tahun baru datang lagi,.. satu proses yang sentiasa akan berlaku,.. tahun demi tahun,.. satu proses yang tidak akan henti -hentinya dari berulang dan terus berulang,….
dan kita pula .. (mungkin sebahagian darinya) senantiasa juga tanpa henti-hentinya terus terusan membuat azam demi azam…
mungkin ada beberapa bahagian dalam kehidupan kita yang perlu kita tambah apakala setiap kali datangnya tahun baru,.. baik ia tahun masihi mahupun ia tahun hijrah…
dan perkara itu adalah menilai diri ,..
umur yang kita guna makin banyak dan yang berbaki pula,.. tinggal berapapun kita tidak pasti…
lalu,.. yang sepatutnya menjadi keutamaan kita selain berazam adalah memastikan yang kita kenal siapa kita,..
sebelum terlambat,..sebelum ajal menjemput ,.. sebelum nyawa sampai ke halkum (dimana taubat tidak diterima lagi..),.. kita perlu merenung jauh ke dalam diri,..
apakah kita ada sifat baran , contohnya,.. telah berapa lama sifat itu ada? adakah ia teklah bertapak dalam jiwa? adakah kini sifat itu masih ada?
apa puncanya yang boleh membuatkan sifat baran itu mendadak muncul? bagaimana caranya kita mahu menghentikan sifat itu dalam diri?
sifat baran umpama api dalam diri,.. kekuatan api perlu seimbang dengan air, udara dan tanbah untuk kita mampu menjadi orang yang terbaik,..
setiap elemen perlu terkawal dan seimbang ,.. tidak boleh yang satu terlebih dari yang lain,.. air sekiranya berlebihan dalam tubuh membuatkan kita tidak mampu mengawal nafsu,..
justeru ,. yang kita perlukan adalah menjadikan diri sentiasa bertenang…ketenangan membuatkan tubuh mampu meyeimbangkan elemennya secara semulajadi,..
“dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah, hati akan menjadi tenang” ; surah arradu ayat 28.

