Dari Hawa Ke Hawa

Februari 27, 2008

emosi- bagaimana mahu ceria selalu-7 tips

Filed under: MEMBEBASKAN EMOSI NEGATIF-eft,senyum sokmo — intanrohaida @ 12:49 pm

bayangkan seseorang yang berwajah ceria. senyum selalu. airmukanya manis. ucapannya berhikmah. tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya. walau rupanya tidak cantik tetapi perwatakannya membuatkan dia sejuk mata memandang.

bandingkan dengan yang ini. wajahnya kusut sentiasa bermasalah. melihat sahaja wajahnya yang masam murung dan tidak bermaya, membuatkan hati kita terus tertekan. udahlah begitu , ditambah pula dengan mulut berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan menyindir-nyindir. bagaimana dengan orang sekelilingnya?

lalu, yang mana satu pilihan kita? mahu menjadi dia dalam senario 1 atau 2? kerana kita boleh memilih. Allah itu adil. diberi jalan . diberi pilihan dan disediakan balasan.

lalu, atas pilihan kita juga , kita mahu menjadi orang yang bagaimana.

7 tips untuk ceria.

1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

ceria selalu. hidup berbakti.

About these ads

20 Komen »

  1. aku ceria!!aku ceria!yepee…

    Komen oleh haikal shazriman (18) — Julai 11, 2009 @ 2:33 am | Balas

  2. haha..good luck sume!

    Komen oleh rinki — Oktober 29, 2009 @ 8:16 am | Balas

  3. aslm wah2! tips yang baik.thanks :)
    senyum wlu dalam derita :)
    cayo!hidup mesti ceria dan menceriakan org lain amiin….

    Komen oleh lalo — Mei 20, 2010 @ 9:37 am | Balas

  4. ceria!!!!!aku mau ceria…..ceria itu aku!!!!!

    Komen oleh una — Jun 4, 2010 @ 4:27 pm | Balas

  5. As-Salam.sy ingin bahagia.ceria.insyaAllah tps2 ini dpt bntu sy klua dri rasa sedih sntiasa..
    tqvm..

    Komen oleh nursyafiqah jamahushaini — Mac 9, 2011 @ 8:34 am | Balas

  6. nk share boleh…

    Komen oleh aiman — Mei 1, 2011 @ 5:20 pm | Balas

  7. hmm,, :) saye nak try,,, tp saye nie pemalu n kurang berkeyakinan… camne ekk??

    Komen oleh siti nazirah — Mei 30, 2011 @ 10:51 pm | Balas

  8. aq’ selalu ceria

    Komen oleh aq suka ceria — Jun 16, 2011 @ 5:11 pm | Balas

    • good, alhamdulillah

      Komen oleh intanrohaida — Jun 16, 2011 @ 9:43 pm | Balas

  9. aq seorang yang ceria!!!!!!………..ceria sokmo!!!!!!

    Komen oleh Nurabilah Anis — Jun 17, 2011 @ 2:03 pm | Balas

  10. salam ceria

    Komen oleh taufit — September 16, 2011 @ 8:27 am | Balas

    • hati orang yang ceria adalah hati yang sentiasa mengingati mati dan bertemu dengan penciptanya. jika benar, dia akan nampak segalanya dari ALLAH maka dia berserah diri dan bahagialah hatinya itu walau apa musibah menimpa.

      Komen oleh intanrohaida — September 19, 2011 @ 8:08 am | Balas

  11. ceria ceriakan diri sendiri

    Komen oleh Romli Musa — September 21, 2011 @ 9:37 am | Balas

  12. Bismillah, aku ingin selalu ceria
    yap yap, Ceria :D

    Komen oleh Prihar Dini Hartini — November 20, 2011 @ 2:21 pm | Balas

  13. mari3 kita capai nikmat ceria!!!!

    Komen oleh Hana Kamal — Disember 25, 2011 @ 1:03 am | Balas

  14. Aku mesti ceria selalu..mesti, mesti, mesti…GOgogogo CERIA…yea, Berikan aku ketenangan yang aku cari-cari selama ini….

    Komen oleh chah — Januari 20, 2012 @ 2:35 am | Balas

    • gochahgo

      Komen oleh intanrohaida — Januari 20, 2012 @ 11:06 am | Balas

  15. aku ingin jadi orang yg ceria dan buat org sllu ceria… go go ceria

    Komen oleh melly — November 21, 2012 @ 11:20 am | Balas

  16. Thanks info ini. Saya sukeeee sngat

    Komen oleh yop — April 20, 2014 @ 7:26 am | Balas

    • kena baca entri2 sekarang, kerana banyak entri yang lama tidak ada roh.

      Komen oleh intanrohaida — April 23, 2014 @ 9:04 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 212 other followers

%d bloggers like this: