Dari Hawa Ke Hawa

Februari 28, 2008

Emosi – Merawat Hati Yang Luka.

Filed under: MEMBEBASKAN EMOSI NEGATIF-eft — intanrohaida @ 3:18 am

Yang paling besar dalam jiwa wanita adalah hati. Perkara yang paling utama dalam hidup mereka pula ialah suami dan anak-anak. Malah hati mereka sentiasa dekat dengan suami. Pahitnya kehidupan andai hati mereka dikecewakan.Jiwa mudah tertekan. Perasaan menjadi luka lara. Rasa tidak menentu lalu kerja harian tidak dapat diberi tumpuan.

Namun, tatkala, suami memberi belaian, kasih sayang, gurau senda, pujian dan cinta , jiwa bagai berada di awangan.Apa jua sangup dikorbankan. Bersemangat sekali melaksanakan tanggung jawab seorang ibu dan isteri. Hati berbunga riang. Jiwa menyanyi-nyanyi merdu. Semua mehnah dan tribulasi serasa kecil dan ampuh. Begitu mudah direntasi. ajaibnya peranan cinta.

Maka, bercinta dan berkasih sayanglah sehebat mungkin. Hidup di dunia adalah untuk beribadah kepada-Nya dan ibadah ini amatlah luas konsepnya. Hatta, bergurau senda bersama isteri juga dianggap ibadah. jiwa yang penuh kasih sayang akan mencetuskan keabdian kepada rabb setulus mungkin.

Dunia hanya sementara, usia amat pendek. Lalu mengapa mahu diisi dengan derita, marah yang menyinga, kezaliman yang keji. Aura akan menjdi busuk dan kelam. Jiwa merana. Hidup bukan sahaja tidak bahagia dunia malah akhirat jua.

Bukankah bakal penghuni syurga itu orang yang bahagia hidupnya dan tidak merasa terseksa walau apa ujian dirinya . Tidak akan mungkin orang yang menderita masuk syurga, mengapa? Kerana dia menderita hasil daripada ketidakikhlasan hati menerima ujian Allah. Tidak tahu bersyukur. Lalu dia akan terus diselubungi derita kerana hati tidak redha dengan ujian. Tidak redha dengan ujian bermaksud tidak redha dengan pemberi ujian.Lalu bagaimana mahu masuk ke syurgaNYA?

Rawatlah hati yang luka. Pelajarilah teknik-tekniknya. Ilmu Allah amatlah luas. Ambillah ilmu daripada siapapun. Cedoklah ilmu walau daripada orang kafir sekalipun, yang penting gunakan untuk menjadikan kita hamba Allah yang jauh lebih baik daripada semalam.

Saya sering mengajar teknik EFT- satu teknik mengetuk/tapping pada poin akupunktur untuk membuang elemen negatif. Ternyata ia amat berkesan. Teknik yang nampak pelik tetapi setakat ini telah mampu merawat baik emosi mahupun kesakitan fizikal.

Yang penting, kita kekal positif dan ceria. tahu menghargai dan bersyukur.

Ucaplah Alhamdulillah. Hidup berilmu. Ceria selalu

About these ads

83 Komen »

  1. assalamualaikum…ajarkan lah mcamane teknik tapping akupunture utk membuang elemen negatif..

    Komen oleh sal — Mei 22, 2008 @ 5:04 am | Balas

  2. saya berminat utk mempelajari EFT .. bagaimana?

    Komen oleh abdrahman — Jun 7, 2008 @ 5:34 am | Balas

  3. salam untuk semua pembaca, sy amat tersentuh bila membaca bicara diatas. sesungguhnye adalah benar kata2 yg tertulis. itulah naluri seorg wanita, yg mana kaum lelaki harus juga mengetahuinya. tidak ada yg lebih besar buat si isteri di dunia ini selain dr suami dan anak2. segala keletihan dan kepenatan hilang sama sekali setelah mandengar si suami mengeluarkan kata2 hikmah dan menerima layanan yg istimewa dr si suami. wahai suami2 di luar sana, kenalilah isteri anda, dan selamailah jiwa mereka, tunjukkanlah rasa kasih syg anda kepada isteri anda. semuga berkekalanlah hendaknya. amin….

    Komen oleh hamilia — Ogos 14, 2009 @ 11:36 am | Balas

  4. salam utk semua.Agak tersentuh hati wanita ini bila tulisan diats.Kita sebagai kaun hawa selalu berkorban utk kebahagian rumahtangga kita.Tak kira kita isteri pertama atau kedua.Bukan hati tak nak cuba happy tapi kalau dah selalu kesepian akan terluka jugak.Tambah2 lagi kalau kita bermadu.Madu manis pada lelaki tapi pahit pada wanita.Tapi tak tahu lah pada org lain manis kot……….

    Komen oleh mamamia — Oktober 11, 2009 @ 1:36 pm | Balas

    • Salam buat Mamamia…benar. Madu itu manis pada lelaki tapi cukup pahit pada wanita. Semua hati ingin hepi namun bila suami tiada di sisi, sepi sering bertandang lagi dan lagi. Apatah lagi kalau saat itu kita menyedari suami bersama madu…semakin terluka kita menyendiri. Syabas kepada para suami yang masih setia pada isteri nan seorang…anda suami yang tahu menghargai pengorbanan isteri, lebih bahagia dan lebih tenang, nafkah diberi mencukupi dan mencakupi zahir batin.

      Komen oleh DYG JAMINA@DYG MUDIANA BT AWG MAHBI — Jun 11, 2014 @ 2:47 pm | Balas

      • poligami adalah hukum Allah dan syariat Rasulullah saw. jangan ada di hati membenci poligami, dan mengeluarkan kata2 anti poligami. taqdir Allah pada setiap hambaNYA berbeza tetapi setiap satu adalah yang terbaik untuk hambaNYA itu walau pada pandangan kita hamba yang jahil dan lemah ini, ia buruk untuk kita, tetapi itu dari ALLAH swt.. pasti ia yang terbaik. Allahu akbar.

        belajarlah untuk redho dengan taqdir Allah kecuali taqdirNYA untuk berpisah, maka laluilah dengan dengan syariatNYA dan redhoNYA.

        Komen oleh intanrohaida — Julai 1, 2014 @ 11:32 am

  5. hati memang akan sakit kalau dicurangi suami yang selama ini disanjungi dan dipercayai..
    kalaulah manusia boleh mengawal perasaan sedih dan marah..dialah manusia paling hebat!

    Komen oleh ainul — Jun 9, 2010 @ 3:13 pm | Balas

  6. sakit hati bila dilukai. sukar untuk membalut hati yang terluka. tetapi bila dihati Allah melebihi segalanya, insyaallah ketenangan menjelma… sebagai manusia dan seorang wanita, kecintaan hidup hanya untuk suami dan keluarga, korban segala untuk mendapatkan secebis kebahagiaan, namun bila ia dicarit, luka tak mungkin sembuh biar bibir mengucap kemaafan tapi hati tetap mengenang kelukaaan…

    Komen oleh eja — Ogos 1, 2010 @ 9:06 pm | Balas

    • puitis nye ayt kak nie..sye suke..*_*..
      salam perkenalan dri sya..hehehehe..seorng budak permpuan yg berumur 18thun..muda ag nie..hehehe..

      Komen oleh NURHIDAYAH — Disember 4, 2010 @ 2:04 pm | Balas

    • Salam untuk semua, memang sakit hati dan pedih bila di lukai dengan suami yang kita cinta, insaallah kita boleh melawan dan mengubati luka dihati dengan banyak beristifar asalkan tak kira siapa yang melukai tidak membangkitkan luka yang cuba kita ubati dengan apa cara sekalipun. Insaalah

      Komen oleh siti — Mei 23, 2011 @ 3:19 pm | Balas

      • memandang suami dengan merasakan bahawa hati terluka kerananya pun menarik derita dalam hati. pandanglah suami, anak-anak dengan hati yang redho dan penuh kasih, masukkan rasa terima kasih , sabar , dan rasakan yang segalanya dari ALLAH. insyaallah, hati tidak merasa terluka walau apa tindakan nya.

        Komen oleh intanrohaida — Mei 25, 2011 @ 11:30 am

  7. perit utk di kenang,sakit dpt dirasa,tabah & sabar penguat semangat.pcayalah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

    Komen oleh wanita — Ogos 5, 2010 @ 10:30 am | Balas

  8. Walaupun sye msih muda,tapi sya dpt menyelami mksud2 diats..mmng kenytaan nye btul..hati sedikit sebnyk telah tenang apabila adanya karya sebegini yg membantu menaikkan semngt seorng wanita..*_*..

    Komen oleh NURHIDAYAH — Disember 4, 2010 @ 2:03 pm | Balas

    • muda tak bermakna tak tau apa-apa, tua tak bermakna tau segala..

      kejarlah masa muda sebelum datangnya tua..
      being young is beautiful but being old is comfortable.

      Komen oleh intanrohaida — Disember 7, 2010 @ 3:20 pm | Balas

  9. salam..di saat ini sy bhadapan dlm satu dlema yg amat mmeritkan sy.. sy bcinta dgn llaki yg salah. sy amt mcntai dia tp baru2 ini sy dpti dia mnipu sy.. blakun bujang pd hakikatnya dia suami & ayh kpd 4org ank. sy bsemuka dgn dia dan is3. btujuan utk mbersihkan nama dan nekad utk mgundurkan diri.is3 nya mmberi kata putus kpd suami utk mmilih salah sorg d’antara kami b2. ddpn is3nya dia tlh mmilih sy. tkejut sy bila dia nekad dan sanggup mlepaskan is3nya demi utk bsama dgn sy. Sy tdk sanggup mlihat kruntuhan r/tangga mereka krn sy. tp hingga kini dia masih mcari sy dan mmohon sy utk kmbali kpd dia. mmg hati ini dh tluka dek dtipu tp hati ini juga xleh nk mnafikan rasa cnta dan syg kpd dia. kwn2 sume mdesak sy utk mlupakan dia.. mmg sy cuba utk mlupakan dia dan ingin mlontar jauh2 dia dr hdup sy.. tp sy keliru dgn prasaan sy sndiri.

    Komen oleh ieda — Januari 11, 2011 @ 10:04 am | Balas

    • nsb kte serupa,bezanye sy di tipu stelah berkahwin dan sterusnye kami punyai anak,sekuat mana syg pd dia,tapi dia ttp milik org dan sy cbe bljr utk mgalah dan mengundurkan diri,tapi ada sje halangan,andai jodoh sy dgn dia xpnjng sy redha, dan pasrah walaupun berat ati utk melepaskan dia, sy xtau bpe lme hrus sy bsbar demi ank sy,

      Komen oleh najlaa hani — Mei 26, 2012 @ 10:05 am | Balas

    • Salam ieda…jangan diturut rasa hati. Turut hati mati, turut rasa binasa…Saya telah melalui apa yang dilalui ieda. Cekalkan hati ieda. Nasihat saya, jangan dekati lelaki itu lagi. Biarkanlah dia bersama-sama isteri dan anak2nya. Tak kan benar cintanya pada ieda. Kalau sekarang dia boleh menipu ieda, pasti selepas menjadi suami isteri nanti, lagi hebat penipuan yang diolahnya. Berhenti mengharap cinta drpd lelaki sebegini ieda. Ieda tak kan bahagia bersamanya…malah kian hari ieda makan hati berulam jantung..merintih dalam kesedihan…usah buang masa memikirkan lelaki itu lagi…Allah beri ruang untuk ieda untuk beralih arah kerana ada hikmah tersembunyi di hadapan sana. Dekatkan diri pada Allah dan sentiasalah mohon petunjukNya.

      Komen oleh DYG MUDIANA — Jun 11, 2014 @ 3:05 pm | Balas

  10. memang perit rasa hati bila diri dikhianati oleh suami sendiri..kejujuran dan kesetiaannya sudah tiada lagi..bagaimana harusku tempuh dugaan ini..Ya Allah berilah petunjuk pada hambamu yang lemah ini….

    Komen oleh alin — Januari 20, 2011 @ 12:22 am | Balas

    • bersabarlah…indahnya dunia jika kita mampu memaafkan semua..tetapi hati perempuan sakitnya bila disakiti…

      Komen oleh lina — Februari 7, 2011 @ 1:08 pm | Balas

    • bersabar dan kuatkn semangat….mmg terlalu sukar menerima semua itu setelah semua kesetiaan dan kejujuran dikhianati…terlalu pedih bg yg telah merasainya…

      Komen oleh salbinah samad — April 26, 2011 @ 10:47 pm | Balas

  11. saya ingin berkongsi kisah duka saya sebagai seorng isteri yang dikhianati suami.

    Komen oleh mira — Februari 5, 2011 @ 10:56 am | Balas

  12. saya tidak terkecuali dari golongan wanita yg tidak diberi perhatian oleh lelaki bernama suami..tak paham betul..sebelum kahwin, kita ditatang bagai minyak yg penuh..agaknya nak pegi tandas pun kalo boleh tak nak tinggalkan kita..tapi siapa sangka, bila anak dah 2, dia semakin menjauhkan diri..alasannya sibuk dgn kerja2 pejabat..tgh sibuk ngan itu dan ini..hampir setiap malam saya & anak2 masuk tidur dulu..suami pula buat hal sendiri..kedang2 heran plak, kenapa sekarang baru saya sedar yg saya dah silap pilih teman hidup..setiap saat wanita perlukan perhatian suami..kalau suami tak sanggup buat semua ini, apa maknanya hidup bersama..jangan salahkan si isteri jika bertemu dgn insan yg betul2 syg dan ambil berat pasal dirinya..

    Komen oleh oya — Mac 2, 2011 @ 10:24 am | Balas

    • betulkan kembali niat berkahwin.. walau apa yang kita buat mesti kerana Allah. perkahwinan sepatutnya dipenuhi dengan mawaddah dan rahmah, jika tidak begitu, banyakkan pergantungan hati dan munajat dengan Allah minta ditunjukkan jalan yang lurus dan DIA meletakkan bahagia dalam hati suami dan isteri. insyaallah, mudahan.

      bereskan hubungan kita dengan NYA, insyallah hubungan dengan manusia akan beres juga.

      Komen oleh intanrohaida — Mac 4, 2011 @ 6:18 pm | Balas

  13. pada saat mengetahui suami menyintai org lain, hati bertanya, apakah salah diri diperlakukan sedemikian rupa. airmata adalah sahabat setia ketika itu. tetapi seorang teman berkata, maafkan semuannya, ambil sebanyak mana masa untuk memaafkan,insyaAllah; hati lebih tenang. apabila kemaafan sudah diberi, dia, adalah orang asing dalam hidup. akhirnya, perceraian jalan penyelesaian. kini, kebahagiaan yang dia impikan untuk bersama org dicintai, tidak tercapai.
    kasihan bila mengetahui apa terjadi padanya, tetapi saya mendoakan dia bahagia bersama org dicintainya. walau apa pun yg berlaku di antara kami, tak pernah ada rasa benci. kerana dia pernah bertakhta di hati, dia juga pernah dikasihi malah dia mengajar saya menjadi lebih tabah menghadapi hidup ini.

    Komen oleh hadi — Mac 13, 2011 @ 5:58 pm | Balas

    • Jodoh pertemuan, ajal maut, berkahwin, bercerai, berkahwin lagi adalah ketentuan ilahi. Tidak berlaku itu semua kecuali dengan izinNya walaupun sihamba itu berusaha keras ke arah itu, namun jika bukan ketentuan tetap tidak berlaku. Lalu bila telah tersurat taqdir itu begitu, maka yakinlah, itulah yang terbaik.

      Komen oleh intanrohaida — Mac 13, 2011 @ 8:32 pm | Balas

      • segala usaha telah saya cuba utk membetulkan keadaan demi anak2, tapi suami bukan sj mengasingkan diri tapi memandang, menyentuh saya pun tidak..apa salah saya yg menyebabkan dia berubah..hari-hari saya penuh dgn kesedihan..airmata tak dpt nak dibendung, pada siapa nak mengadu..pada siapa nak sy minta pertolongan..bila ditya apa yg kurang pd saya, dia menafikan..katanya tiada apa yg kurang pada fizikal saya..bingung dibuatnya..tlglah beri saya jln penyelesaian yg terbaik utk sya..

        Komen oleh oya — Mac 14, 2011 @ 12:34 pm

      • kita ini milik Allah. anak-anak, suami juga milikNya. tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. air mata kesedihan yang mengalir kerana menyesali nasib diri akan menjadi racun baik pada kesihatan jasad mahupun mental dan semangat diri. menyesali nasib dan menyalahkan taqdir samalah dengan tidak redho pada Allah. sedang semua yang berlaku adalah dengan keizinanNYa.

        mengadulah dengan Allah. meminta tolonglah dengan NYA. makhluk tiada kuasa membantu. segalanya dariNYa.

        usahalah membaiki diri, mencari ilmu, dengan ilmu, insyaallah bantuan allah akan tiba. rawatlah diri , buang gangguan makhluk, buang kezulmatan diri , insyaallah , bahagia akan menyinari. jika perlu, datanglah buat rawatan dengan saya. insyaallah.

        Komen oleh intanrohaida — Mac 15, 2011 @ 10:55 am

  14. saudari intan rohaida, bagaimana saya mahu mendapatkan rawatan dgn saudari. Boleh bagi alamat atau no tel.

    saya sudah mendapat jawapan dari suami mengapa dia begitu berubah..katanya dia berubah kerana hatinya hancur kerana sikap saya yg sering menyalahkannya dlm byk perkara..saya sedar akn hal itu dan telah meminta maaf, katanya dia telahpun maafkan saya, tetapi katanya jgn harap hatinya akan berubah kembali dlm sekelip mata..mendengarkan katanya itu, hati saya pula hancur..seolah2 maaf saya tak diterima secara ikhlas olehnya..bagaimana saya mahu memenangi semula hatinya dan mendapatkan semula suami yg pernah saya miliki dulu..saya sgt buntu..

    Komen oleh oya — Mac 15, 2011 @ 3:31 pm | Balas

    • col saya ; 013 6215110

      Komen oleh intanrohaida — Mac 15, 2011 @ 3:43 pm | Balas

  15. akum..saya menyintai & menyayangi seorang lelaki dan merupakan suami org dan kami telah menjalinkan phubungan selama 4 tahun…pd awlnya mmg kami bahagia namun akhir2 ini dia tlh berubah dan sering mencari kesalahan diri saya..sedangkan sy jujur dan setia wpun phubungan kami jarak jauh…sy tlh berusaha untuk menghubungi namun tidak di layan dan ssh untuk di bawa berbincang…kdg2 sy tidak faham akan sikapnya …..mudah berubah2..bantu lah sy..

    Komen oleh bayuardina — Mei 17, 2011 @ 2:22 pm | Balas

    • sy juga tidak tahu di mana slh dan silap sy….dia hanya berdiam diri dan bila di hubungi dengan menggunakan no tel yg lain dia akan menjawan dan seandainy sy menggunakan no tel sy tiada langsung jawapannya…sy tidak tahu apa yg ptut sy lakukan lagi…sy amat bingung dan sy bharap dia akan menghubungi sy wpun hanya menghantar sms sahaja…itu sudah cukup memadai dan menyatakan apa yang telah terjadi di antara kami ber2…apa yang ptt sy lakukan untuk kembalikan perhubunga kami ber2 ini….sy amat sedih dan hanya di temani air mata …tolonglah saya….

      Komen oleh bayuardin — Mei 17, 2011 @ 2:30 pm | Balas

    • ws bayuardina,

      baiknya contact saya direct. yang saya boleh katakan di sini adalah kekuatan kasih lelaki itu pada awak sekarang tak cukup kuat, hanya 40%. dan dia tiada niat untuk menikahi awak. kekuatan niatnya 0%. wallahu alam.

      Komen oleh intanrohaida — Mei 19, 2011 @ 9:05 pm | Balas

    • bersabar lahh…setiap yang berlaku pasti ada hikmahnyerr…berdoa pada Allah moga pintu hatinya kembali menyintaii…
      saya akan doakan moga kasih sayang utk kembali bersinar…saudari doalah utk sy jugerr…

      Komen oleh pucukpaku — Jun 8, 2011 @ 5:52 pm | Balas

  16. hati yg luka biarlah ia sembuh sendiri… tapi bagaimana mahu merawatnya?
    perlukah aku putus asa?
    perlukah aku berpura-pura bahagia?
    perlukah aku meninggalkan kehidupan berumahtangga?
    perlukah aku aku berdiam saja….?

    katakan…katakannnnnnnn….!!

    Komen oleh Aliasya — Jun 1, 2011 @ 11:29 am | Balas

  17. slm ,,,sy tersentuh ,,sy seorg isteri yang sellu dilukai suami sy ,,selama 4tahun bersama setiap tahun dia curang dan ckndal,,,bila minta dilepaskan tak hendak,,tpi terus menerus melakukan kecurangan smpi sy sendiri mmg sudah titak tahan hidup dgn ,,blh ka beri pndpt apa patut sy buat,,dh kami pnh bercerai tpi,,dia memhon rujuk dan berjanji berubah,,tpi tu semua tipu belaka

    Komen oleh riana — Jun 16, 2011 @ 7:42 am | Balas

    • riana, muga dalam rahmat allah senantiasa, jodoh pertemuan, cerai dan perpisahan semuanya di tangan ALLAH, unsur air suami terlalu tinggi, unsur air manusia yang tidka seimbang akan membawa kepada nafsu yang tidak terkawal, unsur tanahnya juga tinggi, unsur tanah melibatkan harta dan perasaan berkira, pengaliran darahnya akan bermasalah juga otot, tulang dan bahagian perut, apatah lagi dia ada saka yang duduk di bahagian perut hingga ke kaki. unsur tubuh yang tidak seimbang di tambah dengan kezulmatan yang tinggi dan kekuatan dalaman yang lemah akan membawa kita ke lembah maksiat.. banyakkan doa dan berikhtiarlah untuk merawat rohani dan jasad, .. jumpa saya untuk merawat juga boleh, insyaallah, baik jarak dekat atau jarak jauh,.. tiada paksaan, muga dimudahkan ALLAH

      Komen oleh intanrohaida — Jun 17, 2011 @ 9:17 am | Balas

      • sy tk fhm psl unsur2 ni..mcm nk hubungi pn intan

        Komen oleh riana — Februari 21, 2012 @ 6:13 pm

      • contact no saya ada di sebelah kanan blog

        Komen oleh intanrohaida — Februari 21, 2012 @ 6:39 pm

  18. setiap manusia diberi akal dan fikiran untuk membandingkan apa yang terjadi,seandainya diri kita didalam kedudukan yang melukakan kembali kepadaNya dan memohon keredhaan.Saya mengalami situasi hati yang luka terlalu lama namun demi kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi saya kuatkan semangat dan sujud memohon kekuatan untuk merawat kembali hati yang terluka ini.

    Komen oleh Ziey Ramli — Jun 19, 2011 @ 10:21 am | Balas

    • insyaallah ziey boleh.. sekarang ni kekuatan dalaman 60%. naikkan kekuatan rohani dan kekuatan jasad , insyaallah kekuatan dalaman akan naik

      Komen oleh intanrohaida — Jun 19, 2011 @ 12:33 pm | Balas

  19. Intan..apakah betul intan boleh membantu dlm permasalahan ini. Suami saya ada perempuan lain.bila ditanya semuanya x betul sehingga skrang bila idup dlm dunia berteknologi tinggi.saya dapat melihat perempuan itu melalui facebook.suami pernah meyuruh saya memadamkan nama perempuan itu, so itu leh mendamaikan kami kerna saya terlalu percaya dengan setiap status yg diupdatenya.bagi saya kalo saya buang perempuan itu , saya xkan dpt mengetahui apa2 lg mengenai mereka.itu banyak menyakitkan saya tambahan pula dlm keadaan hamil 8bln.bnyk benda yg boleh mendatangkan syak pada saya.saya perlukan kekuatan utk melalui dugaan ini..kami mmg x lari dr bertengkar.Naluri saya mengatakan suami mmg mempermainkan saya..apa perlu saya buat..

    Komen oleh diyana — Jun 27, 2011 @ 11:24 am | Balas

    • insyaallah. tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izinNYA. ini ikhtiar kita, muga ALLAH memakbulkan. contact saya, insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — Jun 27, 2011 @ 12:51 pm | Balas

  20. ehm, saya dalam proces melepaskan suami…. selepas memaafkan apa yg telah dia perbuat terhadap saya selama 5 tahun kebelakangan ini, lagipun prinsip saya xndak dendam… wpun dalam hati payah memaafkan. rasanya tiap pasangan yg berpisah, melalui fasa unsure and confius stage… xsure either decision dan kata hati betul…

    Komen oleh melor — Julai 1, 2011 @ 1:23 am | Balas

    • setiap jiwa dilahirkan dan ada makhluk yang ALLAH izinkan mendampinginya, qarin (jin) dan malaikat. dua makhluk ini akan sentiasa membisikkan bisikan – bisikan yang membawa kepada keputusan yang kita buat dalam hidup kita. keputusan yang terbaik apabila ia datang dari bisikan insaniah, malakiah dan ilahiah. bisikan buruk yang membawa kepada pilihan buruk pula adalah bisikan syaitaniah, haiwaniah dan nafsaniah.

      semua bisikan ini adalah bentuk tenaga yang boleh discan.

      semuga setiap kali kita membuat keputusan , bisikan yang datang adalah bisikan ketaqwaan, insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Julai 3, 2011 @ 8:22 am | Balas

  21. memaafkn setelah dicurangi suami …dugaan hebat tuk seorg isteri…teramat sukar dn menyeksakan namun,pahatkn dlm hati dia bkn cinta nom 1 kte…istifar ,kekuatan kite

    Komen oleh ibu iman — Julai 21, 2011 @ 12:15 am | Balas

  22. assalamualaikum.. sy ada bercinta dengan lelki ni tpi dia adalah suami orang.. dia ada ajak sy bernikah tapi mak saya x izin kan dan xnak trima hbgn kami.. sy xtau nk buat apa dah skarang ni.. bntu larh sy.. lelaki ni sgup tgaikn is3 dia demi sy.. ktanya dia dh xbhgia dengan prngai is3 dia.. skrang apa yg harus sy buat.. mak sy ckp sy kna buatan orang sbab tu sy tergila2kan c dia..

    Komen oleh nurul — Ogos 9, 2011 @ 8:19 pm | Balas

    • jodoh pertemuan segalanya dari allah, walau berusaha bagai tanpa izin tak akan berlaku, andai telah tersurat, maka begitulah suratannya.. tiada unsur buatan orang pada awak, cuma bisikan yang mahu awak teruskan itu bukanlah bisikan baik. tapi diri awak memang ada saka , kekuatan dalaman pula 50%.

      Komen oleh intanrohaida — Ogos 10, 2011 @ 6:08 pm | Balas

      • Intan, suami semakin dingin slps 8 thn bersama.. sebab utama dia merasakan saya selalu menyalahkannya… emosinya selalu tidak bagus.. kadang2 bila suasana biasa pun dia x boleh bckp baik2 dgn saya.. berbeza sgt.. dulu dia sgt penyayang.. suka bergurau.. bagaimana saya mahu memenangi semula hatinya dan mendapatkan semula suami yg pernah saya miliki dulu…

        Komen oleh fidah — Ogos 15, 2011 @ 12:00 pm

      • hubungan dengan pasangan selalunya amat berkait rapat dengan apa yang ada dalam hati kita sendiri. apa yang kita rasa padanya, bagaimana cara ‘pandangan’ hati kita padanya dan bagai. selalunya pasangan yang bahagia adalah yang memiliki hati nurani yang sentiasa positif, bersangka baik dan mencintai pasangannya sepenuh hati dengan sepenuh kepercayaan dan mengembalikan pautan hati itu kepada allah swt. DIA yang memasukkan cinta dalam hati kita dan DIA juga yang mengeluarkannya kecuali ada gangguan makhluk yang diiizinkanNYA menjadi halangan cinta kasih serta mawaddah dan rahmah itu.

        niat mencintai suami kerana ALLAH dan berserah kepadaNYA dalam semua hal. banyakkan doa dan ikhlas berbakti. pandang dia dengan penuh kasih dan rasakan dalam segenap sanubari perasaan kasih itu. insyaallah jika tiada yang menghalang, kasih suami memang milik kita.

        tapi dalam kes fidah , kasih suami terhalang kerana sihir . sihir mahabbah atau perkahwinan . dah dua tahun sihir ada dalam diri fidah dan suami. insyaallah biasanya selepas gangguan sihir dirawat , kasih kembali pulih.

        Komen oleh intanrohaida — Ogos 17, 2011 @ 12:18 pm

  23. Ulang tahun perkahwinan yg ke 9 adalah puncak pergaduahn di dalam hb sy dan suami… Suami selalu sibuk, balik lewat.. selama 9 thn saya jelah yang membuat semua keja… tp dia tak pernah ambil berat… Ketika usia perkahwinan 1 tahun dia mmg dah curang tp sy maafkan dan dia berjanji akan insaf.. tp yg haram itu lg menyeronokkan.. dgn adanya fb lagilah ligat berkawan dgn ramai perempuan… sy ni kesiankan anak2.. bila sy cerita pd mak mertua.. maknya menafikan..anaknya baik menantu(sy) yg jahat buat cerita.. suami sy ni depan orang mmg baik.. mulut manis .. muka hemsem ramai perermpuan suka tp hanya sy yang tahu perangai dia sebenarnya…. suami suka mendera saya emosi & mental…
    dari mula2 kawin lg sy tertekan… sy mmg nak bercerai tp dia tak lepaskan…tolong…boleh gila mcm ni…

    Komen oleh intan — September 9, 2011 @ 12:24 pm | Balas

    • naikkan kekuatan dalaman , kekuatan jasad dan kekuatan rohani. insyaallah. biasanya semua kekuatan ini boleh naik sendiri bila kita jaga hubungan dengan allah, tetapi pada orang yang ada gangguan makhluk agak sukar kerana maslah gangguan tersebut, macam saudari ada masalah sihir dan saka, kena clearkan gangguan , insyallah hati akan jadi lebih tenang dan mampu nampak ujian allah disebalik semua tabir kehidupan. boleh buat rawatan ,insyaallah.segalanya dari DIA yang maha berkuasa

      Komen oleh intanrohaida — September 12, 2011 @ 10:33 am | Balas

  24. Semoga Kesedihan berakhir

    Komen oleh Salhah — Oktober 4, 2011 @ 11:37 am | Balas

  25. Saya sedang melalui fasa memujuk hati yg sedang bersedih,telah 5 bulan saya melewati hari2 suram yg sangat memedihkan bila kasih & kesetiaan dikhianati oleh suami yg menjalin hubungan cinta dgn org yg saya percaya..

    Paling menyedihkan saat-saat semangat saya yg hampir pulih, saya dikejutkan dengan pengakuan suami yg selama ini dia telah melakukan banyak dosa dibelakang saya.Hancur luluh hati ini.Teringat segala kepercayaan yg saya beri kepadanya selama ini.10 tahun lamanya…Kepercayaan 100% yg diberi rupanya dibalas dgn penipuan,.Saya hanya mahu dijadikan isteri yg terbaik buat dia, menjadi contoh pada anak2….begitu juga dia, dihadapan saya, seorang suami yg baik…rupa-rupanya bertopeng dibelakang saya…

    Sekarang saya hampir sudah tidak kenal dengan suami sendiri…Saya serahkan segala2nya pada yg maha Berkuasa.Dia maha mengetahui…siapalah saya untuk menghukum suami…Apa yg saya mahukan adalah agar dia kembali ke pangkal jalan…

    Saya masih mengharapkan suami sujud pada yg Esa…terlalu lama saya menunggu utk dia memimpin keluarganya..Moga hikmah itu yg dijanjikan olehNya..

    Hati ini menjadi tenang bila segalanya saya serahkan pada yg Esa. Dalam masa yg sama saya tetap memujuk hati utk mnjadi isteri terbaik buat suami….

    Namun, saya tetap berdoa & berharap suami meninggalkan org ketiga yg saya tak rela dia hadir dalam hidup saya….

    Komen oleh Mia Hana — Oktober 18, 2011 @ 4:56 pm | Balas

  26. Akum…..tersentuh baca komen daripada yang bernama isteri….ada orang lebih teruk dari saya…iya saya akui….suami bukan ada perempuan lain ,bertanggungjawab..cuma masalahnya semua kesalahan diletakkan dibahu saya seorang…perkahwinan yang dibina hampir 5 tahun…susah nak dengar ucapan terima kasih..malah jika saya meminta maaf malah dimarahnya sedangkan hakikatnya memang tiada kesalahan…..dalam didikan anak2 pun sering saya dipersalahakan ….saya berkerja kerana membantunya…dengan duit itu saya gunakan utk membayar pinjaman perumahan dan bayaran duit menjaga anak 3 orang…..memang dia x pernah bagi duit tiap2 bulan ,saya x kisah ,saya ikhlas cuma kekadang terpaksa meminjam kerana tolong belikan belanja dapur dan susu dan mengharap dia bayar balik..untuk cover perbelanjaan tambang dan duit makan untuk pergi berkerja….tapi….entah……saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri….tetapi x dihargai…..malah sering dimarah..marah…hati saya terluka..x tahu….nak jadi macam mana lagi segala pengorbanan umpama sampah…..saya redha tapi hati terluka…..ditengking…2 umpama saya ni pekak…kalau masak semua katanya tak sedap….macam mana nak sedap kekadang lauk pun x der….barang dapur pun x der….cakap dengan suami pun x berguna macam bercakap dengan tembuk….kesian dekat anak2 kekadang minta makan….saya cakap ada orang lebih susah kat luar sana…tapi…entahlah…saya tetap bersyukur..tapi hati makin terluka….pernah bawa berbincang tapi tak diendahkan ,lebihkan kawan2 daripada keluarga…saya tetap sabar dan redha tapi hati terluka……..saya ni kuat semangat…tapi bila kuat semangat hati ini makin hilang rasa sayang dan hormat..sebab saya jadi keras hati…sebab kuatkan semangat untuk anak2..kalau hati saya terluka…akan mendatangkan penyakit jadi saya kuatkan semangat demi anak2…saya kena sihat demi anak2..suami nak kutuk nak hina lantak dialah….hati saya makin keras….saya tetap jalankan tanggungjawab saya cuma rasa cinta dah x der….sebab saya x nak sedih……saya sayangkan diri saya……biarlah…dia nak cakap apa….saya hanya mampu berdoa Allah lembutkan hatinya…..dan saya yakin dengan rahmat allah..ujian yang diberi hanya sedikit….tapi tulah….hati ini makin kebal dan kuat….makin dihina…dihina….dihina…..makin kuat hati saya..cuma terluka….sebab dah 3 peluang diberi……biarlah…..demi anak2 saya kuatkan semangat…

    Komen oleh ayu6106 — November 8, 2011 @ 2:11 pm | Balas

    • boleh rujuk pejabat agama sekiranya si suami tidak memberi nafkah kan.?….

      Komen oleh mia — November 17, 2011 @ 10:45 am | Balas

  27. merawat hati yang sakit ada info di:

    http://1khalifah.wordpress.com/2011/01/05/hati-yang-sakit/

    mudahan bermanfaat.

    Komen oleh 1khalifah — Disember 1, 2011 @ 1:29 pm | Balas

  28. hidup penuh masalah…tapi jika berlaku pada diri sendiri baru dpat mengetahui apa sebenarnya…sbb berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Komen oleh adilaaqila — Disember 16, 2011 @ 1:34 pm | Balas

    • Surah 29, Surah al-‘Ankabut (Labah-labah) : 69 ayat.

      Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
      29-1: Alif, Lam, Mim.
      29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji?
      29-3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
      29-4: Atau, apakah mengira orang yang mengerjakan kejahatan itu bahawa mereka akan mendahului Kami (Allah)? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
      29-5: Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
      29-6: Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.
      29-7: Dan orang yang beriman dan beramal salih, benar-benar akan Kami (Allah) hapuskan daripada mereka dosa-dosa mereka, dan benar-benar Kami (Allah) berikan mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.

      Komen oleh intanrohaida — Disember 21, 2011 @ 8:55 am | Balas

  29. cara untuk memberi kesan positive..dan dapt berfikir dengan baik

    Komen oleh adilaaqila — Disember 16, 2011 @ 1:35 pm | Balas

  30. salam..sy xmenyangka akan terjumpa post ni… seandainya benar apa yg puan katakan, sy ingin juga menapatkan rawatan terutama dlm merawat bab hati…. mslh yg sy alami sudah smp tahap sy tidak bole diam lg… selama ni, sy cuba memulihkan kembali kepercayaan sy terhdp suami…tp hati sy tercalar lg.. sblm berkahwin, suami sy penah bertunang dgn org lain yakni anak angkat kpd sedaranya tp terputus ditgh jln.. sy igtkan sesudah berkahwin, ant suami & bekas tunangnya dh xde apa2..tp sangkaan sy meleset..mereka tetap keep in touch…tmbh pulak sy & suami pjj…sethn kemudian br sy berpindah & tggl serumah dgn suami..keadaan tetap sm walaupun mereka tidak berhubung melalui telefon tp berhubung mll emel…itu 4 thn lepas…br2 ni bekas tunangnya berkahwin, hati sy terluka lg pabila suami sy dlm diam2 membelikan hadiah tnpa pengetahuan sy..ms di majlis berkenaan dia memberi hadiah tersbt kpd ibu sedaranya.. selepas 4 thn, sy cuba merawat hati yg masih berparut ni & masih blom sembuh sepenuhnya..tetiba terjadi pulak skali lg..sy rs kepercayaan sy terhdp suami hilang sama sekali…siapakah sy sbnrnya di hati suami? sy berkorban berhenti keja utk hidup bersama dgnnya..melahirkan zuriat utk beliau..adakah itu masih tidak mencukupi… sy amat kecewa skali…selama sy hidup, dialah org pertama yg sy cintai & menjadi suami sy… bknnya sy tidak redha dgn apa yg berlaku,, sy sedar apa yg terjd ni, adalah sebahagian dr ujianNya…tp sy perlu lakukan sesuatu agar dpt merawat hati sy & mengembalikan ketenangan jiwa sy sblm sy berkahwin dgn suami…bukankah perempuan yg baik utk lelaki yg baik, perempuan yg jahat utk lelaki yg jahat? sy sendiri pun tidak tahu..adakah sy perempuan yg baik @ jahat….

    Komen oleh zaza — Disember 25, 2011 @ 11:09 pm | Balas

    • boleh hubungi saya untuk rawatan. insyallah.

      Komen oleh intanrohaida — Disember 27, 2011 @ 5:49 pm | Balas

  31. mantap.

    Komen oleh sstra rolet thekile — Februari 14, 2012 @ 9:10 pm | Balas

  32. salam…saya ingin memohon nasihat..saya skg dalam keadaan sedih bila dapat tahu suami saya ada perempuan lain..hati saya sedih bila mendengar pengakuan suami…saya cuba berusaha utk mencari ketenangan hati..suami mengaku dia masih sayangkan saya dan ank2..disamping itu jugak dia juga sayangkn perempuan itu dan perempuan itu sanggup utk jd yg kedua…apa yang perlu saya lakukan skg? saya betul2 tertekan…hanya airmata yg menemani saya…

    Komen oleh miza — Februari 27, 2012 @ 12:17 pm | Balas

    • ya, hal yang paling penting dalam hidup wanita adalah suami dan anak2. inilah ujian yang paling pedih,..bila kita diuji dengan orang ketiga. mencari kekuatan untuk keluar dari derita adalah sesuatu yang sangat besar dan memerlukan kekuatan yang sangat hebat tapi yakinlah , bila mana kita berserah dengan NYA sepenuh jiwa dan raga, sentiasa mengharapkan redhoNYA dan meminta agar kita sentiasa diberi petunjuk , sentiasa berada di atas jalan yang lurus, maka, insyaallah , allah akan temukan.

      Komen oleh intanrohaida — Februari 28, 2012 @ 11:33 am | Balas

    • Miza, saya pun mengalami nasib yg serupa dgn Miza. Suami ada mengutarakan nk mengahwini pompuan tu yg 17 tahun lebih muda dari nya. Tapi saya katakan saya tidak redha dimadu dan saya mahu dia lepaskan saya jika nak kahwin dgn pompuan tu. Saya katakan padanya ..’Gajinya cukup2 makan utk menampung sorang bini dan 4 anak, inikan pulak nak tanggung sorang bini dan bakal anak2 dia nanti???.

      Komen oleh MamaYgTawakkal — Mei 21, 2012 @ 7:04 pm | Balas

  33. salam,tidak sangka boleh terjumpa ruangan ini..rupanya begitu ramai isteri yg terluka dan ujian yg dilalui lbih perit dr sya..mlalui comment di ats telah byk memberi sya kekuatan menangani masalah ini.

    Komen oleh minaire — Mac 9, 2012 @ 10:24 pm | Balas

    • tiada suatu ujian yang diberi ALLAH melainkan semuanya dalam rahsiaNYA dan atas kemampuan kita. segala musibah pula adalah atas pembalasan dosa kita .

      Allah berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:

      “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka (dasar dan perudangan Islam) menurut apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu (melalui Quran). Jika mereka berpaling (dari hukum Allah) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah (bala dan kesusahan) kepada mereka disebabkan sebahgian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” – AlMaidaah: 49

      Komen oleh intanrohaida — Mac 13, 2012 @ 9:45 am | Balas

  34. sy nak menceritakan masalah sy ni dalam blog yg sesuai..dah lama sy pendamkan masalah ini..pn, sy berkahwin dgn suami sy dah beberapa tahun dan dikurniakan beberapa org anak. masalah sy, suami sy telah terpikat dgn perempuan lain dan sanggup berkhwin dgn perempuan itu. sy relakan kerana x nk mkn hati dan dgn syarat dia lepaskan sy. tp suami x nak sbb dia masih sygkan sy. sy masih dgn pendirian sy n x nk masing2 sakit. dlm pd itu, sy mengenali seorg llki tp bujang. Dia byk megetahui masalah sy dan dialah tmpt sy meluahkan prasan sy.. dlm masa yang sama kmi saling myayangi..baru2 ni dia telah brkhwin dan dia tdk memberitahui sy dgn alasan takut sy x boleh terima kenyataan yg dia akan brkhwin. dia ttup telefon selama sminggu. lps dari itu, barulah dia mghubungi sy smula meminta maaf. atas dasar syg, sy memaafkan dia..sy nk ptuskan hubungan dgn tp dia x nk sbb masih menyayangi sy..sy dh fobia dgn llki knp sy diperlakukan sebegini..tiap hr sy menangis dan mengdu pdNya..tolonglah sy pn apa ptut sy lakukan…

    Komen oleh atiqah — April 3, 2012 @ 3:24 pm | Balas

    • Allah jadikan kita berbeza dari lelaki . keupayaan kita tak sama. lelaki adalah pemimpin. kita di bawah pimpinannya. Allah jadikan lelaki itu lebih tinggi darjatnya dr kita. dia perlu membayar kita mas kahwin untuk menghalalkan hubungan dengan kita dan kita menjadi amanahnya sebaik akad nikah sah,..

      lelaki dihalalkan oleh Allah untuk berpoligami dengan dua, tiga atau empat wanita dan kesemua wanita itu mempunyai hak yang sama, sebaliknya wanita dengan mudahnya masuk syurga dan boleh pula memilih pintu syurga mana yang mahu dimasukinya hanya dengan memenuhi 3 syarat.
      1. solat 5 rakaat sehari semalam
      2. puasa di bulan ramadhan
      3. taat pada suaminya sehingga suaminya redho padanya.

      apa yang awak buat, bercinta dengan lelaki selain suami adalah satu dosa. kita berada dalam murka Allah jika kita curang dan kita dikira nusyuz. isteri nusyuz tak akan mencium bau syurga sehingga dia meminta ampun kepada suaminya.

      mintalah petunjuk dengan Allah agar awak tidak terusan dalam murkaNya. suami berkahwin lagi bukanlah alasan kerana poligami adalah halal di sisi Allah.
      wallahu alam.

      Komen oleh intanrohaida — April 3, 2012 @ 7:23 pm | Balas

  35. salam,saya adalah isteri kedua,baru2 ini banyak berlakunya sihir,buatan orang pada saya,buatkan saya jadi tak tentu arah,lemah semangat,sering menangis,kacau bilau,perasaan tak tentu sekaligus buatkan saya bersikap sebaliknya pada suami,sebenarnya kami berkahwin dengan tidak ada keredhaan kedua ibu bapa saya,tetapi isteri@madu saya,ikhlas n redha menerima saya.mungkin disebabkan santau ataupun sihir sy jadi mcm ni,puas sy pergi berubat tp masih tidak tenteram,ya allah,kuatkan saya,

    Komen oleh mira — Mei 30, 2012 @ 10:47 am | Balas

    • gangguan makhluk sebenarnya bukan sahaja melemahkan semangat tetapi merosakkan sistem badan dan organ kita. kena rawat untuk hancurkan gangguan dalam jasad, roh, emosi dan memori.

      Komen oleh intanrohaida — Mei 30, 2012 @ 11:00 am | Balas

  36. salam puan intan, alhmdulillah.. saya diberi pertemuan dgn blog ini sesaat jiwa dan hati saya diragut dgn kisah suami saya yg mempunyai org ketiga. dan saya pun sudah menelefon dgn org itu, dia mmg sayang pada suami saya dan mereka ade plan utk berkahwin. saya telah rujuk ke pjbt jawi utk kaunseling, malangnya, sikap suami makin menjadi2.. dia tdk endahkan nasihat dr pihak jawi. hp sentiasa digengaman nya, masuk toilet pun bawak hp.. betul2 da kemaruk cinta. dan sebentar tadi, saya telah ternmpk pnpuan itu.. aduhh, hancur hati saya. suami telah main kayu tiga. saya sentiasa merasa murung dan tiada semangat utk teruskan hidup. suami mmg telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorg ayah dan suami. tiap malam suami mmg tiada dirumah dgn alasan keluar bekerja. tetapi dia da jarang bagi nafkah zahir dan juga batin. saya sgt2 terseksa ketika. saya telah mengadu segalanya pada Allah swt. namun, bisikan2 jahat telah menghilangkan focus saya utk berfikiran positif. saya sentiasa bertanya, kenapa suami buat saya begini.. apakah salah saya. pada suatu hari, jam 3pg.. hp saya berbunyi.. ingatnya suami kol, rupa tdk. dia tertekan hp sendiri. saya amati, saya mendengar suara suami n pmpuan itu didalam kerete smbil nyanyi2 dan borak2. sungguh bahagianya mereka. Ya Allah.. engkau telah buktikan pada ku keadaan sebenar suami pada ketika itu.. Lantas, sya terus beristigfar byk2. walau bagaimanapun, kini saya sgt buntu slalu murung.. saya kesian pd anak2 yg slalu bertanya pasal ayah mereka di mana.. ini membuatkan lagi saya merasa sgt kecewa, sedih, pilu dan sentiasa murung.. saya buntu sgt2..

    Komen oleh murni — Mei 31, 2012 @ 4:25 am | Balas

    • memang isteri itu banyak pergantungan nya adalah pada suami. bila ALLAH sayang pada kita, maka diturunkan nya musibah supaya kita nampak DIA sebagai tempat meletakkan pergantungan. banyaklah istighfar. pasti ada hikmah dalam semua perlakuan kita dan perlakuan orang terhadap kita. berserahlah sepenuhnya kepada ALLAH. untuk memudahkan kita nampak ALLAH, boleh membuat rawatan, insyaallah. rawatan adalah satu ikhtiar kita sebagai hamba, muga ALLAH memberi kekuatan .

      Komen oleh intanrohaida — Mei 31, 2012 @ 11:48 am | Balas

      • Assalamua’laikum wbt.

        Bagaimana ingin menghubungi Puan IntanRohaida?

        Komen oleh RM — Jun 1, 2012 @ 11:08 pm

      • boleh col saya. 013 6215110

        Komen oleh intanrohaida — Jun 2, 2012 @ 10:50 am

  37. ya sy suri dari indonesia,sy sangat sedih membaca cerite2 yg di tulis di kolom ini,sy juga mengalami hal yg sama,sakitttt,luar biasa tdk bisa di ucapkan dgn kata2,perasaan hancur,semua menjadi satu,cerita sy
    suatu ketika suami memohon pd saya to menikah lg,dgn org yg ada di dlm rmh sy,yaitu pembantu sy,yg telah bekerja dgn sy selama 12thn,saya terkejut takut dan tak percaya,tapi ini fakta,suami terus mendesak sy agar memberi ijin kpd nya,akhirnya sy kabulkan permintaan suami sy,dan btp sakit hati ini,suami dan pembantu kl berbicara ditelpon selalu memakai kata sayang,dan suatu ketika sy mendengar dan membaca sms suami kpd pembantu itu,sakitttttt hati ini,TUHAN BERI HAMBAMU KEKUATAN,sy selalu menangis ketika memandang anak2 sy,sedihhh,semua menjadi satu.semoga semua wanita yg mengalami hal seperti ini mendapatkan kekuatan dari ALLAH.amin.

    Komen oleh suri — Jun 2, 2012 @ 3:41 pm | Balas

    • hikmah poligami adalah untuk nampak ALLAH. hidup di dunia hanya sementara. rasa sakit hati adalah kafarah dosa selama mana kita tidak menyakitkan hati orang lain pula.. insyaallah

      Komen oleh intanrohaida — Jun 2, 2012 @ 6:34 pm | Balas

  38. Salam puan intan rohaida..sy buntu,murung,xtau nk buat ape..ht dh tawar trhdp suami.baru2 ni sy baru trsedar yg sy sbnrny adalh seorg isteri yg trabai..jauh dr kasih syg suami..kami idup dlm kepura2an..semuanya kerana suami seorg yg ego..kdaan tmbh parah,bila sy hamilkn ank org lain..sukar utk d jelaskn knp hal ini trjd..tolong sy

    Komen oleh Jinak — Jun 23, 2012 @ 11:10 am | Balas

    • jalan menuju Allah memang penuh liku dan penuh duri, perit dan pahit namun bila hati hanya nampak Allah dan mengharapkan redhoNya , maka semua ujian menjadi manis,
      malangnya , tak ramai antara kita yang mampu untuk nampak Allah , sebaliknya kita selalu kecundang dan mengikut nafsu , nafsu amarah, nafsu membalas dendam, nafsu tidak berpuas hati, nafsu berkeluh kesah , nafsu sukar bersyukur dan bagai,.. dan kekadang kita mudah juga meletakkan kegagalan kita mengekang nafsu itu atas bahu orang lain, kita mudah merasionalkan dosa kita yang kita lakukan sendiri atas hal keadaan kita yang begini dan begitu sehinggalah kelak kita berdiri di hadapan Allah dan semua anggota kita yang melakukan dosa itu berkata – kata menceritakan perbuatan yang telah mereka lakukan.

      penyayangnya Allah yang maha mengasihani , masih mahu membuka pintu taubatNya selagi mana nyawa kita belum berada di halkum,… itu janjiNya pada kita umat Muhamad, walau dosa kita lebih bensar dari seluruh isi bumi dan langit,..

      maka pohonlah keampunanNya. masalah ini kerap berlaku bila elemen unsur air tidak seimbang. jika mahu merawat diri, boleh hubungi saya,…insyaallah.

      Komen oleh intanrohaida — Jun 23, 2012 @ 8:31 pm | Balas

  39. saya seorg isteri yg terluka apabila mengetahui ada perempuan lain cuba memberi perhatian kepadanya.Walaupun dia isteri org kenapa perempuan itu sanggup curang terhadap suaminya sendiri.Walaupun perkara ini telah berlalu 2 tahun dahulu namun baru sekarang saya mengetahui perkara tersebut.Mereka hanya berhubung melalui emel dan fb dan tidak pernah bertemu.Suami sudah menyesal dan memohon maaf tetapi hingga kini saya masih bersedih dan kecewa dengannya.Saya cuba bertahan demi anak-anak.Namun saban hari saya berendam air mata .Bagaimana untuk saya mengembalikan kepercayaan saya terhadapnya.Saya tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini.

    Komen oleh neyza.pj — September 20, 2012 @ 1:46 pm | Balas

    • cari kekuatan tu dengan doa dan ibadah ikhlas kerana ALLAH, sebagai permulaan boleh rawat diri dulu.

      Komen oleh intanrohaida — September 25, 2012 @ 2:51 pm | Balas

  40. SALAM…SAYA SEORANG LELAKI YG SETIA DAN AMAT MENYAYANGI ISTERI SAYA.PERMASALAHAN SAYA SEKARANG ADALAH SAYA SELALU BERTENGKAR BERKENAAN IBU SAYA.DIA CEMBURU SAYA RAPAT DGN IBU …SEDANGKAN SURGA SAYA DITAPAK KAKI IBU .SAYA X PERNAH MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI SEORG SUAMI.KERAPKALI BERGADUH SHJ MESTI KERANA IBU SAYA.
    TOLONG BERI CADANGAN..

    Komen oleh suami setia — September 12, 2013 @ 10:51 am | Balas

    • suami boleh berbohong untuk rapatkan hubungan antara ibu dan isteri, belikan mereka hadiah tetapi bagitahu yang pihak satu lagi yang bagi..
      buat perkara2 kecil dan bagitahu isteri yang perkara itu ibu atau isteri suka, puji mereka bagi pihak satu lagi..
      sentiasa doa agar Allah lembutkan hati..
      cara paling cepat adalah dengan rawat rohani isteri. inshallah

      Komen oleh intanrohaida — September 19, 2013 @ 8:50 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 229 other followers

%d bloggers like this: