kerana orang disekeliling kami dan bila difikirkan tentang pandangan orang tentang poligami saya tetap dipinggirkan.Kini kami telah rujuk kembali dan tak nak ambil kira tentang pandangan orang asalkan kami tahu menjalankan tanggungjawab masing2 itu sudah cukup untuk kami menjadi sebuah keluarga bahagia.Tentang madu saya biarlah dia uruskan sendiri hatinya , lagipun sebelum ini kami baik tapi lepas saya rujuk kembali dengan suami mengapa dia nak jadi tak tentu hala?Dulupun saya bercerai kerana dia yang punya angkara…Dan kini saya dah malas nak buat baik pada madu saya kerana saya dan suami sebenarnya dah tahu situasi sebenar yang menyebabkan keruntuhan mahligai kami. kalau madu saya mahukan perceraian itu biarlah dia uruskan sendiri suami saya tak nak pikir lebih2 kerana masalah dia yang cari.janji suami saya jalankan tanggungjawab dia yang sepatutnya.

    Komen oleh Mardiana Binti Jaafar — Jun 14, 2009 @ 9:27 am | Balas

  2. hidup bermadu memang sesuatu yang sangat dielakkan oleh semua wanita..ta[i bagi yang telah merasa hidup bermadu,mereka sendiri yang mampu tafsirkan..bagi saya sebagai isteri kedua,saya mengalah…tetapi suami saya memang pandai menangani situasi saya dan madu saya..yangpenting jika hidup bermadu adalah peranan suami.dalam masalah saya,suami saya bijak menguruskan kmi bersama dan sekarang saya boleh diterima oleh isteri pertamanya dan yangpenting kami tidak pernah bergaduh.saya bersyukur kerana madu saya seorang yang sangat baik.mgkin inilah takdir..doakan kami bahagia ke akhir hayat..

    Komen oleh solehah — Disember 23, 2011 @ 3:03 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 221 other followers

%d bloggers like this: